Nora Danish Akui Pernah Termakan Pujuk Permintaan Jurugambar


Pelakon Nora Danish, membuat pendedahan yang dirinya pernah mempercayai dengan janji yang dibuat oleh jurugambar berkaitan dengan model penghias kulit majalah.


Nora Danish Akui Pernah Termakan Pujuk Permintaan Jurugambar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, nora danish

Namun kepercayaannya nyata meleset apabila gambarnya yang dijanjikan untuk ‘edit’ tidak dibuat malah menampakkan sebahagian dadanya sewaktu ketika dahulu.

Nora tampil berkongsi pengalaman ini susulan dengan kejadian yang menimpa selebriti tempatan yang menjadi mangsa fotografi.

“Saya ingat dulu, pernah bergambar untuk sebuah syarikat penerbitan majalah, pada mulanya baju yang saya pakai itu nampak perut.

“Tetapi saya rasa tidak selesa, maka jurugambar tersebut menyuruh saya menarik seluar ke atas supaya menutup bahagian perut itu, namun hasilnya baju yang saya pakai tidak cantik.

“Ada satu lagi kejadian, saya pernah menjalani sesi fotografi, saya lihat gambar tersebut menampakkan sebahagian besar dada saya,

“Mereka berjanji untuk edit gambar tersebut namun mereka tidak buat malah mempamerkannya tanpa merujuk kepada saya, saya amat kecewa ketika itu,” ujar Nora kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, Nora akui bergambar seksi untuk apa-apa majalah boleh mengundang persepsi negatif namun kadangkala ia berada di luar kawalan disebabkan tiada perbincangan hitam dan putih.

“Untuk memastikan peristiwa pahit itu tidak berulang, saya minta mereka hantar kepada saya dahulu untuk dibuat rujukan sebelum dicetak dan diedarkan ke pasaran.

“Apa yang berlaku kepada segelintir selebriti wanita itu saya rasa ada masalah komunikasi di situ yang menyebabkan mereka menjadi mangsa keadaan.

“Jadi nasihat saya, sebelum nak jadi penghias mana-mana syarikat penerbitan tanya sehabis mungkin sebelum diri kita menjadi bahan eksprimen untuk mereka,” kata Nora mengakhiri bicara.

Sumber : murai

Filled Under: