Empat DJ Radio Mungkin Disiasat Bawah Akta Hasutan


Empat DJ di stesen radio BFM 89.9 mungkin akan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengemudi sebuah rancangan bual bicara yang dikatakan menyentuh sensitiviti kaum dan agama Islam.


Empat DJ Radio Mungkin Disiasat Bawah Akta Hasutan, info , terkini, berita, sensasi,

Laporan polis terhadap keempat-empat mereka iaitu, Shaarad Kuttan, Umapagan Ampikaipakan, Caroline Oh dan Patrick Teoh, telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung perkara itu.


Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mengetui gabungan 9 NGO yang membuat laporan tersebut berkata, stesen radio tersebut menyiarkan program berkenaan pada 12 Disember lalu.

“Kira-kira jam 7 hingga 8 pagi, penyampai radio Shaarad Kuttan telah membincangkan mengenai tajuk Kalimah Allah, isu daging korban dan juga hak orang Melayu.


Empat DJ Radio Mungkin Disiasat Bawah Akta Hasutan, info , terkini, berita, sensasi,

“Dan pada hari yang sama juga kira-kira jam 6 hingga 7 petang, penyampai radio Umapagan Ampikaipakan, Caroline Oh dan Patrick Teoh juga telah membincangkan isu agama Islam dan pemakaian tudung,” katanya ketika ditemui di perkarangan IPD Dang Wangi hari ini memetik laporan dari TheRakyatPost.

Menurut Mustafa, terdapat unsur penghinaan dan hasutan yang dibincangkan dalam program terbabit.

“Kita duduk di Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Kami harap agar penerbit dan penyunting stesen radio terbabit lebih menghormati agama rasmi negara dan jangan timbulkan unsur perkauman atas kepentingan kaum. Mereka seharusnya menghormati perlembagaan negara,” ujarnya.

Artikel Terdahulu : Dua maut, tiga cedera nahas dekat Penampang

Sumber :  Siakapkeli.com.my

Filled Under: