Memaparkan catatan dengan label kaka azraff. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kaka azraff. Papar semua catatan

Kaka Azraff Diboikot Rakan Artis

Minggu lepas, ramai yang memuji kemeriahan majlis malam berinai pelakon Sharifah Sakinah yang disertai oleh rakan artis ternama. Namun, Kaka Azraff yang sebelum ini menyertai rombongan Bridal Shower ke Bali tidak kelihatan pada majlis pada hari Sabtu yang lalu.


Kaka Azraff Diboikot Rakan Artis, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kaka azraff,

Kelibat Kaka yang tidak kelihatan pada majlis berinai telah menimbulkan tanda tanya dan ada yang mendakwa beliau telah diboikot oleh rakan artis kerana menjadi punca keretakan hubungan pelakon Tasha Shila dan kekasihnya Han Chen Wong.

Walaubagaimanapun, Kaka menjelaskan beliau tidak dapat hadir ke majlis berkenaan kerana terikat dengan jadual yang padat dan bukanlah diboikot seperti yang digosipkan.
    Pada masa itu saya sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Dunia Generasi Baru menyebabkan saya tidak dapat hadir pada majlis itu. Cuma saya tak maklumkan pada Sakinah tak dapat hadir pada majlis itu.


Kaka Azraff Diboikot Rakan Artis, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kaka azraff,

Sebenarnya, Kaka tidak begitu rapat dengan Sharifah Sakinah dan rakan artis yang lain dan menghadiri majlis Bridal Shower sebelum ini kerana memenuhi undangan daripada pihak penaja.
    Lagipun mereka (Sakinah dan kelompok artis) bukanlah kawan rapat saya seperti yang disangkakan walaupun saya turut hadir pada majlis Bridal Shower itu. Saya hanya memenuhi undangan penaja acara itu. Kawan baik saya dalam dunia seni hanyalah Juliana Evans.

Berbicara soal beliau adalah perosak hubungan Tasha Shila dan kekasihnya, Kaka enggan memberikan sebarang komen lanjut dan menganggap perkara itu adalah remeh.


Tidak ada di majlis tertentu, bukan bermakna Kaka Azraff diboikot bukan? Biasalah artis, jadual selalu penuh. Tapi jika benar beliau tidak mempunyai teman rapat, apa salahnya cuba untuk bergaul dengan Sharifah Sakinah dan rakan-rakan yang lain kan?

Sumber : beautifulnara

Pengakuan Kaka Azraff Tentang Isu Rampas Kekasih Tasha Shilla

Hujung minggu lalu, nama Kaka Azraff dikaitkan dengan khabar angin mengenai pergolakan hubungan percintaan antara Tasha Shilla dan kekasihnya, Han.


Pengakuan Kaka Azraff Tentang Isu Rampas Kekasih Tasha Shilla, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kaka azraff, tasha shilla

Lebih parah lagi, Kaka dituduh menjadi orang ketiga dan dikatakan telah merampas Han daripada Tasha. Seriouslah?


Pengakuan Kaka Azraff Tentang Isu Rampas Kekasih Tasha Shilla, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kaka azraff, tasha shilla

Kaka tak ada kena mengena dalam hal percintaan sesiapa pun. Istilah rampas merampas itu adalah tidak benar sama sekali.


Pengakuan Kaka Azraff Tentang Isu Rampas Kekasih Tasha Shilla, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kaka azraff, tasha shilla

Menurut khabar angin lagi, Kaka juga telah dikeluarkan daripada group WhatsApp yang disertai oleh beberapa rakan artis lain selain dicop perampas.

    Kami tidaklah rapat seperti yang disangka. Kaka cumalah salah seorang rakan selebriti yang mengikut perjalanan mereka ke Bali. Di situ, Kaka okaylah dengan semua, tak ada masalah. Tapi lepas balik dari Bali, Kaka dah tak aktif dalam group WhatsApp tu lagi. Kaka tak pasti group WhatsApp tu ada lagi atau tak, tapi kalau ada lagi, mungkin ada lah. Kaka tak ada dalam tu. – Hot FM

Hmm soalan di atas tak bertemu jawapan. Tak kisahlah sama ada Kaka yang keluar daripada group WhatsApp itu atau dia dikeluarkan. Yang penting sekarang ni, Kaka dah menjelaskan yang dia bukan punca perpisahan Tasha dan Han.
Pengakuan Kaka Azraff Tentang Isu Rampas Kekasih Tasha Shilla, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kaka azraff, tasha shilla

Mungkin Tasha dan Han boleh berbaik semula dan sambung kembali impian mereka untuk berkahwin tak lama lagi.

Sumber : ohbulan

Kaka Didakwa Rampas Kekasih Tasha Shilla?

Penyanyi Kaka Azraff menafikan dakwaan mengatakan dirinya merampas kekasih Tasha Shilla sehingga menyebabkan pelakon itu putus cinta dengan teman lelakinya, Hans, baru-baru ini.

Kaka Didakwa Rampas Kekasih Tasha Shilla?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, tasha shilla, kaka azraff

Kaka yang nyata terkejut dengan dakwaan tersebut turut mempersoalkan kenapa namanya dikaitkan sedangkan dia langsung tidak ada kena-mengena dalam hal pasangan terbabit.

“Saya tidak faham mengapa saya yang perlu menjawab mengenai gosip ini.

“Sebaliknya, mereka lebih berhak menjawab setiap persoalan kerana Tasha dan Hans lebih tahu apa yang berlaku antara mereka,” katanya, memetik laporan Berita Harian.


Kaka Didakwa Rampas Kekasih Tasha Shilla?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, tasha shilla, kaka azraff

Enggan dikaitkan dengan permasalahan yang melanda pasangan itu Kaka berkata, “Saya harap mereka dapat selesaikan masalah dengan cara baik tanpa membabitkan nama orang lain. Jadi, saya tidak ada apa-apa nak cakap kerana ini adalah hal mereka dan bukan hal saya.”

Hmm, tu lah agak pelik pula bila tiba-tiba nama Kaka dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan Tasha dan Hans.

Tak mengapalah Kaka, anggap saja ini gosip-gosip manja yang sememangnya menjadi asam garam dalam kehidupan seseorang selebriti, lebih-lebih lagi yang semakin naik namanya seperti Kaka.

Sumber : mynewshub.cc