Memaparkan catatan dengan label zul ariffin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zul ariffin. Papar semua catatan

Zul Ariffin Dan Gayatri Bercuti Sama Di Bali

Pernah beberapa kali isu mengenai hubungan Zul Ariffin dan juga Gayatri Su-Lin Pillai menjadi bualan peminat industri hiburan dan juga peminat dan bagi kami, gambar terbaru pasangan ini bercuti di Bali menunjukkan sebenarnya hubungan mereka baik-baik sahaja.


Zul Ariffin Dan Gayatri Bercuti Sama Di Bali, info, terkini, hiburan, sensasi, zul ariffin, gayatri

Melalui beberapa gmabar yang dikongsikan, kelihatan mereka sangat mesra, seperti menggunakan sepenuhnya masa berkualiti yang ada di sana dan kepada anda yang bertanyakan sama ada mereka pergi berdua sahajakah atau ditemani orang lain – jawapannya ialah mereka pergi bersama keluarga Zul.


Zul Ariffin Dan Gayatri Bercuti Sama Di Bali, info, terkini, hiburan, sensasi, zul ariffin, gayatri

Sebelum ini Zul pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak berniat untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini kerana beranggapan bahawa perkara tersebut agak rumit.

“Kini, saya sibuk menyusun jadual kerjaya tetapi apabila saya berfikir mengenai persiapan kahwin, saya rasa ia rumit dan memeningkan kepala apatah lagi ia akan mengambil masa sehingga berbulan-bulan,” jelas Zul sebelum ini.


Zul Ariffin Dan Gayatri Bercuti Sama Di Bali, info, terkini, hiburan, sensasi, zul ariffin, gayatri

Buat peminat Zul di luar sana, doakan agar pasangan ini selamat diijabkabul tidak lama lagi. Atau ada peminat yang mahu ganti Gayatri terus? Okay, gurau saja. Semoga semuanya berjalan lancar ya Zul.

Sumber : rotikaya

Kekasih Zul Ariffin Sudah Sedia Memeluk Agama Islam

Aktor kacak, Zul Ariffn memberitahu kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai sedia memeluk agama Islam sebelum mereka mendirikan rumahtangga...


Kekasih Zul Ariffin Sudah Sedia Memeluk Agama Islam, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zul ariffin, Gayatri Su-Lin Pillai


Zul berkata, Gayatri meminta dia memaklumkan lebih awal tentang bila akan berkahwin supaya dia boleh membuat persiapan awal untuk memeluk agama Islam...

Pelakon yang berusia 28 tahun ini begitu teruja membincangkan soal kahwin, namun dia agak risau akan keadaan kewangannya...

"Saya sudah bersedia untuk bergelar suami dan membimbing Gayatri, tapi dalam masa yang sama saya agak risau akan kedudukan kewangan selepas berumah tangga"..

"Walaubagaimanapun, saya beruntung kerana Gayatri faham akan situasi saya," katanya...

Zul bagaimanapun masih belum mempunyai tarikh yang sesuai untuk melangsungkan pernikahannya...

Sumber : um-fabolous.blogspot