Memaparkan catatan dengan label spekulasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label spekulasi. Papar semua catatan

KLCC Akan ‘Bermandi Darah’ Sabtu Ini?

Tidak lama dahulu, media sosial pernah dikecohkan dengan budaya Raver yang dikatakan mula jadi ikutan remaja di negara ini.


KLCC Akan ‘Bermandi Darah’ Sabtu Ini?

Bukan sedikit golongan dewasa yang garu kepala, tidak faham apa yang dimaksudkan dengan budaya Raver ini.

Lebih-lebih lagi apabila video-video tarian mereka yang tak ubah seperti tarian ‘sotong’ kepanasan mula menjadi perhatian sehingga ada di antaranya terlalu lucu untuk ditonton.

Kini, apa yang lebih memeningkan lagi kepala apabila pengamal budaya Raver ini dilaporkan mula bersengketa dengan golongan hipster.

Seorang remaja yang menggunakan nama ‘Manjanakkduittraya’ di aplikasi WeChat memuat naik satu amaran kepada kumpulan hipster akibat tidak berpuas hati kononnya salah seorang rakan dari kalangan ‘ravers’ telah dipukul.


KLCC Akan ‘Bermandi Darah’ Sabtu Ini?

Menurutnya, dia menyeru seluruh ahli kumpulan Raver agar turun beramai-ramai di Suria KLCC Sabtu ini untuk membalas dendam atas perbuatan kumpulan Hipster berkenaan.

Hasil tinjauan kami di laman sembang berkenaan juga mendapati, seorang lagi individu yang menggunakan nama ‘Uchu’ dari kalangan kumpulan Raver mendakwa dia telah dipukul oleh remaja Hipster, dan mahu nasibnya dibela oleh rakan-rakan yang selama ini menganggap kumpulan Hipster sebagai musuh mereka.


KLCC Akan ‘Bermandi Darah’ Sabtu Ini?

Entah apa pula ‘drama’ yang ingin dicetuskan oleh mereka disebabkan sebelum ini, pernah tersebar khabar akan berlaku pergaduhan besar-besaran di antara kedua-dua kumpulan remaja berkenaan walaupun akhirnya, tiada apa berlaku di tempat yang dikatakan tersebut.

Jadi, sama-sama kita tunggu sama ada benar atau tidak nasib ‘Uchu’ akan dibela oleh rakan-rakan seperjuangannya pada Sabtu ini.

Sebagai hiburan, di sini kami kongsikan tarian yang sering dimomokkan dengan kumpulan ini, enjoy! – MYNEWSHUB

Genting Mahu Beli Leeds United?

Kumpulan Genting menafikan ia sedang berusaha untuk membeli kelab Liga Inggeris Leeds United. Jurucakap jabatan komunikasi korporat Genting berkata, berita mengenainya yang tersebar di media sosial dan akhbar tempatan hanya merupakan khabar angin.


Genting Mahu Beli Leeds United?, info sukan, bola sepak, leeds united, genting group, spekulasi

"Genting ingin menjelaskan bahawa kami tidak berminat untuk membeli atau melabur dalam Kelab Bola Sepak Leeds United," katanya dalam satu kenyataan.

Leeds United kini menduduki tangga ke-13 kejohanan Liga Perdana Inggeris hasil 10 kemenangan, 10 seri dan 15 kali kalah setelah mengharungi 39 perlawanan.

Kelab ini ditubuhkan pada 1919 berikutan pembubaran kelab Leeds City.

Sumber : mstar online

CIMB Kenakan GST Setiap Kali Keluarkan Duit Di ATM?

Menjelang pelaksanaannya bermula 1 April depan, masih ramai masyarakat Malaysia yang kabur tentang apa sebenarnya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


CIMB Kenakan GST Setiap Kali Keluarkan Duit Di ATM?, info, terkini, berita, GST, CIMB, spekulasi

Lantas, ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab cuba menangguk di air keruh dengan memomokkan keburukan cukai GST sekaligus membuat ia dipandang negatif oleh golongan yang tidak memahaminya.

Terbaharu ada pihak menyebarkan resit bank CIMB yang tercatat nota tentang GST sambil mendakwa, ia bermakna bermula bulan hadapan setiap transaksi pengeluaran wang melalui mesin ATM akan dikenakan caj sebanyak 6 peratus.


CIMB Kenakan GST Setiap Kali Keluarkan Duit Di ATM?, info, terkini, berita, GST, CIMB, spekulasi

Individu ini juga telah ‘siap-siap’ kirakan sekali contoh di mana jika kita keluarkan wang sebanyak RM1,000 dari akaun maka cukai GST yang perlu dibayar adalah RM60! Amboi banyaknya…

Jika difikirkan secara logik pun hal ini memang tidak masuk akal namun masih ada segelintir pengguna yang percaya bulat-bulat dan berkongsikan berita tak benar ini, sekaligus mencetuskan kemarahan dalam kalangan masyarakat yang tak faham GST, macam dia juga.

Pihak CIMB bagaimanapun telah membuat satu kenyataan rasmi, menafikan perkara ini seterusnya menerangkan cara cukai GST dilaksanakan bagi transaksi melalui mesin ATM kepada pelanggan bank.


CIMB Kenakan GST Setiap Kali Keluarkan Duit Di ATM?, info, terkini, berita, GST, CIMB, spekulasi

Memetik kenyataan bank tersebut, cukai GST hanya akan dikenakan bagi pelanggan yang melakukan transaksi di mesin ATM bank lain menggunakan perkhidmatan MEPS.

Jika sebelum ini, yuran MEPS dicaj sebanyak RM1 bagi setiap transaksi, namun bermula 1 April depan, ia bakal menginjak sebanyak 6 peratus kepada RM1.06.

Maksudnya, caj RM1 yang dikenakan selama ini jika pengguna CIMB mengeluarkan wang menggunakan mesin ATM lain bank, kini dinaikkan kepada RM1.06 bermula 1 April depan, itu sahaja.

Seperti sekarang, pemegang kad CIMB tidak akan dikenakan sebarang caj andai transaksi dibuat di mesin bank tersebut.

Kenyataan ini senada dengan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad yang menafikan caj dibuat berdasarkan jumlah pengeluaran.

“Perkhidmatan yang mengenakan fi atau yuran memang tertakluk kepada GST, contohnya seperti perkhidmatan MEPS.

“Tetapi, kalau pengeluaran wang di ATM bank sendiri tiada apa-apa caj GST,” ujarnya dalam satu laporan disiarkan akhbar Sinar Harian.

Justeru buat individu yang masih keliru tentang cara cukai GST dilaksanakan, ada baiknya anda mendapatkan informasi sebenar melalui saluran yang telus dan sahih.

Jangan jadi segelintir manusia yang sudahlah telan bulat-bulat informasi salah, kemudian semberono pula menyebarkannya kepada orang lain.

Jangan disebabkan perangai ‘bodoh sombong’ yang tak tahu tapi tak mahu ambil tahu.. habis semua orang kena tipu macam si penyebar info jugak.


CIMB Kenakan GST Setiap Kali Keluarkan Duit Di ATM?, info, terkini, berita, GST, CIMB, spekulasi

Apa pula kata anda tentang notis diatas?

Sumber : mynewshub

Apa Sebenarnya Kisah Murid Sekolah Galas Kotak?

Hari ini, gambar mengenai seorang murid sekolah menggalas beg yang diperbuat daripada kotak tersebar di laman sosial.

Maka ramailah yang berasa simpati dan mengatakan kononnya di mana bantuan kerajaan.

Hakikatnya pengguna media sosial tertipu dengan gambar tanpa mengetahui fakta sebenar.

Apa Sebenarnya Kisah Murid Sekolah Galas Kotak?, info, terkini, berita, spekulasi

Sebenarnya, murid tersebut membawa pulang sekotak susu yang diberikan oleh kerajaan pada hari terakhir persekolahan sesi 2014.

Seorang pengguna Facebook bernama Rozali Salleh, beliau menjelaskan.

“Gambar ini diambil semasa hari terakhir penggal persekolahan di sebuah sekolah dalam daerah pensiangan… mamandangkan sekolah bakal berakhir, guru-guru mengedarkan stok susu sekolah kepada pelajar… oleh kerana pelajar ini tiada bekas untuk membawa susu tersebut pulang… maka dengan kreativitinya sendiri dia menggunakan kotak tersebut dan menggunakan tali rafia untuk menyandang beg tersebut.”

Apa Sebenarnya Kisah Murid Sekolah Galas Kotak?, info, terkini, berita, spekulasi

Ingat ya, anda perlulah meniti dulu kesahihan sesuatu perkara sebelum membuat pelbagai tomahan kepada sesetengah pihak.

Sumber : mynewshub.cc

Man City Tawar £25 Juta Untuk Dapatkan Mandzukic

Pengendali Manchester City, Manuel Pellegrini dilapor mahu mendapatkan Mario Mandzukic yang benilai £25 juta pada tingkap pemindahan Januari ini sebagai persediaan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Man City Tawar £25 Juta Untuk Dapatkan Mandzukic, info, sukan, epl, spekulasi, mario manzukic, manchester city


Pellegrini terdesak untuk mendapatkan Mandzukic yang merupakan penyerang Croatia dan Atletico Madrid bagi menajamkan jentera serangan City selepas mereka hanya mengharapkan kepada Sergio Aguero.

Bagaimanapun Aguero juga menerima nasib seperti Edin Dzeko dan Stevan Jovetic yang terpaksa direhatkan akibat mengalami kecederaan.

Aguero perlu direhatkan sehingga Januari manakala Jovetic memerlukan beberapa minggu lagi untuk kembali cergas sepenuhnya.

Tertekan dengan kehilangan penyerang utama, Pellegrini kini terpaksa menggunakan khidmat pemain tengah seperti James Milner untuk mengetuai jentera serangan.

Artikel Terdahulu : Nicol Juarai Kejohanan Skuasy Wanita Dunia Kali Ke-8

Sumber : mstar.com.my

Yuran Bulanan Taska Di Seluruh Negeri Sembilan Dinaikkan Mulai Januari 2015

Sekeping surat yang memaparkan harga bayaran minima yuran seluruh taska di Negeri Sembilan yang didakwa terlalu mahal mula tersebar melalui aplikasi pesan ringkas, WhatsApp.


Yuran Bulanan Taska, info, terkini, berita, sensasi, spekulasi,

Surat yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengusaha dan Pengasuh Taska Negeri Sembilan (PTN9), telah menetapkan kadar minima yuran seperti berikut;

Yuran Pendaftaran - RM100.00 seorang, sekali seumur hidup.

Yuran Bulanan -

    RM550.00 seorang bayi (2 bulan hingga 12 bulan)
    RM450.00 seorang kanak-kanak (1 hingga 2 tahun)
    RM350.00 seorang kanak-kanak (3 hingga 4 tahun)


Yuran Tahunan - RM350.00 seorang setiap tahun

 Menurut surat tersebut, kenaikan yuran itu adalah berdasarkan kepada penetapan kadar gaji minima oleh pihak Kerajaan yang berkuatkuasa Januari 2013 dan juga kos operasi Taska yang meningkat. Kadar yuran baru ini akan dikuatkuasakan mulai Januari 2015.


Yuran Bulanan Taska, info, terkini, berita, sensasi, spekulasi,

Kenaikan yang begitu mendadak ini dilihat akan membebankan ibubapa. Sudahlah bebanan harga barang naik akibat tindakan peniaga & pemborong yang tidak bertanggungjawab dengan alasan kenaikan harga minyak dan sebagainya. Ditambah pula dengan perlaksanaan GST April tahun depan.

Penetapan kadar minima yuran bulanan ini amatlah tidak wajar. Ianya lebih kepada membebankan ibubapa yang sudah sedia adanya terpaksa bergelut dengan masalah kewangan.

PTN9, wajar mengkaji semula tindakan menaikkan harga yuran bulanan yang boleh dikatakan menyusahkan rakyat. Tak tahulah jika majoriti rakyat di Negeri Sembilan berkemampuan untuk membayar RM550 sebulan bagi bayi berumur 2 bulan hingga 12 bulan.

Artikel Terdahulu : Punca Sebenar Kucing 'Dihukum Gantung Sampai Mati'

Sumber : mymediahubonline.blogspot.com