Memaparkan catatan dengan label kemalangan jiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemalangan jiwa. Papar semua catatan

Tiga rentung kereta terbakar

Tiga rentung manakala tiga lagi parah apabila Kia Spectra dinaiki mereka terbakar di Kilometer 164 Lebuhraya PLUS, arah selatan, berhampiran Plaza Tol Tangkak di sini, kira-kira 7 pagi tadi.


Tiga rentung kereta terbakar, info, terkini, berita, nahas kebakaran, kemalangan jiwa

Difahamkan kereta dinaiki enam rakan itu dalam perjalanan ke Johor Bahru dari Kuala Lumpur sebelum merempuh kenderaan berat di lokasi.

Ketua Polis daerah Ledang, Superintendan Mohamad Salleh Abdul Razak berkata, akibat rempuhan itu kereta Kia Spectra dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan.

"Pada masa sama kereta itu terbakar menyebabkan tiga daripada enam penumpang dan pemandu rentung kerana tidak sempat menyelamatkan diri.

"Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di lorong kiri dan tiga yang cedera dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan kecemasan," katanya.
 

Sumber : hmetro

Tragedi tujuh sahabat

Perjalanan pulang tujuh sahabat dari Pulau Pinang berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan di Pekan Simpang Empat Kangkung, di sini, pagi tadi.


Tragedi tujuh sahabat, info, terkini, berita, kemalangan jalan raya, nahas jalan raya, kemalangan jiwa

Dalam kejadian 4.45 pagi, van yang dinaiki kesemua mangsa berusia 18 hingga 31 dipercayai merempuh treler di persimpangan lampu isyarat di pekan berkenaan.

Mereka yang maut dikenali sebagai Mohd Haniff Ramlee, 18, dan Mohd Izuan Che Azam, 18, manakala lima lagi rakan mereka termasuk seorang wanita parah dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba, Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.49 pagi dan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja bersama jentera EMRS dihantar ke lokasi kejadian.

Menurutnya, anggota bomba yang tiba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan terbabit.

Katanya, dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala lima yang parah dihantar ke HSB untuk rawatan lanjut.


Sumber : hmetro

Proton Saga BLM "sangkut atas pokok" di jalan Persiaran Senawang

Seorang peniaga kain sari maut manakala rakannya terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang besar di Jalan Persiaran Senawang 1, dekat sini, 10.45 malam tadi.


Proton Saga BLM "sangkut atas pokok" di jalan Persiaran Senawang, info, terkini, berita, sensasi, nahas jalan raya, kemalangan jiwa,

Mayat mangsa, K Kumaran, 38, ditemui 8.15 pagi ini oleh sepasukan polis dan bomba selepas operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa menaiki kereta berkenaan bersama rakannya Abdul Samad Mydin Gani, 39.

Proton Saga BLM "sangkut atas pokok" di jalan Persiaran Senawang, info, terkini, berita, sensasi, nahas jalan raya, kemalangan jiwa,

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dari arah Senawang menuju ke arah Taman Tasik Jaya dan melalui Jalan Persiaran Senawang 1 dan pada ketika itu hujan lebat.


Proton Saga BLM "sangkut atas pokok" di jalan Persiaran Senawang, info, terkini, berita, sensasi, nahas jalan raya, kemalangan jiwa,

"Akibatnya kereta dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan sehingga terhumban ke dalam longkang besar di sebelah kiri jalan hala ke Taman Tasik Jaya.

"Kereta itu kemudiannya dibawa arus air kira-kira 209.3 meter dari tempat kenderaan itu mula-mula terbabas sehingga tersangkut iaitu di longkang bersebelahan kilang.

"Ketika kejadian, penumpang berjaya menyelamatkan diri dan meminta bantuan, tetapi pemandu masih berada di kereta," ka#tanya di sini.

Proton Saga BLM "sangkut atas pokok" di jalan Persiaran Senawang, info, terkini, berita, sensasi, nahas jalan raya, kemalangan jiwa,

Beliau berkata, pihak polis dengan bantuan bomba menjalankan usaha mencari pemandu kereta sehingga kira-kira 3 pagi, namun gagal. Usaha mencari terpaksa dihentikan atas dasar keselamatan dan cuaca yang tidak mengizinkan dan disambung 8 pagi sebelum menemui mayat mangsa berhampiran kereta," katanya.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat HTJ untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, difahamkan sebuah kereta Proton Perdana dinaiki lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak turut terbabas ke dalam longkang berkenaan, kira-kira jam 11 pagi tadi, namun semua mereka dilaporkan selamat.


Sumber : tengoktvonline

44 Cedera Bas Rempuh Jejambat

Seramai 44 orang cedera apabila bas yang dinaiki mereka merempuh sebuah jejambat dekat Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas, awal pagi Selasa.


44 Cedera Bas Rempuh Jejambat, info, nahas jalan raya, berita, sensasi, kemalangan jiwa, nahas bas

Kemalangan itu menyebabkan bumbung bas tercabut.

Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.55 pagi.

"Kita berjaya mengeluarkan kesemua penumpang yang tersempit," katanya.

Kesemua mangsa sedang mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Sumber : mstar

Pemandu pengsan, gadis maut

Seorang pelajar yang baru seminggu memulakan pengajian di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Ke sedar di sini terbunuh, manakala dua lagi rakannya cedera parah selepas dirempuh sebuah bas ketika mereka berjalan kaki.


Pemandu pengsan, gadis maut, info, terkini,berita, nahas jalan raya, kemalangan jiwa

Dalam kejadian pukul 6.50 petang kelmarin itu, mangsa yang terbunuh ialah Nurkhairunnisa Hamzah, 20, (gambar) berasal dari Rawang, Selangor.

Dua lagi mangsa ce­dera parah ialah Nor Aina Sofea Mohd. Salleh, 18, dan Norhasili Shafikah Hasbullah, 20,

Nor Aina yang cedera parah pada paha serta mengalami pendarahan di kepala dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), manakala Norhasili cedera di tengkuk dan dirawat di Hospital Gua Musang.

Bagaimanapun, dua lagi pelajar di kolej sama iaitu Siti Nurfalinda Mohd. Asri, 18, dan Nur Asila Atiqah Shaharuddin, 18, yang semasa kejadian berjalan bersama dengan tiga mangsa itu tidak ce­dera.

Nahas itu berlaku di jalan yang berbukit dan berhampiran perhentian bas di sini.

Sumber : kosmo.com.my