Nor Hayati Telah Ditemui, Suaminya Masih Dicari


Difahamkan jenazah Nor Hayati Sulong, 37 isteri kepada Suhaimi Awang telah ditemui di Sungai Kemaman pada pukul 4 petang tadi, tetapi nasib suaminya masih belum diketahui.


Nor Hayati Telah Ditemui, Suaminya Masih Dicari, info, terkini, berita, mangsa banjir,

Jenazah Allahyarham Nor Hayati dilihat diletakkan di dalam bot Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Pasangan Nor Hayati dan Suhaimi semalam menaiki bot penyelamat untuk dibawa ke pusat pemindahan banjir tetapi bot berkenaan terbalik sehingga menyebabkan pasangan itu dipercayai meninggal dunia kerana lemas.


Nor Hayati Telah Ditemui, Suaminya Masih Dicari, info, terkini, berita, mangsa banjir,

Lebih menyayat hati, Suhaimi sempat mengirimkan mesej menerusi aplikasi bual Whatssapp mengatakan beliau dan isterinya sudah selamat menaiki bot.

“Alhamdulillah, kami selamat menaiki bot,” katanya dalam pesanan itu yang merupakan pesanan terakhir.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Penolong Kanan Penguasa Bomba Yahaya Hanafi berkata operasi mencari pasangan berkenaan diteruskan meliputi jarak pencarian sejauh lima kilometer sepanjang muara sungai Kuala Kemaman.

“Operasi pencarian ini akan terus diperluas dan dipertingkatkan dan jika keadaan air tidak begitu deras, kita akan arahkan anggota penyelam melakukan operasi selaman di kawasan sekitar,” katanya semalam.



Sumber : mynewshub.cc

Filled Under: