Memaparkan catatan dengan label kes samun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kes samun. Papar semua catatan

6 Penyamun Tetak 5 Pengawal Keselamatan

Enam penyamun bertindak ganas dengan menetak enam mangsa membabitkan lima pengawal keselamatan dan seorang kakitangan Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Lembaga Koko Malaysia dalam kejadian samun, di sini, semalam. 


6 Penyamun Tetak 5 Pengawal Keselamatan, info, terkini, berita, kejam, kes samun

Sumber berkata, dalam kejadian jam 1.40 pagi, lima pengawal keselamatan terbabit sedang mengawal lima blok bangunan di pusat itu manakala kakitangan berkenaan secara kebetulan datang ke pejabat untuk mengambil barang tertinggal.

Katanya, ketika itu enam lelaki bertopeng menceroboh masuk ke pusat terbabit dan mereka mendapatkan semua mangsa yang kebetulan berada di sudut bangunan.

Menurutnya, semua mangsa kemudian diikat dan dipukul sebelum keenam-enam mereka ditetak menggunakan parang serta kuku kambing.

“Selepas ditetak, kelima-lima pengawal keselamatan dan kakitangan pusat itu dihimpunkan dalam Blok Pentadbiran sebelum suspek melarikan barangan berharga milik mereka,” katanya.

Menurut sumber, akibat tetakan itu, kesemua mangsa membabitkan lima warga tempatan dan seorang warga Pakistan parah di bahagian badan, kaki, tangan dan kepala.

“Seorang daripada pengawal warga tempatan difahamkan putus tangan kanan akibat ditetak penyamun jahanam itu,” katanya.

Sumber berkata, ekoran mangsa dalam keadaan lemah, suspek menyelongkar bahagian pejabat bangunan namun tidak menemui barangan berharga.

“Dalam kejadian itu, suspek hanya melarikan telefon bimbit dan dompet milik kesemua mangsa sebelum melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, kehadiran penjenayah terbabit disaksikan seorang lelaki tidak dikenali yang kemudian menghubungi pihak polis.

Sumber : suarinsan

Penyamun Botak Dibelasah Warga Flat Pantai Dalam

Seorang penjenayah botak seolah-olah sengaja menempah bala apabila dibelasah separuh mati oleh penduduk selepas cuba merompak seorang wanita.


Penyamun Botak Dibelasah Warga Flat Pantai Dalam, info, terkini, berita, kes samun,

Dalam kejadian jam 7.31 pagi semalam, suspek berusia 31 tahun dikesan menyamun mangsa di kawasan tangga sebuah pangsapuri di Pantai Dalam di sini.

Suspek dilapor menggunakan sepucuk pistol tiruan dan sebatang besi bagi menakut-nakutkan mangsanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa berusia 28 tahun mendakwa diserang suspek memakai kemeja-T dan seluar jeans.

“Suspek dilapor mencekik leher mangsa sebelum mengacukan pistol tiruan dibawa ke belakang kepala wanita itu.

“Suspek kemudiannya mengarahkan mangsa menyerahkan barangan berharga seperti wang tunai dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM1,750 sebelum melarikan diri,” katanya.

Zainuddin berkata, sebaik suspek melarikan diri, mangsa menjerit meminta pertolongan dari orang ramai.

“Jeritan mangsa didengari penduduk kawasan perumahan itu sebelum mereka bertindak mengejar dan menangkap suspek.

“Penduduk terpaksa bergelut dengan suspek selama hampir 10 minit berikutan penjenayah itu bertindak agresif melawan dan cuba memukul penduduk,” katanya.

Menurutnya, tindakan ganas suspek menyebabkan orang awam hilang sabar sebelum membelasah penjenaha itu.

Katanya, suspek dilapor cedera di badan dan kepala akibat dipukul orang ramai.

“Penduduk kemudiannya menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan kejadian itu. Sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum mereka menahan lelaki terbabit.

“Pihak berkuasa turut merampas sepucuk pistol tiruan dan besi yang digunakan suspek ketika merompak mangsa,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Pantai di sini, untuk tindakan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan (KK).

Sumber :  myMetro Online