Luahan Rindu Yang Sangat ‘Deep’ Oleh Zamarul Hisham


Setelah hampir 6 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata, peminat dikejutkan dengan kisah perceraian pasangan Zamarul Hisham dan Diana Rafar sekitar Januari lalu.


Luahan Rindu Yang Sangat ‘Deep’ Oleh Zamarul Hisham, info, terkini, hiburan, sensasi, zamarul Hisham, diana rafar, kes cerai artis

Tidak mahu berkongsi punca disebalik perpisahan ini, Zamarul bagaimanapun mengakui apa yang berlaku ada hikmahnya dan berharap dapat kembali bersama isteri seperti dahulu.

Foto terbaru yang dimuatnaik oleh Zamarul ini jelas menceritakan segala-galanya.

Mungkin dek terlalu rindu akan bekas isterinya, Zamarul bertindak memuatnaik foto mereka berdua beserta kapsyen yang begitu menyedihkan.

Walaupun kapsyen Zamarul mungkin sedikit kasar tetapi mesej yang ingin disampaikan cukup jelas, betapa dia merindui Diana Rafar. Malah Zamarul kerap memuatnaik foto anak mereka, Kashfi Haiqal.



Foto yang dimuatnaik oleh Zamarul ini turut mendapat perhatian peminatnya yang tidak putus-putus mendoakan agar pasangan ini kembali dipertemukan jodoh.


Luahan Rindu Yang Sangat ‘Deep’ Oleh Zamarul Hisham, info, terkini, hiburan, sensasi, zamarul Hisham, diana rafar, kes cerai artis

Peka dengan sokongan peminat, Zamarul sempat menzahirkan rasa terima kasih atas doa yang dipanjatkan.

Luahan Rindu Yang Sangat ‘Deep’ Oleh Zamarul Hisham, info, terkini, hiburan, sensasi, zamarul Hisham, diana rafar, kes cerai artis

Apa-apa pun doakan agar ada sinar baru di dalam kisah rumahtangga Zamarul dan Diana Rafar.

Sumber : ohbulan

Filled Under: