Perompak Sia-Sia Rempuh Stesen Minyak Demi Mesin ATM


Niat sekumpulan lelaki dalam usaha melarikan mesin ATM di sebuah stesen minyak di Bukit Jelutong, Shah Alam, pagi tadi ternyata buang masa dan hanya sia-sia.


Rempuh Stesen Minyak Demi Mesin ATM, info, terkini, berita, kes rompak,

Dalam kejadian 4.30 pagi itu, suspek dikatakan merempuh cermin stesen minyak berkenaan dengan menggunakan lori satu tan yang dipandu.

Malangnya, usaha mereka ingin melarikan mesin ATM hanya sia-sia selepas suspek segera melarikan diri gara-gara ketakutan melihat kehadiran seorang penunggang motosikal yang memasuki kawasan stesen minyak berkenaan.

Menurut laporan Harian Metro,  Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Ruslan Abdullah berkata, suspek gagal melarikan mesin ATM berkenaan selepas menyedari kehadiran pelanggan yang mahu mengisi minyak di stesen minyak itu.

“Suspek yang menaiki lori merempuh cermin stesen minyak itu namun beberapa minit kemudian, terdapat seorang penunggang motosikal datang untuk mengisi minyak menyebabkan suspek terus melarikan diri.” katanya.

Ruslan turut memaklumkan, ketika kejadian tersebut terdapat dua pekerja Bangladesh di premis itu namun mereka hanya menyembunyikan diri kerana bimbang dicederakan suspek.

Bagaimanapun, tiada kehilangan wang yang dilaporkan di dalam premis berkenaan.


Sumber : mynewshub.cc

Filled Under: