Pelakon Shukri Yahya Bakal Kahwin


Memiliki raut wajah yang kacak dan sering digelar Jericho Rosales Malaysia, nama Shukri Yahya semakin dikenali ramai. Terkenal dengan drama Asam Pedas Untuk Dia telah memberikan kelebihan kepada jejaka tampan ini untuk kekal aktif didalam bidang lakonan. Pasti ramai yang akan kecewa dengan pelakon Shukri Yahya kerana beliau meluahkan hasratnya untuk berkahwin dengan kekasih Tya Adnan.


Pelakon Shukri Yahya Bakal Kahwin, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Shukri Yahya

    InsyaAllah, kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Memang saya merancang untuk berkahwin sama ada hujung tahun ini atau pertengahan tahun depan.

Kisah pertemuan pasangan ini di set penggambaran telah menimbulkan bibit cinta dan telah berkasih sayang selama tiga tahun. Setianya cinta mereka, semoga cepat-cepat naik pelamin.

Shukri Yahya meluahkan hasrat untuk berkahwin dengan kekasih Tya Adnan.

    Sudah tiga tahun saya berkawan dengan dia. Kami berkenalan di lokasi penggambaran. Ketika itu, saya sedang shooting. Dia datang ke set penggambaran dan daripada situlah kami berkawan sehingga ke hari ini.

Pelakon Shukri Yahya Bakal Kahwin, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Shukri Yahya

Nama Shukri Yahya dan Tya Adnan jarang sekali berada di media kerana kurangnya kontroversi dari mereka berdua. Tetapi nama pasangan ini cukup popular di laman sosial instagram rata-rata pengikutnya telah mengetahui hubungan cinta yang terjalin antara mereka. Apa pun jangan tunggu lama-lama nanti Tya Adnan dikebas orang. Tak gitu? Shukri Yahya harus lah cepat bertindak.

Sumber : gosipmalaysia

Filled Under: