Memaparkan catatan dengan label kamal adli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kamal adli. Papar semua catatan

Emma Maembong Dan Kamal Adli Ke Hong Kong Bersama

Selepas Emma Maembong putus cinta dengan Zizan Razak kini dikhabarkan pula Emma Maembong semakin intim dengan Kamal Adli lebih-lebih lagi kisah ‘Sweet! Kejutan Emma Maembong Di Hari Jadi Kamal Adli‘ mendapat perhatian peminat. Malah hubungan mesra antara mereka telah dihidu oleh pihak media hiburan, tetapi sejauh mana hubungan mereka penulis masih tidak pasti dan status hubungan mereka masih lagi menjadi teka teki.


Emma Maembong Dan Kamal Adli Ke Hong Kong Bersama?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, emma maembong, kamal adli

Muncul pula desas desus yang Emma Maembong dan Kamal Adli kini ke Hong Kong bersama tetapi bukti mereka pergi bersama masih lagi menjadi misteri. Tetapi setahu penulis, Emma Maembong sedang menikmati percutian di Hong Kong namun setiap gambar yang dikongsikan di instagram menunjukkan dia bersendirian. Siapa pula yang tolong mengambil gambarnya?
Emma Maembong Dan Kamal Adli Ke Hong Kong Bersama?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, emma maembong, kamal adli

Perkara ini didedahkan oleh saksi yang sama penerbangan dengan Kamal Adli dan Emma Maembong ke Hong kong dari KLIA2. Katanya kalau tiada apa-apa buat apa pergi ke Hong Kong berdua.

Emma Maembong Dan Kamal Adli Ke Hong Kong Bersama?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, emma maembong, kamal adli

Tetapi perkara tersebut masih lagi belum disahkan oleh pihak tertentu, kita tunggu sahaja perkembangan tentang hubungan mereka selepas ini. Siapa tahu mungkin mereka bakal mengumumkan mereka adalah pasangan bercinta. Eh! kalau ada hubungan sayang pun apa salahnya kan, masing-masing single. - gosipmalaysia

Bukti Jelas Kamal Adli & Emma Maembong Kini Sedang Bercinta

Sebelum ini, bukan sahaja Kamal Adli malah Emma Maembong sendiri menafikan bahawa mereka kini sedang bercinta namun beberapa keping gambar yang kami terima hari ini bagaikan menjawab persoalan tersebut.


Bukti Jelas Kamal Adli & Emma Maembong Kini Sedang Bercinta, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, emma maembong, kamal adli

Kamal sendiri sebelum ini pernah memberitahu bahawa dia turut bersimpati terhadap Emma kerana tidak henti-henti dicemuh peminat kerana rapat dengannya malah dalam masa yang sama turut mengeluarkan kenyataan – masih terlalu awal untuk kami ke fasa serius – mengenai hubungan mereka.


Bukti Jelas Kamal Adli & Emma Maembong Kini Sedang Bercinta, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, emma maembong, kamal adli

Mungkin juga Kamal dan Emma sudah bersedia untuk membuka kisah baru di antara mereka sebab itu mereka tidak kisah untuk keluar berdua sedangkan mereka sendiri sedia maklum pasti akan ada mata memerhati. Apa pun, semoga hubungan yang terjalin bakal membawa bahagia kepada pasangan ini.

Lagi Gambar Emma dan Kamal Adli Disini

Sumber : rotikaya

Kamal Adli Ganggu Proses Penggambaran Tiba Lewat Di Lokasi

Kamal Adli sekali lagi didakwa tidak mempunyai disiplin dalam menjaga masa kerana tiba lewat ke lokasi penggambaran  program Ye Ke?! selama 2 jam setengah.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kamal adli

Diundang sebagai tetamu bagi  sesi rakaman pertama, beliau sepatutnya hadir pada jam 12.30 dan telah menjejaskan rakaman kedua pada hari tersebut yang membabitkan artis terkenal seperti Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Awie, Nabila Huda, Amy Mastura dan Raja Azura.

Artis-artis bagi sesi kedua datang setengah jam lebih awal daripada yang ditetapkan dan kerana kelewatan Kamal, Awie terpaksa menarik diri pada saat akhir.

Tentu sekali produksi program tersebut menjadi tidak menentu kerana rencana mereka celaru dan mempersoalkan mengapa Kamal tidak memberitahu krew ataupun penerbit sekiranya beliau mempunyai sebarang masalah.

Sebelum ini, Kamal yang bertindak sebagai hos program pencarian bakat Dewi Remaja juga sering tiba lambat dari masa yang ditetapkan.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kamal adli


Kalau Kamal Adli berterusan begini tentu ia boleh menjatuhkan imejnya sebagai seorang selebriti serta mensia-siakan peluang yang ada. Apa sahaja kekangan yang dihadapi adalah lebih baik untuk memberitahu pihak yang lain agar tidak menimbulkan sebarang masalah. Tidak manis sekiranya kita menjejaskan jadual orang lain juga kerana artis lain mempunyai kerja lain juga.

Sumber Berita: Harian Metro

Kamal Adli Dah Bawa Emma Maembong Jumpa Keluarga?

Adakah hubungan antara aktres Emma Maembong dan Kamal Adli menjadi semakin serius sejak aktres itu mengakui sudah putus cinta dengan pelawak terkenal, Zizan Razak?


Kamal Adli Dah Bawa Emma Maembong Jumpa Keluarga?, info, terkini, hiburan,s ensasi, gosip, kamal adli, emma maembong

Menurut satu laporan akhbar harian, Kamal dan Emma dikatakan semakin rapat kini.

Malah khabarnya, Kamal sudah pun membawa Emma berjumpa dengan ahli keluarganya dan jika ini benar, nampaknya perhubungan mereka sudah memasuki fasa serius.

Sumber dalam laporan akhbar tersebut didakwa berkata, “Betul, memang mereka rapat sejak akhir-akhir ini. Tapi Kamal bukanlah punca perpisahan Emma dan Zizan sebaliknya semua ini berlaku selepas putus cinta.”

“Dengar cerita memang keluarga Kamal sangat menyenangi Emma sebab wanita tersebut pandai melayan dan mengambil hati mereka. Itu sahaja cerita yang boleh diberitahu,” kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan baik oleh Kamal mahu pun Emma bagi menjawab dakwaan tersebut.

Kamal kembali solo selepas hubungan cintanya selama enam tahun dengan pelakon, Intan Ladyana putus di tengah jalan, tahun lalu.

Sementara hubungan Emma dan Zizan pula, sering dilanda masalah sehingga pasangan ini membuat keputusan memutuskan ikatan cinta mereka, baru-baru ini.

Kalau betullah seperti dikatakan, tak salah rasanya untuk Kamal dan Emma menjalin hubungan memandangkan kedua-duanya dah kembali solo. Apa pun, kita nantikan kesahihannya dulu.

Sumber : mynewshub