Memaparkan catatan dengan label ngeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ngeri. Papar semua catatan

Pisau Tembus Kepala Pemandu Teksi

Seorang pemandu teksi dikatakan bernasib baik kerana masih hidup walaupun ditikam di kepalanya ketika bergaduh di sebuah bar.

Kejadian berlaku kelmarin, ketika Juancelo Nunes de Oliveira, 39, berparti di bar di Agua Banca.

Pisau Tembus Kepala Pemandu Teksi, info, terkini, berita, ngeri,

Dia terbabit dalam satu pergaduhan menyebabkan dia ditikam tiga kali di dada dan sekali di kepala.

Anehnya, dia hanya menyedari pisau berkenaan tertusuk menembusi tempurung kepalanya hingga ke tulang rahang kira-kira tiga jam selepas kejadian.

Dia dihantar ke sebuah hospital berhampiran tetapi dipindahkan ke sebuah pusat kecemasan di Teresina, 100 kilometer dari tempat kejadian.

“Pisau itu tertusuk di kepalanya tetapi dia tidak menyedarinya. Kami percaya dia terkejut dan mungkin kerana mabuk menyebabkan dia tidak menyedari pisau itu berada dalam kepalanya,” kata pakar bedah, Dr Gilberto Albuquerque.

Gambar sinar-X menunjukkan pisau itu menembusi kepalanya dan menjulur di belakang mata kirinya.

Menurut Albuquerque, pisau itu terhenti pada tulang rahang bawah.

“Dia bernasib baik kerana masih hidup,” kata Albuquerque. – Agensi

Badan Penjual Sayur Berkecai Digilis Treler

Penjual sayur maut dalam keadaan mengerikan apabila digilis treler dari belakang dalam kejadian di Kilometer 29 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, di sini, hari ini. Dalam kejadian 8.40 pagi itu, mangsa Tan Teng Ka, 59, menunggang motosikal dan dalam perjalanan menuju ke pekan Rawang untuk menjual sayur.

Badan Penjual Sayur Berkecai Digilis Treler, info, terkini, berita, ngeri, nahas jalan raya,

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata siasatan awal mendapati mangsa diseret sejauh kira-kira 30 meter sebelum meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh anggota badan.

Foto dibawah ini mungkin akan menganggu emosi, hati dan perasaan anda. Kami tidak menggalakkan anda meneruskan untuk melihat foto berikut ini.

Beliau berkata, pemandu treler berusia 34 tahun berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. "Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. Pihak kami juga sudah mengambil keterangan daripada pemandu treler ini untuk membantu siasatan, katanya.


Badan Penjual Sayur Berkecai Digilis Treler, info, terkini, berita, ngeri, nahas jalan raya,

Badan Penjual Sayur Berkecai Digilis Treler, info, terkini, berita, ngeri, nahas jalan raya,


Sumber : trendingmedia1.blogspot.com

Arab Saudi Hukum Pancung Dua Pengedar Dadah

Dua lelaki yang disabitkan bersalah mengedar dadah menjadi pesalah pertama dihukum pancung oleh kerajaan Arab Saudi pada tahun ini.

Pada tahun lalu seramai 87 pesalah dipancung berikutan melakukan pelbagai kesalahan yang membawa kepada hukuman mati di negara tersebut.

Arab Saudi Hukum Pancung Dua Pengedar Dadah, info, terkini, berita, ngeri, pengedar dadah dihukum

Malik bin Said al-Sayaari dipancung pada Khamis di daerah Al-Hasa selepas didapati bersalah melakukan kesalahan mengedar dadah secara berulang kali.

Seorang lagi pesalah, Hussein al-Dussari pula dipancung di Riyadh selepas didapati bersalah menembak mati seorang anggota polis yang cuba menahannya.

Hussein ditahan kerana melakukan turut melakukan pengedaran dadah.

Arab Saudi menguatkuasakan hukuman mati mengikut syariat Islam terhadap pesalah bagi kesalahan rogol, bunuh, murtad, rompakan bersenjata dan mengedar dadah.

Negara tersebut juga dilaporkan terus memperketatkan undang-undang dalam hukuman mati walapupun terdapat pertikaian daripada pertubuhan hak asasi manusia. -AFP

Artikel Terdahulu : Cabut Empat Batang Gigi Pembantu Rumah Guna Playar

Cabut Empat Batang Gigi Pembantu Rumah Guna Playar

Seorang perunding di sebuah kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, Jumaat terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan parah dan cubaan membunuh pembantu rumahnya.


Cabut Empat Batang Gigi Pembantu Rumah Guna Playar , ingo, terkin, berita, ngeri, kejam, pembantu rumah didera

Ong Su Ping Serene, 47, didakwa menyebabkan kecederaan parah dengan mencabut empat batang gigi pembantu rumah warga Indonesia Meriance Kabu, 32, menggunakan playar di sebuah rumah di Persiaran Pandan 7, Pandan Jaya, antara 11 April dan 20 Disember 2014.

Jika disabitkan kesalahan itu, dia berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Wanita itu turut mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan cuba membunuh Meriance di tempat sama pada 12 tengah hari, 20 Disember lepas, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan serta dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam William Edwin yang mewakili Ong memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya perlu menjaga neneknya yang uzur.

Hakim Unaizah Mohd membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu pasport diserah kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap akhir bulan.

Mahkamah menetapkan 5 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan seorang pembantu rumah berjaya diselamatkan oleh jiran susulan penemuan nota yang ditulisnya berbunyi 'tolong bos dera saya' di bawah pintu rumah majikannya.

Artikel Terdahulu : 35 Maut Dalam Insiden Rebut Wang Palsu

Sumber : mstar.com.my

Lelaki OKU Maut Digilis Kereta Api

Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) maut selepas kedua-dua belah tangan dan kakinya putus digilis kereta api kargo dalam satu kejadian dekat Bedong awal pagi semalam.


Lelaki OKU Maut Digilis Kereta Api, info, terkini, berita, ngeri,

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi menyebabkan mangsa, M Kalimuthu, 29, yang dikatakan mengalami masalah mental maut di tempat kejadian.

Mangsa dipercayai merayau-rayau di kawasan landasan terbabit seorang diri, sebelum digilis kereta api itu.

Mayat mangsa termasuk cebisan anggotanya yang putus dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Terdahulu : Mek Kelate Gigih Berniaga Walau Berendam Banjir

Sumber : wowberita.org

Kanak-Kanak 9 Tahun Maut, Jatuh Dari Tingkat 9 Flat

Seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun maut setelah terjatuh dari tingkat sembilan, Flat Taman Bukit Angkasa, Jalan Bukit Angkasa, Pantai Dalam, di sini Isnin.


Kanak-Kanak 9 Tahun Maut, Jatuh Dari Tingkat 9 Flat, info, terkini, berita, ngeri

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata dalam kejadian 4.30 petang itu, kanak-kanak itu dipercayai pergi ke balkoni untuk mengambil seliparnya namun terjatuh akibat tergelincir.

“Ketika kejadian ibu mangsa difahamkan tiada di rumah kerana sedang bekerja. Mangsa yang merupakan anak tunggal, tinggal bersama ibunya. Ibu dan bapanya sudah bercerai,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mayat kanak-kanak itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

“Siasatan forensik mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.- BERNAMA

Artikel Terdahulu : Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Penjawat Awam Bersyarat