Polis Tembak Mati 3 Penjenayah Warga Asing


Tiga lelaki warga asing, dipercayai terbabit dalam jenayah pecah rumah di beberapa daerah di negeri ini, ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis, di Jalan Segenting, Pulau Carey, Kuala Langat, pagi tadi.


Polis Tembak Mati 3 Penjenayah Warga Asing, info, terkini, berita, jenayah samun dan pecah rumah

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata polis kini sedang memburu dua lagi rakan jenayah suspek yang mati ditembak dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu selepas mereka berjaya meloloskan diri di kawasan semak berhampiran tempat kejadian.

Ketiga-tiga penjenayah yang berusia antara 25 hingga 35 tahun itu mati di tempat kejadian.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal kumpulan berkenaan baru menyamun sebuah di rumah di daerah ini beberapa jam sebelum insiden berbalas tembakan.

Suspek dipercayai terbabit dalam jenayah samun dan pecah rumah sekitar kawasan Pandan Indah, Taman Melawati dan Bukit Jelutong sejak tahun lalu.

Katanya lagi, polis turut merampas sepucuk pistol, parang dan peralatan pecah rumah daripada suspek.

Artikel Terdahulu : Kecederaan Zouma Buat Pemain Chelsea Panik

Sumber : ASTRO AWANI

Filled Under: