Memaparkan catatan dengan label kes tebusan sydney. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kes tebusan sydney. Papar semua catatan

Insiden Tebusan Berlaku Pula Di Ghent, Belgium

Bagaikan satu kebetulan, satu serangan melibatkan insiden tebusan berlaku di bandar Ghent, Belgium hari ini selepas empat orang lelaki bersenjata menawan tebusan di dalam sebuah apartmen.


Insiden Tebusan Berlaku Pula Di Ghent, Belgium, info, terkini, berita luar negara, sensasi, kes tebusan sydney,

Ketika ini, sedang berlaku insiden sama di Kafe Lindt Chocolate di bandaraya Sydney berhampiran Sydney Opera House melibatkan seorang lelaki bersenjata yang meminta bendera Negara Islam (IS), memetik laman web Straitstitimes.com.

Di Belgium, pasukan polis bersenjata telah pun mula mengepung bangunan itu selepas insiden dipercayai bermula beberapa jam lalu di sebuah bandar yang menempatkan penduduk yang bekerja dan kelas pertengahan.

“Tiada indikasi bahawa kejadian ini ada kaitan dengan keganasan, IS atau apa sahaja yang sedang berlaku ketika ini di Sydney,” kata pihak berkuasa.

Insiden tebusan di Belgium berlaku pada masa sama dengan yang berlaku di Sydney apabila kakitangan kafe berkenaan ditawan oleh seorang lelaki bersenjata.

Berita terkini menyebut pihak polis Belgium telah berjaya menahan seorang lelaki bersenjata dan seorang lagi menyerah diri dalam insiden tebusan di sana.


Sumber : mynewshub.cc

Lelaki Bersenjata Tawan 40 Tebusan Dalam Kafe

Orang ramai menyaksikan insiden lelaki bersenjata menawan tebusan di sebuah kafe di tengah bandar Sydney, Isnin.


Lelaki Bersenjata Tawan 40 Tebusan Dalam Kafe, berita, terkini, sensasi sydney, kes tebusan sydney

Suasana di sebuah kafe di tengah bandar ini kecoh apabila seorang lelaki bersenjata bertindak menawan sekurang-kurangnya 40 tebusan membabitkan pekerja premis itu dan 30 pelanggan, awal pagi Isnin.

Lelaki itu juga bertindak memaparkan bendera hitam putih dengan tulisan Arab yang diletakkan di tepi tingkap kafe berkenaan.

Siasatan insiden itu sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti lelaki berkenaan.

Kafe berdekatan Opera House itu mendorong pihak berkuasa menutup pusat perniagaan Martin Place apabila polis lengkap bersenjata mengepung kafe coklat Lindt.


Lelaki Bersenjata Tawan 40 Tebusan Dalam Kafe, berita, terkini, sensasi sydney, kes tebusan sydney

Saksi kejadian itu berkata, mereka mendengar bunyi kuat seperti tembakan dilepaskan dalam premis itu.

Penerbit Channel Seven, Patrick Byrne, yang pejabatnya terletak bertentangan kafe itu berkata, kakitangan stesen televisyen itu menyaksikan insiden berkenaan.

"Kami meluru ke tingkap dan terkejut apabila melihat orang mengangkat tangan ke arah tingkap di kafe itu," katanya.

Australia diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas kerajaan membangkitkan kebimbangan terhadap rakyatnya yang berjuang bersama kumpulan jihad di Iraq dan Syria mungkin pulang ke negara asal dengan membawa elemen radikal dan berupaya membuat serangan.

Sementara itu, jurucakap polis New South Wales berkata, pihaknya sedang bertindak balas terhadap insiden berkenaan dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk keselamatan tebusan.

Sumber : mstar.com.my