Memaparkan catatan dengan label nahas pesawat germanwings. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nahas pesawat germanwings. Papar semua catatan

Kotak Hitam Kedua Pesawat Germanwings Ditemui

Kotak hitam kedua milik pesawat Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis ditemui pada hari kesembilan hari operasi pencarian.


Kotak Hitam Kedua Pesawat Germanwings Ditemui, info, terkini, berita, nahas pesawat germanwings, kotak hitam germanwings

Pasukan penyelamat menjumpai kotak hitam kedua dari pesawat Airbus A320 pada Khamis selepas yang pertama ditemui pada hari nahas.

Data teknikal, yang memberi maklumat penting saat-saat akhir penerbangan, direkodkan pada kotak hitam yang kedua.

Pegawai berharap pemeriksaan ke atas kotak itu dapat memberi lebih banyak petunjuk mengenai apa yang sebenarnya yang berlaku pada 24 Mac lalu.

Pesawat itu hilang dari radar pada pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) ketika dalam penerbangan dari bandar Barcelona, Sepanyol ke Dusseldorf, Jerman.

Pesawat itu terhempas di Alps Perancis kira-kira 52 minit selepas berlepas.

Semua 150 penumpang termasuk anak kapal terbunuh dalam insiden itu.


Sumber : mstar online

Rumah Co-Pilot Germanwings Digeledah Pihak Polis

Kediaman pembantu juruterbang pesawat Germanwings 4U 9525, Andreas Lubitz telah digeledah pihak polis selepas dia disyaki menjadi dalang kepada nahas udara yang membunuh 150 penumpang termasuk enam anak kapal, Selasa lalu.


Rumah Co-Pilot Germanwings Digeledah Pihak Polis, info, terkini, berita, nahas pesawat germanwings,

Walau bagaimanapun, pihak polis masih belum menjelaskan butir-butir penemuan sebarang bahan bukti termasuk nota bunuh diri yang lazimnya ditinggalkan seseorang individu jika dia memang berniat sedemikian pada mulanya.

Pembantu juruterbang berusia 28 tahun itu dikatakan mengalami masalah dalam perhubungan cinta yang mungkin mendorongnya bertindak menjunamkan pesawat itu.


Rumah Co-Pilot Germanwings Digeledah Pihak Polis, info, terkini, berita, nahas pesawat germanwings,
Andreas Lubitz


Hasil pemeriksaan terhadap kotak hitam, Lubitz dikatakan sengaja menjunamkan pesawat tersebut selepas juruterbang tidak boleh mengakses masuk ke ruangan kokpit.

Sumber polis dari Dusseldorf berkata, “kami mahu mencari sekiranya menjumpai apa-apa bukti yang menunjukkan Lubitz memang sengaja bertindak mahu membunuh diri dalam nahas tersebut”.

Pesawat Airbus milik Germanwings itu terhempas di pengunungan Alps, mengorbankan 150 orang termasuk 16 kanak-kanak sekolah yang pulang daripada program lawatan pertukaran pelajar di Sepanyol.

Penerbangan itu dalam perjalanan dari Barcelona, Sepanyol menuju ke Dusseldort, Jerman.

Sumber : mynewshub

Nahas Germanwings: Perakam Suara Dedah Juruterbang Terkunci Di Luar Kokpit

Misteri menyelubungi nahas Germanwings selepas analisis awal data perakam suara kokpit mendedahkan salah seorang juruterbang terkunci di luar kokpit.


Nahas Germanwings: Perakam Suara Dedah Juruterbang Terkunci Di Luar Kokpit, Germanwings , perakam suara kokpit, info terkini, berita, nahas pesawat Germanwings, kokpit, perakam suara kokpit

Analisis awal itu memaklumkan bahawa juruterbang itu cuba memecah pintu kokpit untuk masuk ke dalam.

Bagaimanapun, masih belum ada petunjuk mengapa juruterbang itu meninggalkan kokpit dan apakah yang berlaku kepada juruterbang yang berada di dalam kokpit pesawat itu.

Seorang pegawai kanan tentera yang terlibat dalam penyiasatan itu menyifatkan perbualan antara kedua-dua juruterbang berkenaan "amat baik, amat tenang" semasa pesawat tersebut memulakan penerbangan dari Barcelona ke Düsseldorf.

Audio perakam kemudiannya menunjukkan salah seorang daripada juruterbang meninggalkan kokpit dan tidak dapat masuk semula ke dalamnya.

"Juruterbang yang berada di luar mengetuk pintu secara perlahan tetapi tiada jawapan," kata penyiasat itu.

"Dan dia kemudiannya mengetuk pintu dengan lebih kuat dan masih tiada jawapan.

"Sememangnya tiada maklum balas diberikan oleh juruterbang di dalam kokpit."

Penyiasat itu berkata: "Anda boleh dengar dia (juruterbang di luar kokpit) cuba memecah pintu itu."

Audio perakam suara kokpit itu sedikit-sebanyak memberi petunjuk yang membawa kepada punca nahas Germanwings yang terhempas di Pergunungan Alps Perancis antara Barcelonnette dan Digne, Perancis pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, masih banyak persoalan mengenai nahas belum dirungkaikan.

Sumber : mstar online

17 Gambar Pesawat Germanwings Berkecai Terhempas Di Pergunungan Alps

Sebuah pesawat syarikat penerbangan rendah milik Germanwings, anak syarikat Lufthansa, dilaporkan terhempas di pergunungan Alps Perancis.


17 Gambar Pesawat Germanwings Berkecai Terhempas Di Pergunungan Alps, info, terkini, berita, nahas pesawat Germanwings, Pesawat Airbus A320 Germanwings

Pesawat Airbus A320 Germanwings yang membawa 150 orang penumpang termasuk anak kapal terhempas di pergunungan itu setelah terputus hubungan dengan pusat kawalan udara Perancis pada jam 10.30 pagi semalam pada ketinggian 6,000 kaki (1,828 meter).

Pesawat itu dalam perjalan dari Barcelona, Sepanyol ke Duesseldorf, Jerman.

Menurut Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls berkata, sebuah helikopter telah mendarat di lokasi nahas dan hanya menemui serpihan bangkai pesawat dan mendapati tiada penumpang yang terselamat.

Lapor akhbar Echos, pesawat itu berkecai dengan serpihan terbesar adalah sebesar sebuah kereta.

Pihak polis Perancis juga turut mengesahkan tiada penumpang yang terselamat dalam tragedi itu dan menjangkakan usaha menyelamatkan mangsa dan mengeluarkan bangkai pesawat akan mengambil masa yang lama berikutan keadaan cerun gunung yang agak curam.

Bagaimanapun, punca nahas masih belum dikenal pasti.

Menurut pihak berkuasa penerbangan Perancis, juruterbang pada ketika kejadian tidak membuat panggilan kecemasan dan hubungan radio terputus sekali gus menimbulkan persoalan misteri mengapa pesawat itu tiba-tiba hilang altitud selama lapan minit sebelum terhempas.

Pesawat Germanwings itu membawa 144 penumpang termasuk dua bayi, enam krew. 67 penumpang adalah warga Jerman termasuk 16 pelajar sekolah tinggi.

Pesawat itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Barcelona pada jam 10.01 pagi tetapi mula turun selepas mencecah paras penerbangan 38,000 kaki (11,582 meter). Ia terus turun selama lapan minit sebelum terhempas. - AP


















Sumber : thehypemedia

Nahas Germanwings: Tiada Penumpang Terselamat

Presiden Perancis, Francois Hollande menegaskan tiada seorang pun yang terselamat dalam nahas pesawat Germanwings yang terhempas di selatan Perancis, petang Selasa.


Nahas Germanwings: Tiada Penumpang Terselamat, info, terkini, berita, nahas pesawat germanwings,

"Keadaan nahas yang masih belum diketahui menyebabkan kita mengandaikan bahawa tiada siapa yang terselamat," kata Hollande.

Germanwings mengesahkan pesawat 4U9525 dari Barcelona ke Duesseldorf yang membawa 144 penumpang dan enam anak kapal terhempas di Pergunungan Alps Perancis.

Pegawai berkata pesawat tersebut mengeluarkan isyarat kecemasan pada pukul 0947 waktu tempatan, kira-kira 52 minit selepas berlepas.

Ia adalah kemalangan pesawat Airbus pertama di Perancis sejak tragedi Concorde di Paris kira-kira 15 tahun lalu.


Nahas Germanwings: Tiada Penumpang Terselamat, info, terkini, berita, nahas pesawat germanwings,

Sementara itu, pemilik sebuah tapak perkhemahan di kawasan pergunungan itu berkata dia terdengar bunyi sangat kuat agak lama di udara sebelum pesawat Germanwings itu terhempas.

Pierre Polizzi berkata dia terdengar bunyi kuat itu pada pukul 11.30 pagi (waktu Perancis).

"Memang biasa ada pesawat pejuang yang terbang di kawasan ini, jadi saya sangka pesawat itulah. Namun apabila tengok di luar, saya tidak nampak sebarang pesawat pejuang.

"Bunyi yang saya dengar agak lama, seperti pesawat itu terbang lebih perlahan daripada kelajuan pesawat tentera. Selepas terhenti seketika, tidak lama kemudian terdengar lagi bunyi bising," katanya.

Polizzi berkata, memang sukar untuk ke tempat nahas kerana kawasan pergunungan itu diliputi salji dan sangat mencabar.

Sumber : mstar online