Memaparkan catatan dengan label inf sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label inf sukan. Papar semua catatan

Punca Thailand Benam Harimau Malaya 2-0

Dua gol pada babak kedua membantu Thailand mendapatkan modal selesa menewaskan Malaysia 2-0 dalam final pertama, Piala AFF Suzuki di Bangkok, malam ini.


hailand Benam Harimau Malaya 2-0, inf sukan, bola sepak, berita, sensasi, Piala AFF Suzuki 2014

Selepas buntu pada babak pertama, tuan rumah bangkit lebih garang untuk merakamkan kemenangan dengan gol daripada Charyl Chappuis pada minit ke-71 dan Kroekrit Thaweekarn pada minit ke-86 di Stadium Rajamangala yang penuh sesak dengan penonton.


hailand Benam Harimau Malaya 2-0, inf sukan, bola sepak, berita, sensasi, Piala AFF Suzuki 2014
Riak kecewa tergambar di wajah pemain Harimau Malaya usai perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang Thailand yang berakhir dengan kekalahan 2-0.



Kini, Harimau Malaya pimpinan Dollah Salleh harus mengilhamkan kemenangan dalam final kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

THAILAND
Kawin Thammasatchanan (kapten), Narubodin Weerawatnodom, Suttinan Phukhom, Tanaboon Kesarat, Peerapat Notchaiya, Mongkol Thosakrai (Deeprom P), Charyl Chappuis, Sarach Yooyen (Lahso A), Kroekrit Thaweekarn, Chanathip Songkrasin, Adisak Kraisorn

MALAYSIA
Farizal Marlias, S Kunanlan, Shukor Adan (kapten), Fadhli Shas, Zubir Azmi, Azammuddin Akil, Safiq Rahim, Badhri Radzi (Baddrol Bakhtiar), Amri Yahyah (Safee Sali), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha.

PENGADIL: Kovalenko Valentin (Uzbekistan)

Artikel Terdahulu : Foto Peha Gebu Syana Sofya Jadi Viral

Sumber : berita harian

Pemain Man United Bakal Dipenjara

Pemain tengah Manchester United, Ander Herrera bakal dipenjara atau dilarang melibatkan diri dalam bola sepak jika didapati bersalah dalam aktiviti mengatur perlawanan oleh pihak berkuasa Sepanyol.


Pemain Man United Bakal Dipenjara, inf sukan, sensasi, Man United, Ander Herrera,

Selain Herrera, pemain Swansea, Jefferson Montero juga bakal berdepan hukuman sama selepas nama mereka disenarai dalam aduan jenayah badan anti rasuah Sepanyol di Valencia.

Dalam aduan jenayah berkenaan, seramai 41 pemain, pengurus dan pengarah pasukan telah didakwa terlibat dalam kes yang dikendalikan oleh Pendakwaraya Sepanyol, Alejandro Luzon.

Pesalah mengatur perlawanan boleh dipenjara atau disekat daripada terlibat dalam bola sepak selama enam tahun.

Setakat ini, Luzon dilapor telah menyoal 25 inidividu yang terlibat sebelum membawa kes tersebut ke mahkamah.

Sumber : mstar.com.my