Pulau St. Petersburg, sebahagian daripada projek The Heart Of Europe (THOE) dalam gugusan pulau peranginan buatan manusia The World Islands, kini dalam proses pembangunan untuk dijadikan pusat peranginan, kata pemaju projek tersebut, Kleindienst.
Apa yang menariknya, pulau itu bakal mempunyai rekabentuk “jantung hati” dan diinspirasikan daripada lokasi-lokasi bulan madu impian seperti di Maldives, Bora Bora dan kepulauan Caribbean, lapor Emirates 247.
Pulau St. Petersburg akan mempunyai 90 buah villa berbentuk “kuda laut terapung”, iaitu vila bawah laut yang setiap satunya saling berhubung dengan pulau tersebut melalui jeti terapung.
Bakal meletakkan Dubai sebagai salah satu destinasi bulan madu pilihan bakal pengantin dari seluruh pelosok dunia, pusat peranginan eksklusif ini menawarkan pengunjungnya kombinasi antara percutian pulau dan bandar metropolitan paling sempurna dan tidak dapat dilupakan.
Terletak 20 minit dari tanah besar Dubai dan 6.5 kilometer dari pantai Dubai, para tetamu akan dapat menikmati privasi dan khidmat butler 24 jam.
Selain itu, mereka akan mendapat akses ke Pulau Eropah dan Switzerland daripada THOE, yang dilengkapi dengan teknologi yang berupaya mengawal iklim sepanjang tahun.
Para tetamu juga boleh menikmati kolam infiniti, lagun, taman-taman tropika dan juga restoran.
Pengerusi THOE Josef Kleindienst berkata: “Pulau St. Petersburg akan menjadi destinasi impian bagi pasangan kekasih dan yang baru berumah tangga.
“Resort bertaraf lima bintang ini menawarkan privasi, ketenangan dan layanan kelas pertama supaya mereka boleh menikmati pengalaman yang manis dan indah dalam seumur hidup mereka.”
Para tetamu akan dapat ke pulau tersebut dengan menaiki helikopter, pesawat laut atau bot bagi tempahan berbulan madu yang akan dibuka tidak lama lagi, menurut laman Emirates 247.
“Hotel Honeymoon di Pulau Utama Eropah dijangka dibuka pada hujung tahun 2018,” dedah Kleindienst. –MYNEWSHUB