Gertakan Kim Jong-Un Berjaya, The Interview Tak Jadi Ditayangkan


Selepas melalui beberapa episod kontroversi berhubung filem The Interview, akhirnya pihak Sony Pictures akur untuk membatalkan penayangan filem tersebut.


Gertakan Kim Jong-Un Berjaya, The Interview Tak Jadi Ditayangkan, info, terkini, berita, sensasi, filem the interviews, Kim Jong-Un

Pembatalan dibuat selepas kebanyakan pawagam seluruh dunia enggan mengambil risiko menayangkan filem yang menyentuh sensitiviti pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.

Keputusan juga diambil selepas penggodam berjaya melakukan serangan secara siber terhadap laman web Sony, yang mana mereka menghantar amaran melarang pawagam daripada menyiarkan filem tersebut.

Sehubungan itu, majlis tayangan perdana The Interview yang dijadualkan berlangsung di New York, baru-baru ini turut dibatalkan oleh pihak penerbitnya.

Menurut salah seorang wakil Sony, mereka berasa sangat sedih dan kecewa dengan perbuatan penggodam yang mahu menghalang penayangan The Interview kepada pihak umum.

“Disebabkan kebanyakan pengedar filem menarik balik niat menayangkan filem ini, kami mengambil keputusan untuk membatalkan penayangan The Interview yang sepatutnya menjengah pawagam bermula 25 Disember ini.

“Kami menghormati dan memahami keputusan mereka, yang mana keselamatan pekerja serta pengunjung pawagam jadi keutamaan syarikat,” katanya.

The Interview mengisahkan dua wartawan penyiaran, dilakonkan Seth Rogen dan James Franco yang perlu bekerjasama dengan pihak Central Intelligence Agency (CIA) untuk membunuh Kim Jong-Un.


Sumber : mynewshub.cc

Filled Under: