Pemandu Kutuk Terang-Terangan Jenama Kereta Sendiri


Macam-macam cara orang luahkan ketidakpuasan hati dan pengguna kereta ini menggunakan pelekat bagi menggambarkan perasaannya. Agaknya dah marah sangatlah tu…

Iyelah, tak pernah dibuat orang mengutuk balik jenama kereta yang dibeli, secara terang-terangan pulak tu.

Rasanya memang biasalah kan bagi pemilik kereta berasa geram terhadap isu yang timbul selepas kereta dibeli namun ia biasanya diluahkan kepada rakan-rakan sahaja.


Pemandu Kutuk Terang-Terangan Jenama Kereta Sendiri, info, terkini, berita, sensasi, viral,Peugeot

Tapi agaknya ini dah bengang tahap melampau hinggakan menampal stiker di kereta berbunyi, ‘KERETA OK, SERVICE K.O!!!’

Paling lucu, sempat pulak berpesan kepada pemandu lain dengan menampal stiker ‘Ingat Sebelum Beli!’
Haih, pihak Peugeot perlulah mendengar luahan pelanggan mereka seperti ini.

Tak pasal-pasal protes terang-terangan daripada pelanggan ini dibaca dan ketahui semua orang.

Sumber : mynewshub

Filled Under: