Biadab! Kumpulan Muzik Metal British Hina Bendera Malaysia


Sebuah kumpulan muzik Death Metal, Carcass, didapati memuat naik gambar bendera Malaysia secara terbalik kerana bengang dengan tindakan kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan kumpulan itu mengadakan persembahan di Malaysia.


Biadab! Kumpulan Muzik Metal British Hina Bendera Malaysia, Carcass, info, terkini, sensasi, viral


Carcass, kumpulan muzik yang berasal dari British ini menyatakan tiada persembahan yang akan diadakan di Malaysia pada bulan Mei ini kerana kerajaan Malaysia menolak permohonan kumpulan tersebut mengadakan persembahan di negara ini kerana lirik-lirik lagunya yang didapati tidak sesuai serta bercanggah dengan budaya di negara ini.
    "Sorry Malaysia, no show for you guys in May. Seems like your government officials still haven't updated their calendars to the 21st century - we've had our visas declined on the basis of our "lyrical content". Laughable and embarrassing. Give us a call when you get yourselves a sensible secular state. PS if you're reading this you're too late, we 'already "corrupted" your youth and played Kuching last year!"


Berdasarkan kenyataan itu, Carcass mendakwa mereka telah 'merosakkan' minda anak muda Malaysia dalam persembahan mereka di Kuching tahun lalu.

Bagaimanapun, tindakan biadab Carcass itu dikecam oleh kipas susah mati muzik metal di Malaysia mahupun luar negara.

"Kebanyakan peminat sejati Carcass datang dari negara ini. Tak perlu menterbalikkan bendera kami. Ini satu tindakan yang tidak wajar, kami sangat kecewa dengan tindakan kamu!" - Najmi.

"Saya tak kenal band ini. Saya tak berminat dengan hal-hal politik di Malaysia, tetapi adalah satu tindakan yang biadab menterbalikkan bendera negara kami!" - Daniel.

Tindakan Carcass ini terus menerus menerima kecaman hebat dari peminat muzik metal dari Malaysia. Mana tidaknya, bendera kebanggaan rakyat Malaysia diperlakukan sedemikian rupa, mestilah orang panas.


Sumber : thehypemedia

Filled Under: