Memaparkan catatan dengan label lara alana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lara alana. Papar semua catatan

Scha Alyahya Panik Anak Tersedak Susu

Pelakon Scha Alyahya memberitahu beberapa kali berada dalam keadaan cemas apabila anaknya Lara Alana yang kini berusia 7 bulan tersedak susu.


Scha Alyahya Panik Anak Tersedak Susu, info, terkini, hiburan, sensasi, Lara Alana

Scha, 32, berkata, selepas kejadian pertama, dia dan suaminya pengacara Awal Ashaari belajar sedikit sebanyak tentang teknik apabila berhadapan dengan situasi tersebut.

"Sepanjang tujuh bulan menjaga Lara ada beberapa kali dia buat kami panik apabila tersedak susu.
"Saya takut sangat melihat keadaan itu kerana Lara susah nak bernafas, nasib baik juga ketika itu saya berada dengan dia.

"Bahaya kalau kejadian itu berlaku ketika dia sedang tidur dan kita tidak berada disamping dia," ujarnya kepada mStar Online.

Rumah tangga Awal dan Scha semakin bermakna dengan kehadiran anak mereka.

Scha berkata, biarpun kejadian seperti itu merupakan perkara biasa, namun ia sangat bahaya kepada kanak-kanak dan boleh membawa maut.

Katanya, menyedar tentang kepentingan itu, dia belajar untuk meredakan keadaan tersebut melalui orang yang lebih berpengalaman.
"Ia memang perkara biasa bagi kanak-kanak tetapi bahaya dan selalu kita dengan bayi meninggal dunia kerana tersedak susu.

"Sebab itu juga saya risau untuk tinggalkan dia bersendirian biarpun sedang tidur," ujarnya.

Dalam pada itu, Scha berkata, sepanjang tujuh bulan tersebut, Lara tidak banyak meragam dan membesar dengan baik.

Katanya, dia juga terpaksa membahagikan kerjaya dan keluarga dengan sebaik mungkin.



Sumber : mstar online

Awal Ashaari Bengang Ada Peminat Tegur Hidung Lara Alana

Jika baru-baru ini anak sulung penyanyi Black telah dicemuh oleh seorang individu, kini Lara Alana turut menjadi mangsa kepada salah satu komen atau teguran yang tidak kena pada tempatnya malah dalam masa yang sama turut membuatkan Awal Ashaari bengang.

Awal Ashaari Bengang Ada Peminat Tegur Hidung Lara Alana, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, awal ashari, lara alana

Jika dilihatkan daripada cara teguran tersebut, mungkin individu tersebut sekadar mahu menegur tetapi dalam masa yang sama, teguran terbuka sebegitu hanya akan membawa kepada situasi tidak senang kepada ibu bapa bayi tersebut.


Awal Ashaari Bengang Ada Peminat Tegur Hidung Lara Alana, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, awal ashari, lara alana

Awal bagaimanapun menjawab semula ‘teguran’ tersebut dengan memuatnaik sekeping gambar yang membawa maksud, setiap individu mempunyai batasan dalam melontarkan pendapat yang jujur ataupun bersikap biadap.

Buat Awal dan juga Black, kami doakan yang terbaik kepada anda dan juga anak-anak anda. Susah mahu puaskan hati semua orang. Sebagai ibu bapa siapa yang tidak akan terasa jika orang luar kata bukan-bukan pada darah daging sendiri.


Sumber : rotikaya