Remaja perempuan 15 tahun nekad kahwin


Usia muda tidak menghalang pelajar tingkatan tiga, Nurulain Mohammad, 15, untuk mengambil keputusan mengahwini teman lelakinya yang berusia enam tahun le­bih tua daripadanya.


Remaja perempuan 15 tahun nekad kahwin, info, terkini, berita, sensasi,

Dengan sokongan keluarga kedua-dua belah pihak, Nurulain semalam disatukan dengan Zulhelmi Kaharudin, 21, seorang peniaga kedai makan yang sudah dikenalinya sejak beberapa tahun lalu.

Pasangan tersebut kemudiannya disandingkan bersama 17 pasangan pengantin lain sempena Majlis Perkahwinan Perdana 2014 di Pusat Daga­ngan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini semalam.

Remaja perempuan 15 tahun nekad kahwin, info, terkini, berita, sensasi,

Majlis anjuran UMNO Bahagian Bukit Katil itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Menurut Nurulain, ke­luarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mempercepatkan perkahwinan mereka selepas mengetahui hubungan serius antara mereka berdua.

“Pada awalnya sukar untuk saya buat keputusan memandangkan ada rakan-rakan minta saya tangguhkan sehingga tamat tingkatan lima, tetapi saya membulatkan tekad untuk berkahwin” katanya Kosmo!

Filled Under: