Pemilik Wigan Digantung 6 Minggu


Pengerusi Kelab Wigan, Dave Whelan telah diharamkan daripada menyertai aktiviti berkaitan bola sepak selama enam minggu ekoran komen beliau mengenai orang Yahudi dan Cina, umum Persatuan Bola Sepak (FA).


Pemilik Wigan Digantung 6 Minggu, info, terkini, berita sukan, Wigan,

Whelan diarahkan membayar ganti rugi teruk dan salah laku, dan lelaki berusia 78 tahun itu  juga telah didenda £50,000, diberi amaran dan diperintahkan untuk melaksanakan program pendidikan wajib.

Beliau mempunyai tujuh hari untuk membuat rayuan atau bersetuju menerimanya, di mana beliau akan  digantung sehingga selepas apa-apa hasil rayuannya dikeluarkan atau penggantungan akan bermula dengan serta-merta jika beliau memutuskan untuk menerima hukuman itu.

Beliau telah membuat kenyataan itu dalam satu wawancara akhbar mempertahankan keputusannya untuk melantik Malky Mackay sebagai pengurus baharu kelab itu.

FA membuat dakwaan terhadap Whelan berhubung komennya tentang orang-orang Yahudi dan Cina.

Mackay menjadi subjek siasatan aduan perkauman dan teks anti-Semitik yang dihantar semasa beliau menguruskan Cardiff.

Artikel Terdahulu : Kuala Krai Selepas Banjir

Sumber : mstar.com.my

Filled Under: