Memaparkan catatan dengan label lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lawak. Papar semua catatan

‘Saya Tak Reti Masak, Tapi Puaskan Nafsu Pandai’

Buktinya, seorang gadis remaja telah memuat naik ‘berani mati’ dengan membuat pengakuan pandai memuaskan nafsu.

‘Saya Tak Reti Masak, Tapi Puaskan Nafsu Pandai’

Status yang dimuat naik remaja berkenaan yang dikenali sebagai ‘Fy’, menerusi aplikasi WeChat mengundang rasa jelik ramai.

“Wahai ibu mentuaku, saya nak cakap saya ni tidaklah pandai masak, tetapi setakat memuaskan nafsu anak mak, Insha’Allah saya pandai,” tulisnya.

Meskipun, status berkenaan berbunyi gurauan, namun mengungkapkan kata-kata lucah tanpa merasa segan silu di tempat khalayak ramai bukan sesuatu yang boleh diterima.

Tambahan pula, usia remaja ini baru belasan tahun dan masih bersekolah.

Kenyataan Fy ni juga jelas menunjukkan pemikirannya yang kotor dan dangkal.

Akhir sekali, pesanan kami kepada adik Fy, bawa-bawalah bertaubat dan belajar rajin-rajin kerana dunia ini bukan semata-mata hanya kerana seks. – MYNEWSHUB

Seluar Terlondeh Ketika Cuba 'Selfie' Bersama Timbalan Perdana Menteri UK

Seorang remaja lelaki terpaksa menanggung malu apabila seluarnya terlondeh semasa cuba bergambar 'selfie' bersama Timbalan Perdana Menteri United Kingdom, Nick Clegg.


lawak, lucu, info, terkini, viral, berita

Portal Mail Online melaporkan William Carrie, 17, meminta timbalan perdana menteri itu untuk bergambar bersama di luar Kolej Solihull tengah hari Jumaat.

Bagaimanapun seluar jeans yang dipakai William terlondeh sehingga ke paras lutut semasa Clegg berdiri rapat dengannya untuk bergambar.

Clegg kemudiannya mengangkat tangan dan berlalu menuju ke sebuah bas.

Keadaan yang tidak disangka itu membuatkan muka William merah padam.

Bercakap kepada Mail Online petang Jumaat, pelajar Solihull menegaskan kejadian memalukan itu sebagai satu 'keadaan yang tidak disengajakan'.

William berkata, dia menuju ke kolej untuk berjumpa dengan rakannya sewaktu bertemu dengan Clegg tanpa menyedari timbalan perdana menteri itu sedang membuat lawatan.

"Saya menghampirinya untuk mengambil gambar kerana saya suka berjumpa dengan selebriti. Tetapi sebaik sahaja saya mahu mengambil gambar 'selfie', seluar saya terlondeh," katanya.

Tambah William, seluar jeans itu yang dipakainya sejak beberapa tahun.

Menurut William, dia perlu mendapatkan sepasang seluar yang baharu.

"Saya berasa sangat malu kerana kejadian yang berlaku benar-benar memalukan. Semua rakan mentertawakan saya dan ramai yang merakamkan kejadian yang berlaku," katanya.



William bagaimanapun bernasib baik kerana dia memakai seluar pendek "boxer' hitam di bahagian dalam ketika kejadian berlaku.

"Ia memang lucu tetapi ia benar-benar tidak disengajakan. Saya tidak pernah melakukan perkara seperti itu dengan sengaja.

"Saya mahu mohon maaf kepada Nick Clegg secara peribadi. Saya hanya mahu mengambil gambar bersamanya dan saya fikir beliau mungkin marah," jelas William.


lawak, lucu, info, terkini, viral, berita

Bagaimanapun, Clegg melihat perkara itu dengan berbuat jenaka menerusi kenyataannya di Twitter: "Ada segelintir yang tidak mengendahkan amaran saya supaya mengetatkan tali pinggang." - MAIL ONLINE

'Government Suka Tipu' Dan 13 Lagi Maksud "Sebenar" GST

 GST? Semua orang tahu yang menjelang 1 April 2015 cukai barangan dan perkhidmatan akan dikuatkuasakan. Begitu juga dengan topik perbualan dimana kebanyakan orang tidak bersetuju dengan perlaksanaan GST. Walaupun begitu, masih ada segelintir orang belum tahu ayat lengkap GST selain dari " Goods and Service Tax".


1. GST = Geram Sangat Taw


'Government Suka Tipu' Dan 13 Lagi Maksud "Sebenar" GST, info, terkini, berita, lawak,


    Kalau diperhatikan reaksi rakyat Malaysia, memang ramai yang geram sangat dengan pelaksanaan GST sebab harga barang dipercayai akan naik.



2. GST = Gali Simpanan & Tabung


    Harga barang semua naik, gaji tak naik, jadi mana nak dapat duit lebih? Terpaksalah gali tabung dan simpanan.



3. GST = Girls Sudah Takut

'Government Suka Tipu' Dan 13 Lagi Maksud "Sebenar" GST, info, terkini, berita, lawak,

        "Selepas ini harga barang semua akan naik, jadi macam mana nak pergi 'shopping'?" luah ramai wanita di luar sana.



4. GST = Good Shopping Time


      Mungkin ada orang yang tak kisah sangat dengan GST. Ada GST atau tiada GST, setiap hari dan setiap masa ialah 'good shopping time' di mana jua mereka berada.

5. GST = Genuinely Stupid Trickery

'Government Suka Tipu' Dan 13 Lagi Maksud "Sebenar" GST, info, terkini, berita, lawak,
 
    Ramai orang mendakwa GST ini ialah satu helah kerajaan semata-mata untuk mengaut untung lebih di masa depan.



6. GST = Grow & Share Together



    Bagi pihak kerajaan pula, salah satu pelaksanaan GST adalah untuk 'grow & share together' bagi menstabilkan semula ekonomi negara yang kini sedang lumpuh.



7. GST = Government Suka Tipu

'Government Suka Tipu' Dan 13 Lagi Maksud "Sebenar" GST, info, terkini, berita, lawak,

       “Saya bukan pakar ekonomi, senario kerajaan suka tipu ini sebelum cadangan pelaksanaan GST lagi. Kita tak perlu GST sekiranya ada pentadbiran kerajaan yang telus. Telus ini adalah seperti bebas daripada kronisme dan kurangkan rasuah,” ujar Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong.


8. GST = Gangster Style Transactions


'Government Suka Tipu' Dan 13 Lagi Maksud "Sebenar" GST, info, terkini, berita, lawak,

       Sepertimana gangster mengutip wang daripada para pelanggan, begitu jugalah orang ramai mendakwa cara kerajaan mengaut duit rakyat.



9. GST = Goods Shoot Tinggi


'Government Suka Tipu' Dan 13 Lagi Maksud "Sebenar" GST, info, terkini, berita, lawak,

    "Selepas GST, hampir semua urusan jual beli akan dikenakan cukai. Ini sudah tentu akan menaikkan harga barang dan perkhidmatan, dan inflasi akan melonjak dalam keadaan rakyat sudah pun terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang diumumkan kerajaan setakat ini," jelas Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.


10. GST = Growing Snatch Thieves


'Government Suka Tipu' Dan 13 Lagi Maksud "Sebenar" GST, info, terkini, berita, lawak,

    Semakin naik harga barang di pasaran, semakin meningkat kadar kecurian dan kes ragut di negara. Adakah hipotesis ini diterima?



11. GST = Gaduh Sampai Tua


'Government Suka Tipu' Dan 13 Lagi Maksud "Sebenar" GST, info, terkini, berita, lawak,

    Satu puak kata GST ini bagus, satu lagi puak kata GST ini tak bagus, siap buat kempen tolak GST besar-besaran. Sampai bila-bila tak akan selesai.



12. GST = Gabungan Semua Tax


'Government Suka Tipu' Dan 13 Lagi Maksud "Sebenar" GST, info, terkini, berita, lawak,

      
    Kalau GST ini merupakan gabungan semua tax, itu satu petanda tidak baik untuk rakyat.



13. GST = Good Sarawakian Tumpik


'Government Suka Tipu' Dan 13 Lagi Maksud "Sebenar" GST, info, terkini, berita, lawak,

    Satu strategi perniagaan bijak bagi peniaga ini. Nama GST yang sedang heboh sekarang ini ditukar kepada 'Good Sarawakian Tumpik'.



14. GST = Gerrard Suka Tapak?


'Government Suka Tipu' Dan 13 Lagi Maksud "Sebenar" GST, info, terkini, berita, lawak,

  
    Persoalannya, adakah Steven Gerrard juga terkena tempias kehangatan GST yang melanda negara kita?



Sumber : Says

Gambar Dari Gadis Buat Abg Sado TERNGANGA

Bagi gadis-gadis yang cantik, pasti sering diganggu oleh jejaka-jejaka hauk, samada di SMS mahupun di WhatsApp. 


Gambar Dari Gadis Buat Abg Sado TERNGANGA, info, terkini, sensasi, lawak,

Namun tak perlu risau sehingga murung dan membunuh diri, kerana tiada perkara dalam dunia ini yang tiada jalan penyelesaiannya.

Berkongsi artikel dari sebuah blog satira, di bawah adalah tiga contoh untuk tangani SMS dan WhatsApp lucah:

Gambar Dari Gadis Buat Abg Sado TERNGANGA, info, terkini, sensasi, lawak,

Gambar Dari Gadis Buat Abg Sado TERNGANGA, info, terkini, sensasi, lawak,

Gambar Dari Gadis Buat Abg Sado TERNGANGA, info, terkini, sensasi, lawak,


Sumber : kingcenglu

Kelakar..Kantoi Menari Aksi Ghairah Depan Kamera

Apa agaknya reaksi anda sekiranya ‘kantoi’ dengan bapa sendiri semasa merakam aksi-aksi ghairah di hadapan video?


Kelakar..Kantoi Menari Aksi Ghairah Depan Kamera, info, terkini, sensasi, lawak, kelakar,

Menerusi video berdurasi lebih kurang 0.38 saat ini, dapat dilihat seorang gadis sedang merakam tindakannya melakukan aksi-aksi ghairah.





Namun aksi gadis berkenaan terbantut selepas bapanya masuk ke dalam bilik itu secara tiba-tiba menyebab dia terperanjat.

Memang kelakar tengok dia terkejut begitu sekali!

Agaknya mahu berikan kepada teman lelakinya tapi terkantoi pula.

Sumber : mynewshub

Gambar Troll Duit RM100 Selepas GST Dilaksanakan

Sungguh kreatif rakyat Malaysia ni dalam isu troll apabila terbaru mereka telah mengedit gambar sekeping duit RM100 telah menjadi RM94 setelah ditolak GST.


Gambar Troll Duit RM100 Selepas GST Dilaksanakan, info, terkini, sensasi, lawak, lucuk, GST

Gambar tersebut telah tersebar luas dilaman sosial dan digunakan sebagai gambar komen terutama pos-pos berkaitan GST yang akan dilaksanakan bermula 1 April ini.

Gambar wang berkenaan membawa maksud duit kertas RM100 itu telah ditolak RM6 kerana dikenakan cukai 6 peratus GST.

Sebelum iini terdapat juga penyebaran duit seperti ini dimana sekeping gambar duit RM100 yang memaparkan wajah Agong menutupi muka kerana malu dengan kejatuhan nilai ringgit.


Sumber : siakapkeli