Sekitar International Motocycle Festival di Bukit Jalil
Hujung minggu lalu telah berlangsungnya acara motosikal terbesar iaitu International Motorcycle Festival Malaysia 2014 (IMF) yang mengambil tempat di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula hari Jumaat sehingga Ahad.
IMF yang dianjurkan oleh DMEO Exhibit Sdn Bhd dan mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia, festival motosikal ini merupakan festival motosikal terbesar di Malaysia dan juga di Asia Tenggara.
Selain 250 gerai yang terdapat di tapak festival merangkumi pelbagai jenama motosikal terkenal sehinggalah kepada aksesori motosikal. IMF turut dimeriahkan lagi dengan acara yang menyaksikan penunggang motosikal profesional melakukan 'stunt' yang nyata memukau pengunjung yang hadir.
IMF turut dimeriahkan lagi dengan perlumbaan EnduroCross dan SuperMoto Race yang menampilkan pelumba-pelumba antarabangsa dan juga tempatan.
Kepada anda yang tidak berkesempatan untuk pergi ke IMF, apa kata tengok gambar-gambar sekitar festival berlangsung baru-baru ini.
Artikel Terdahulu : Kisah Pakcik Jaja Aiskrim Biaya Pengajian Phd
Sumber : tupai.com.my