Memaparkan catatan dengan label kes artis bercerai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kes artis bercerai. Papar semua catatan

Punca Keretakan Rumah Tangga Boy Iman

Pelakon Boy Iman mengesahkan bakal berpisah dengan isterinya Kumala Dewi Anas seperti mana yang dilaporkan dalam ruang pojok sebuah akhbar mingguan, Ahad lalu.


Punca Keretakan Rumah Tangga Boy Iman, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, boy iman, kes artis bercerai

Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abd Rahman, 35, berkata, punca keretakan rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu itu adalah disebabkan masalah kewangan yang sedang dihadapi mereka.

"Apa yang dilaporkan tentang keretakan rumah tangga saya itu benar, saya sudah berusaha untuk selamatkannya dan pergi ke sesi kauseling pada awal bulan Februari lalu.

"Namun, dia (isteri) tetap tidak mahu meneruskan hubungan ini dan telah memfailkan perceraian di mahkamah untuk berpisah," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Isnin.

Tambahnya, kes perceraian akan disebut pada 2 April depan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Boy dan Kumala Dewi Anas berkahwin pada 11 November 2011 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Norul Emmer berusia setahun enam bulan.
Punca Keretakan Rumah Tangga Boy Iman, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, boy iman, kes artis bercerai
Boy bersama isterinya ketika menyambut kelahiran bayi pertama mereka.


Tambah Boy Iman, dia mengakui keretakan rumah tangga tersebut adalah berpunca daripada kegagalannya menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Dia juga gagal memberi nafkah terutama dalam menyelesaikan beberapa urusan kewangan sejak beberapa bulan selepas bisnes Celebrity Bazaar yang dianjurkan Oktober lalu gagal mendapat pulangan.

"Perkara ini bermula sejak bisnes saya mula merosot, Celebrity Bazaar yang saya anjurkan pada 15 Oktober 2014 lalu di Dataran Underground, Dataran Merdeka gagal mendapat sambutan.

"Disebabkan perkara itu, saya terpaksa menanggung kerugian sebanyak lebih RM65,000, apabila pihak Dataran Merdeka membatalkan kontrak dari tiga bulan kepada sebulan dan saya terpaksa memulangkan semula duit kepada lebih 70 peniaga," ujarnya.

Tambahnya, lokasi perniagaan yang tidak strategik juga membuatkan kebanyakkan peniaga yang menyertai bazar tersebut menanggung kerugian.

Celebrity Bazaar yang dilancarkan oleh bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar turut disertai oleh beberapa selebriti antaranya Afiq Muiz, Cha Cha Maembong, Sheera Iskandar dan ibunya, Aznah Hamid serta Sarah (MystarLG).

Sumber : mstar

Syura Tertekan Disalahkan Kerana Keruntuhan Rumah Tangga

Penyanyi Syura tertekan apabila masyarakat mempersalahkannya akibat kegagalan rumah tangga yang dibina selama 10 tahun bersama bekas suami Mohd Fadhly Md Yassin.


 Syura Tertekan Disalahkan Kerana Keruntuhan Rumah Tangga, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontrversi, kes artis bercerai


Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron,28, berkata, ramai yang mencemuhnya di media-media sosial dengan menuduh dia lupa daratan selepas kembali semula dalam industri hiburan.

"Sudah tentu saya tertekan apabila ramai yang mempersalahkan saya dalam hal ini, terutama bila saya tidak hadir pada sebutan rujuk yang pertama lalu.

"Mungkin juga ada yang kata saya lupa daratan dan ingin membuang keluarga selepas kembali semula ke industri ini. Perkara itu sedikit sebanyak membuatkan saya rasa sedih dan terhina," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Terdahulu pada Selasa Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur membenarkan bekas suami Syura, Mohd Fadhly, 33, menarik semula permohonan pengesahan lafaz rujuk yang telah dibuat secara lisan pada 10 November tahun lalu.

Hakim Syarie, Abdul Halim Muhammad  membenarkan keputusan itu selepas Mohd Fadhly menyatakan tidak mahu meneruskan kes tersebut selepas Syura selaku defendan enggan rujuk semula.

Pasangan berkenaani disahkan bercerai talak satu pada September 2014.


 Syura Tertekan Disalahkan Kerana Keruntuhan Rumah Tangga, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontrversi, kes artis bercerai
Saat-saat indah Syura bersama Mohd Fadhly.

Dalam pada itu, Syura meminta masyarakat tidak terus memandang negatif terhadapnya tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

Malah katanya, keputusan untuk membawa haluan masing-masing adalah jalan terbaik yang telah difikirkan secara mendalam.

"Mereka menghukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku dan saya tidak akan mendedahkan alasan dan punca perpisahan ini demi menjaga hati ramai orang.

"Cukuplah mereka tahu ia adalah jalan terbaik untuk kami berdua dan ia sudah kami fikirkan semasak-masaknya," ujar Syura.

Sementara itu, ditanya tentang keengganannya membina semula rumah tangga tersebut, Syura berkata, itu adalah keputusan nekadnya buat masa ini.

Dia juga yakin mampu untuk menjalani kehidupannya sendiri dalam membesarkan tiga cahaya mata.

"Buat masa ini belum bersedia untuk rujuk semula dan kes mahkamah tentang rujuk itu hanyalah untuk pengesahan sahaja kerana ia dilakukan dalam tempoh edah. Itu tidak bermaksud untuk rujuk pun.

"Namun saya akui bekas suami ada berusaha untuk memujuk saya kembali. Buat masa ini biarlah saya hidup berdikari bersama ketiga-tiga anak saya," ujarnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan dan seorang lelaki.

Sumber : mstar.com.my

Yatt Hamzah Failkan Cerai Terhadap Suami?

Terkejut mendengar khabar mengenai pelakon Yatt Hamzah yang dikatakan sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Abdul Muthalib Abdul Shukor di Mahkamah Syariah, menerusi laporan sebuah akhbar tempatan, hari ini.


Yatt Hamzah Failkan Cerai Terhadap Suami?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, yatt hamzah, kes artis bercerai

Untuk makluman, pasangan itu telah mendirikan rumahtangga pada 29 Mac 2009 dan mempunyai seorang anak, Suci Malika Hanania, 5.

Setakat ini tidak diketahui apakah punca sebenar yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah.


Yatt Hamzah Failkan Cerai Terhadap Suami?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, yatt hamzah, kes artis bercerai

Berita tersebut nyata mengejutkan peminat Yatt kerana sebelum ini tidak ada sebarang gosip atau desas-desus mengatakan rumahtangga mereka bermasalah.

Apapun, selagi ada penyelesaian yang lebih baik, usahakanlah kerana kami yakin peminat pun tidak mahu melihat satu lagi episod perceraian di kalangan artis tempatan.


Sumber : mynewshub.cc