Pakai Gaun Elsa Teman Si Kecil Tengok Wayang


Rupa-rupanya Elsa, watak utama dalam Frozen mempunyai pelbagai rupa, bukan hanya budak-budak, malah wanita dewasa meminjam wataknya dalam kehidupan mereka.


Pakai Gaun Elsa Teman Si Kecil Tengok Wayang, info, terkini, sensasi,

Tidak terkecuali lelaki ini, Jesse Nagy, 23, yang turut mengenakan gaun Elsa.

Meskipun Nagy mempunyai badan yang dipenuhi tatu dan kelihatan `ganas’ namun dia tidak malu memakai gaun itu demi anak saudaranya, Izzy.


Pakai Gaun Elsa Teman Si Kecil Tengok Wayang, info, terkini, sensasi,

Nagy menemani Izzy untuk menyaksikan filem Cinderella di sebuah pawagam di Alabama.

Memandangkan Izzy malu untuk mengenakan kostum Cinderella, maka bapa saudaranya itu mengambil keputusan untuk memakai gaun Elsa bagi menemaninya.

Digelar sebagai `bapa saudara terbaik di dunia’ Nagy yang meminjam gaun Elsa berkenaan mendapat pujian ramai malah selepas gambar berkenaan dimuat naik di Reddit, ramai wanita yang bertanyakan sama ada Nagy sudah berpunya atau masih `single’.

Sumber : mynewshub

Filled Under: