Memaparkan catatan dengan label nazim othman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nazim othman. Papar semua catatan

Bella Dally Belum Sedia Dedah Status Dengan Nazim Othman

Sebelum ini, pasangan ini dikatakan hangat bercinta, namun, sejak pertengahan tahun lalu, dakwaan menyatakan, bahawa hubungan mereka dikatakan goyah.


Bella Dally Belum Sedia Dedah Status Dengan Nazim Othman, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, bella dally, nazim othman

Enggan mengulas lanjut mengenai status hubungan mereka, Bella memberitahu, dia masih lagi mengambil berat mengenai keadaan Nazim Othman yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan.

“Saya masih rapat dengan Nazim. Saya masih sokong Nazim sepenuhnya. Menganai keadaan dia sekarang ini, saya tidak berhak untuk bercakap bagi pihak dia. Kalau dia dah bersedia, dia sendiri akan cakap. Tetapi keadaan dia sekarang memang ok.


“Walaupun selepas dia menjalani pembedahan, saya dan dia saling berhubung untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaannya,” ujar Bella yang ditemui di majlis pertunjukan koleksi terkini Galeri Ariani semalam sambil memberitahu dia masih tidak bersedia untuk mendedahkan kepada umum mengenai status hubungan mereka berdua.

“Saya belum bersedia untuk memberitahu tentang status hubungan kami kepada umum. Tapi bila sampai masa, saya akan beritahu juga. Sebab saya tak nak cakap banyak juga, tapi dari mula sampai sekarang saya masih sokong dia.

“Kita tak tahu lagi siapa jodoh kita, kalau kita beritahu kepada umum dan kemudian tak jadi, malu nanti, jadi lebih baik untuk tidak memberitahu apa-apa,” katanya.


Sumber : rotikaya

Nazim Othman dedah gambar kepala berjahit selepas bedah

Pelakon Nazim Othman sedikit demi sedikit memberanikan diri berkongsi kepada umum mengenai penyakit yang dihadapinya menerusi Instagram


Nazim Othman dedah gambar kepala berjahit selepas bedah, info, terkini, hiburan, sensasi, nazim othman

Terbaru, dia dengan berani berkongsi gambar dirinya terutama di bahagian kepala yang kelihatan telah berjahit seperti seorang pesakit yang telah menjalani pembedahan.

Nazim masih lagi berdiam diri, tidak memberi sebarang kenyataan atau komen kepada pihak media, namun dia hanya berkongsi kisah hidupnya menerusi Instagram.

Difahamkan, Nazim dikatakan menghidap penyakit di bahagian kepala tetapi tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihan yang mengatakan dia menghidap kanser.

Apa-apa pun dengan kesempatan ini, hanya mampu berdoa agar kesihatan Nazim dapat pulih sediakala dan dapat menjalani hidup seperti sedia kala.

Peminat Nazim juga dikhabarkan tidak henti-henti mengirimkan doa dan mahu pelakon kesukaan ramai ini dapat meneruskan kariernya sebagai seorang pelakon dengan jayanya, Amin.


Sumber : c2sini.blogspot