Fazura Bakal Tampil Dengan Muzik Video Sayangi Dirimu


Masihkah anda ingat dengan lagu single pertama daripada pelakon pujaan ramai iaitu Fazura yang berjudul Sayangi Dirimu?

Pasti terngiang-ngiang bait bait lirik yang membina semangat diri untuk lebih menyayangi diri sendiri dan harus sentiasa positif. Sayangi Dirimu dilatari muzik rancak yang catchy hasil ciptaan Damien Mikhael bersama Shah Shamsiri sebagai penulis lirik.


Fazura Bakal Tampil Dengan Muzik Video Sayangi Dirimu, info, terkini, hiburan, sensasi, fazura

Baru-baru ini Fazura ada berkongsi klip pendek di dalam Instagram yang menampilkan dirinya dalam muzik video single Sayangi Dirimu. Khabarnya ia akan dilancarkan pada April ini dan ia merupakan usahasama daripada pihak Fazura dan disokong oleh Warner Music Malaysia sebagai pengedar.

Lagu ini juga telah menjadi muzik latar untuk rancangan realiti pertama berkisarkan kehidupan seorang selebriti pertama di negara ini iaitu Facing Up To Fazura. Rancangan realiti tersebut telah pun ditayangkan pada penghujung tahun lalu dan mendapat sambutan positif daripada peminat aktres tersebut khususnya.

Bagaimanakah agaknya hasil muzik video Sayangi Dirimu daripada Fazura, nantikan ia April ini.


Sumber : murai

Filled Under: