Memaparkan catatan dengan label kejam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kejam. Papar semua catatan

Gadis Maut Ditikam Bekas Tunang Di Parking Sebuah Pasaraya

Seorang gadis, Nursyafika Binti Ismail, telah ditikam dengan menggunakan sebilah pisau di tempat parkir sebuah pasaraya Econsave di disini sekitar jam 6 petang.


Gadis Maut Ditikam Bekas Tunang Di Parking Sebuah Pasaraya , info, terkini, berita, kejam

Gadis tersebut diparcayai telah ditikam oleh bekas tunang beliau selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Gadis Maut Ditikam Bekas Tunang Di Parking Sebuah Pasaraya , info, terkini, berita, kejam

Berdasarkan cerita saksi Arwah Syafika telah dihantar oleh abangnya bersama bekas tunang ke tempat kerja di Ekonsave Kluang dan kemudiannya abang mangsa telah menghantar bekas tunangnya ke perhentian bas.

"Suspek bagaimanpun telah berpatah balik dengan berjalan kaki ke tempat kerja mangsa."

"Suspek dan mangsa telah bergaduh ditempat kejadian sambil disaksikan kawan-kawan sekerja dimana mangsa telah jatuh selepas dipukul. Mangsa cuba bangun dengan memegang kaki kawannya, waktu itulah suspek menikam mangsa di rusuk kiri belakang," cerita sumber tersebut.


Gadis Maut Ditikam Bekas Tunang Di Parking Sebuah Pasaraya , info, terkini, berita, kejam

Gadis yang berasal dari Felda Ulu Dengar dilaporkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan menuju ke hospital.

Motif dikatakan adalah kerana cemburu kerana mangsa sudah bertunang dengan orang lain. 

Sumber : Siakapkeli.com.my


6 Penyamun Tetak 5 Pengawal Keselamatan

Enam penyamun bertindak ganas dengan menetak enam mangsa membabitkan lima pengawal keselamatan dan seorang kakitangan Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Lembaga Koko Malaysia dalam kejadian samun, di sini, semalam. 


6 Penyamun Tetak 5 Pengawal Keselamatan, info, terkini, berita, kejam, kes samun

Sumber berkata, dalam kejadian jam 1.40 pagi, lima pengawal keselamatan terbabit sedang mengawal lima blok bangunan di pusat itu manakala kakitangan berkenaan secara kebetulan datang ke pejabat untuk mengambil barang tertinggal.

Katanya, ketika itu enam lelaki bertopeng menceroboh masuk ke pusat terbabit dan mereka mendapatkan semua mangsa yang kebetulan berada di sudut bangunan.

Menurutnya, semua mangsa kemudian diikat dan dipukul sebelum keenam-enam mereka ditetak menggunakan parang serta kuku kambing.

“Selepas ditetak, kelima-lima pengawal keselamatan dan kakitangan pusat itu dihimpunkan dalam Blok Pentadbiran sebelum suspek melarikan barangan berharga milik mereka,” katanya.

Menurut sumber, akibat tetakan itu, kesemua mangsa membabitkan lima warga tempatan dan seorang warga Pakistan parah di bahagian badan, kaki, tangan dan kepala.

“Seorang daripada pengawal warga tempatan difahamkan putus tangan kanan akibat ditetak penyamun jahanam itu,” katanya.

Sumber berkata, ekoran mangsa dalam keadaan lemah, suspek menyelongkar bahagian pejabat bangunan namun tidak menemui barangan berharga.

“Dalam kejadian itu, suspek hanya melarikan telefon bimbit dan dompet milik kesemua mangsa sebelum melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, kehadiran penjenayah terbabit disaksikan seorang lelaki tidak dikenali yang kemudian menghubungi pihak polis.

Sumber : suarinsan

Warga Emas Parah Tengkuknya Dikelar!

Seorang warga emas nyaris maut apabila tengkuknya dikelar dengan parang oleh seorang lelaki di sebuah syarikat pemasaran kelapa sawit dan getah dekat Bukit Gambir, di sini semalam.


Warga Emas Parah Tengkuknya Dikelar! , info, terkini, berita, jenayah, kejam,

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, mangsa, Md Noh Nahar, 62, mengalami kecederaan parah di tengkuk sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar untuk rawatan kecemasan.

Insiden tersebut tidak disedari pekerja syarikat berkenaan kerana masing-masing sibuk dengan tugas melayan pelanggan yang datang berurus niaga.

Bagaimanapun, seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, dia ada melihat suspek yang juga pelanggan syarikat itu memegang parang pendek sambil berkata-kata sesuatu yang tidak difahami.

"Suspek dilihat membasuh parang itu pada lopak air di hadapan kaunter dan meletakkan di bakul motosikal miliknya.

“Saya berasa tidak sedap hati lalu keluar ke bahagian hadapan dan terkejut lihat mangsa tertunduk di meja sambil memegang akhbar yang dibacanya dalam keadaan berlumuran darah kesan kelar di tengkuk.

“Mangsa mengerang kesakitan sambil meminta tolong dengan suaranya agak perlahan,” katanya.

Kata saksi itu juga, keadaan menjadi kecoh apabila orang ramai mula menyedari kejadian itu dan suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal.

“Mangsa yang juga pekerja syarikat itu dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Gambir sebelum dikejarkan ke HPSF,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintenden Mohd Salleh Abd Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan suspek berusia 45 tahun itu ditahan di rumahnya di Bukit Gambir dua jam selepas kejadian.

“Lelaki tersebut ditahan reman sehingga 30 Mac ini dan akan mendapatkan kebenaran mahkamah bagi membolehkan suspek menjalani pemeriksaan mental di hospital.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

Sumber : vuralmediamalaysia

Azab kaki dirantai besi

Dua lelaki warga Myanmar ditemui dalam keadaan lemah termasuk seorang diikat dengan rantai besi pada kakinya dipercayai didera anggota sindiket di sebuah rumah dua tingkat di Taman Rambai, di sini, semalam.


Azab kaki dirantai besi, info, terkini, berita, kejam, sindiket pemerdagangan orang,

Ketua Polis Daerah Superintendan Abdullah Arshad berkata, mangsa berusia 20-an ditemui kira-kira jam 1 pagi di ruang tamu sebuah rumah dalam keadaan melecur di bahagian belakang akibat disiram dengan air panas manakala seorang lagi rakannya ditemui dirantai pada bahagian kaki dengan kesan pukulan pada badannya.

Katanya, mangsa yang juga warga Myanmar ditemui bersama sembilan lagi rakan senegaranya dan tujuh warga Bangladesh yang berusia 12 hingga 40 tahun yang dikurung di rumah berkenaan oleh sindiket terbabit.

“Mereka ditemui dalam serbuan polis di rumah berkenaan selepas mendapat maklumat awam. Selepas pemeriksaan dibuat kita mendapati semua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen dan memasuki negara ini secara haram.
 

Sumber : hmetro

Mayat Bayi Lelaki Ditemui Dalam Tin Biskut

Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam sebuah tangki air di sebuah bangunan berdekatan Taman Jubli Perak, dekat sini.


Mayat Bayi Lelaki Ditemui Dalam Tin Biskut, info, terkini, berita, kes buang bayi, kejam

Mayat ditemui dibungkus dengan kain dan dimasukkan dalam tin biskut kira-kira 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada bayi tersebut meninggal dunia terlebih awal sebelum diletakkan di dalam tangki itu.

Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, mayat bayi terbabit ditemui seorang penghuni di bangunan berkenaan.

Khalil berkata, seorang wanita yang dipercayai ibu kepada bayi tersebut turut dihantar ke hospital bagi menjalani rawatan.

- BERNAMA

Ibu Muda Ditemui Mati Bersebelahan Bayi Dua Bulan

Seorang wanita yang baru bersalin dua bulan lepas, ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah pangsapuri di sini malam Rabu.


Ibu Muda Ditemui Mati Bersebelahan Bayi Dua Bulan, info, terkini, berita, kejam
Aggota Polis Forensik membawa mayat wanita dipercayai mangsa bunuh untuk dibedah siasat, di Kuala Lumpur malam Rabu. Foto BERNAMA

Ibu berusia 26 tahun tersebut dijumpai dalam keadaan terikat bersebelahan dengan bayinya itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu kassim berkata, suami mangsa yang baru pulang dari tempat kerja, terpaksa memecah masuk ke dalam rumah yang berkunci dari dalam itu kira-kira 8 malam.

Beliau berkata, mangsa bersama suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat pengeluar barangan komputer, tinggal di rumah milik majikan suaminya itu, yang turut dikongsi dengan lima rakan sekerjanya.

Polis masih menyiasat punca kematian dan percaya ia sebagai kes bunuh.

Suspek dipercayai seorang lelaki yang merupakan penghuni rumah tersebut, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata, bayi mangsa berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kami menemui senjata namun siasatan masih dijalankan sama ada senjata tersebut diguna oleh suspek untuk membunuh walaupun polis tidak menemui sebarang kesan tikaman di badan mangsa," katanya.

Sumber : mstar.com.my

Anak pukul ibu sampai mati

Seorang nenek berusia 75 tahun maut selepas kepalanya dipukul dengan tukul besi oleh anak lelakinya yang sakit mental di Taman Cheras Awana, di sini, pagi tadi.

Kejadian 10.30 pagi itu berlaku selepas suspek yang berusia 36 tahun berang ibunya mendesaknya memakan ubat psikotropik yang dibekalkan pihak hospital untuk merawat penyakitnya.

Menurut sumber, suspek menghubungi kakaknya yang berada di rumah berhampiran selepas memukul ibunya namun tidak dijawab sebelum dia menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu.

"Suspek dipercayai mengalami masalah mental selepas dia terbabit dalam kemalangan 10 tahun lalu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,” katanya.

Anak pukul ibu sampai mati, info, terkini, berita, kejam
Anggota polis mengusung mayat seorang nenek yang maut dipukul anaknya pagi tadi. FOTO Mohd Fadly Samsudin


Sumber : hmetro.com.my

Cabut Empat Batang Gigi Pembantu Rumah Guna Playar

Seorang perunding di sebuah kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, Jumaat terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan parah dan cubaan membunuh pembantu rumahnya.


Cabut Empat Batang Gigi Pembantu Rumah Guna Playar , ingo, terkin, berita, ngeri, kejam, pembantu rumah didera

Ong Su Ping Serene, 47, didakwa menyebabkan kecederaan parah dengan mencabut empat batang gigi pembantu rumah warga Indonesia Meriance Kabu, 32, menggunakan playar di sebuah rumah di Persiaran Pandan 7, Pandan Jaya, antara 11 April dan 20 Disember 2014.

Jika disabitkan kesalahan itu, dia berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Wanita itu turut mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan cuba membunuh Meriance di tempat sama pada 12 tengah hari, 20 Disember lepas, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan serta dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam William Edwin yang mewakili Ong memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya perlu menjaga neneknya yang uzur.

Hakim Unaizah Mohd membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu pasport diserah kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap akhir bulan.

Mahkamah menetapkan 5 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan seorang pembantu rumah berjaya diselamatkan oleh jiran susulan penemuan nota yang ditulisnya berbunyi 'tolong bos dera saya' di bawah pintu rumah majikannya.

Artikel Terdahulu : 35 Maut Dalam Insiden Rebut Wang Palsu

Sumber : mstar.com.my

Punca Sebenar Kucing 'Dihukum Gantung Sampai Mati' Di Sibu

Selepas terselamat dari insiden serangan pada Oktober lalu, seorang ahli perniagaan lelaki sekali lagi menerima kejutan berbaur amaran bilamana seekor kucing hitam digantung sampai mati di depan rumahnya di Jalan Lada, kelmarin.


Punca Sebenar Kucing 'Dihukum Gantung Sampai Mati', info, terkini, berita sensasi, kejam
Dia anggota polis menurunkan kucing malang yang tergantung di depan rumah mangsa ugutan kongsi gelap.


Gambar-gambar kucing mati digantung di palang besi depan rumah itu tersebar meluas di laman sosial dan menimbul kemarahan para pencinta kucing. Ramai yang mendesak agar pihak polis menyerbu rumah terbabit kerana menyangka pemilik rumah berkenaan yang melakukan perbuatan kejam itu.

Mengambil maklum terhadap laporan orang awam, polis turun ke lokasi kejadian dan mendapati pemilik rumah yang berusia 39 tahun menafikan perkara itu dilakukan olehnya.

Menurut lelaki terbabit, dia sebelum ini juga pernah menerima ancaman melalui telefon dari seorang lelaki yang memberi amaran kepadanya seminggu selepas insiden serangan awal tersebut. Tiga minggu kemudian, dia sekali lagi menerima panggilan ugutan dari individu yang sama.

Bimbang dengan keselamatan dirinya, lelaki terbabit membuat keputusan untuk keluar dari bandar Sibu buat sementara waktu bagi mencari tempat perlindungan.

Bagaimanapun, dia kembali semula ke Sibu kelmarin menggunakan kereta sewa kerana bimbang keretanya dikenali oleh individu yang mengancam keselamatannya.

Pada insiden Oktober yang lalu, sekumpulan lelaki telah mengikat tangan dan menutup matanya dengan kain sebelum membawa mangsa lari menaiki sebuah kereta.  Mangsa kemudian dihumban ke dalam sungai, bagaimanapun berjaya melepaskan diri.

Mengulas mengenai tindakan kejam terhadap kucing berkenaan, Persatuan Pencegah Penganiayaan Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) melahirkan rasa kesal terhadap tindakan individu yang menggantung kucing untuk membuat ugutan.

“Ini adalah keganasan jelas terhadap haiwan dan perbuatan itu adalah amat jahat dan menunjukkan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

“Memandangkan ia masih di bawah siasatan polis, kami berharap mereka dapat menangkap individu yang bertanggungjawab serta membawanya ke muka pengadilan,” kata Presiden SSPCA, Donna Wee.

Artikel Terdahulu : Keluar Duit Sendiri Guna Mesin ATM Lain Kena GST 2015

Sumber : m-poser.blogspot.com