INTERPOL Keluar Notis Merah Buru Sirul Azhar Umar


POLIS Antarabangsa (INTERPOL) mengeluarkan notis merah bagi memburu bekas anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu, pada Selasa.


INTERPOL Keluar Notis Merah Buru Sirul Azhar Umar, info, terkini, berita, kes altantuya, suspek bunuh altantuya

Gambar Sirul dan butiran peribadinya dipaparkan di laman web INTERPOL selepas dia dikatakan berada di Australia sejak Oktober tahun lepas.

Dia bersama seorang lagi bekas anggota unit sama Azilah Hadri, 38, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada minggu lepas atas tuduhan berkenaan.

Keputusan itu mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelumnya, yang membebaskan kedua-duanya daripada tuduhan berkenaan.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati kepada mereka kerana didapati bersalah membunuh Altantuya selepas kira-kira tiga tahun perbicaraan berlangsung.

Media Australia melaporkan, kerajaan negara itu akan menolak permohonan untuk ekstradisi sesiapa sahaja di Australia jika sabitan melibatkan hukuman mati kerana negara itu tidak bersetuju hukuman sebegitu.


Sumber : mynewshub.cc

Filled Under: