Memaparkan catatan dengan label hanez suraya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hanez suraya. Papar semua catatan

Hanez Suraya Kini Hamil?

Baru sahaja pulang dari menunaikan umrah dan kini adik kepada Hanez Suraya telah memuatnaik gambar alat ujian kehamilan beserta ucapan tahniah kepada kakaknya itu. Jika benar, kami ucapkan tahniah kepada Hanez dan juga suami Romie Razin.


Hanez Suraya Kini Hamil? , info, terkini, hiburan, sensasi, Hanez Suraya

Sebelum ini, Romie sendiri pernah menyatakan hasrat untuk menimang zuriat hasil perkahwinannya dengan Hanez dan lebih tepat lagi, Romie mengakui inginkan anak perempuan di dalam keluarganya itu.


Hanez Suraya Kini Hamil? , info, terkini, hiburan, sensasi, Hanez Suraya

Buat Hanez dan juga Romie semoga doa mereka untuk mendapatkan anak perempuan termakbul. Apa pun, dengan kehadiran cahaya mata baru nanti pasti akan membuatkan keluarga ini semakin meriah dan bertambah ceria.

Sumber : rotikaya

Hanez Suraya Kini Bertudung, Harap Doa Dari Peminat

Hari ini Hanez Suraya telah memuatnaik sekeping gambarnya berhijab di laman Instagram miliknya dengan caption Semoga penghijrahan saya ini berkekalan.. Amin sekaligus memberi gambaran bahawa pelakon ini sudah menetapkan niatnya untuk berhijrah.

hanez suraya, Hanez Suraya Kini Bertudung, Harap Doa Dari Peminat, hiburan, info, sensasi, terkini,

Hanez sebelum ini baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah (sejak 14 April lalu) bersama suaminya, Romie Razin Adilha dan anak tirinya, Putera Adreeshah. Memetik daripada laporan Berita Harian, Hanez mengakui memang berniat untuk berhijab sejak ketika mengerjakan umrah lagi.

“Memang sejak ke sana, hati saya kuat untuk bertudung. Apatah lagi di sana, semua wanita Islam bertudung. Lalu semangat nak bertudung itu jadi semakin membuak-buak. Malah saya sudah mula terfikirkan gaya bertudung macam mana yang sesuai dengan raut wajah ini”


hanez suraya, Hanez Suraya Kini Bertudung, Harap Doa Dari Peminat, hiburan, info, sensasi, terkini,

“Saya juga sudah belajar nak lilit tudung dengan baik termasuk melihatnya berpandukan carian Google di laman internet. Cuaca di sana kalau musim panas sama macam Malaysia, jadi bukan alasan untuk saya tidak melakukan yang sama jika sudah berada di Malaysia. Semuanya berbalik kepada soal hati,” jelasnya

Selain itu, ketika disoal mengenai adakah Hanez sudah bersedia bertudung, Hanez mengharapkan doa daripada peminat dan dalam masa yang sama mengakui akan perlahan-lahan mengikut rentak baru di dalam kehidupannya itu.

“Sama ada saya terus bertudung atau tidak, doakan yang baik sahaja. Saya harap ia dipermudahkan. Saya bimbang timbul rasa riak. Biar saya perlahan-perlahan mengikut ‘rentak’ baharu ini. Malahan kalau keluar rumah sekarang pun saya sudah bertudung”

“Cuma saya tak mahu cakap dengan mulut dahulu. Biarlah yang nampak itu…nampaklah,” katanya sambil berharap jodoh perkahwinannya kekal hingga ke jannah. Tahniah diucapkan kepada Hanez di atas keputusan ingin berhijab dan kami pasti ramai peminat yang sentiasa doakan anda.













Sumber : rotikaya

Majlis Sambut Menantu Hanez & Romie Di Klang

Selepas selesai majlis resepsi perkahwinan di Seremban minggu lalu, hari ini tiba giliran majlis bertandang di pihak Romie pula di Andalas, Klang.


Majlis Sambut Menantu Hanez & Romie Di Klang, info, terkini, hiburan, sensasi, hanez suraya

Kalau nak tahu, majlis perkahwinan yang bertempat di sekitar kediaman ibu bapa Romie ini berlangsung dengan cukup meriah sekali.


Majlis Sambut Menantu Hanez & Romie Di Klang, info, terkini, hiburan, sensasi, hanez suraya

Cuba korang lihat, Hanez dan Romie kelihatan cukup aggun dan segak mengenakan busana rekaan Wanpa.

Kami mendoakan yang terbaik buat perkahwinan Hanez dan Romie semoga kekal hingga ke anak cucu. Cepat-cepat lah dapat baby ya!


Majlis Sambut Menantu Hanez & Romie Di Klang, info, terkini, hiburan, sensasi, hanez suraya

Majlis Sambut Menantu Hanez & Romie Di Klang, info, terkini, hiburan, sensasi, hanez suraya

Majlis Sambut Menantu Hanez & Romie Di Klang, info, terkini, hiburan, sensasi, hanez suraya

Majlis Sambut Menantu Hanez & Romie Di Klang, info, terkini, hiburan, sensasi, hanez suraya

Sumber : ohbulan

Luahan sayu Hanez Suraya & Romie selepas berkahwin

Semasa sidang media berlangsung selepas sahaja selesai upacara akad nikah di Masjid Putra, Putrajaya kelmarin, Romie seakan-akan sebak apabila menceritakan mengenai pernikahan mereka dan menjelaskan bahawa pernikahan ini ialah bukti cintanya pada Hanez Suraya dan berharap cerita-cerita kurang enak sebelum ini tidak dibangkitkan semula kerana apa yang telah terjadi adalah suratan dan takdir antara mereka.


Luahan sayu Hanez Suraya & Romie selepas berkahwin, info, terkini, hiburan, sensasi, Hanez Suraya

“Pernikahan ini adalah bukti saya cintakan Hanez dan mahu menjadi seorang suami yang baik dan membimbingnya ke arah kebaikkan selepas ini dan apa yang kami berdua lalui, Alhamdulillah ia berakhir dengan ikatan yang sah dan berharap tiada apa lagi akan dibangkitkan selepas ini,” ujarnya.

Romie turut memberitahu bahawa dia kagum dengan kecekalan Hanez apabila dilanda pelbagai kontroversi sebelum ini dan penerimaan Hanez terhadap kedua-dua anaknya membuatkan dia sungguh terharu kerana baginya tidak semua wanita yang sanggup berkahwin dengan lelaki yang mempunyai anak tetapi Hanez berbeza daripada wanita-wanita lain.

“Baru sahaja kahwin, Hanez sudah ada dua anak dan bukan semua wanita sanggup untuk terima tanggungjawab itu. Tetapi dia cekal dan kuat untuk berhadapan dengan segala cabaran yang dlalui sebelum ini dan doa saya jodoh kami akan berkekalan selama-lamanya,” tambahnya.

 Menurut Hanez Suraya, dia menjelaskan bahawa selepas ini dia akan lebih memberikan tumpuannya kepada keluarga dan karier lakonannya jatuh di tempat kedua. Kariernya dalam lakonan akan tetap diteruskan sekiranya masih ada tawaran berlakon tetapi dengan keizinan suaminya.

“Masih akan berlakon tetapi buat masa ini rumah tangga dan anak-anak menjadi keutamaan.
Romie juga tidak menghalang saya terus berlakon tetapi saya ingin perlahankan seketika dan itu keputusan saya,” katanya.

Pasangan ini memberitahu merancang untuk mengerjakan ibadah Umrah pada April ini dan itu juga adalah lokasi bulan madu mereka.

"Insha Allah kami akan mengerjakan ibadah umrah pada bulan April depan,” tambah Romie.

Sumber : Rotikaya

Hanez Suraya Bengang Dengan Blog Hiburan Di Instagram

Memang bikin panas sebuah blog hiburan apabila memuat naik gambar Hanez Suraya bersama sebuah kereta dengan kaspyen ‘bakal berkahwin, Hanez Suraya terima audi‘. Perkara tersebut dianggap bahan jenaka bagi blog hiburan RotiKaya namun bagi Hanez Suraya sendiri perkara tersebut bukannya suatu jenaka dan boleh menimbulkan fitnah terhadap dirinya.


Hanez Suraya Bengang Dengan Blog Hiburan Di Instagram, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, hanez suraya

Sebelum ini penulis ada terbaca sebuah artikel di sebuah laman hiburan yang Hanez Suraya mendapat kereta Audi sebagai hadiah perkahwinan. Hati terus meronta-ronta untuk membacanya, betul ke dengan gosip tersebut. Bila dah terjah rupanya dapat kereta mainan, boleh pula mereka salah tafsirkan. Kesian pula dengan selebriti yang bernama Hanez Suraya. Humm ‘Hanez Suraya Dan Romie Percepat Tarikh Kahwin‘ bakal bernikah pada 14 Mac nanti di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Sebelum ini pasangan ‘Hanez Suraya Dan Romie Bertunang‘ telah ‘Undang Pelbagai Komen Negatif’ dari pelbagai pihak.

Hanez Suraya Bengang Dengan Blog Hiburan Di Instagram, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, hanez suraya

    “Jangan seronok sgt sampai boleh menjadi 1 bahan fitnah ya.. Ini x kelakar!!”

Kalau dahulu ramai yang bengang dan tidak berpuas hati dengan Hanez Suraya kerana mempunyai skandal dengan suami orang, kini giliran Hanez Suraya bengang dengan mereka yang tidak bertangungjawab kerana cuba memfitnah dirinya. Mungkin bagi mereka perkara tersebut hanya gurauan semata-mata namun bagi Hanez Suraya sendiri ianya boleh mencemarkan nama baiknya. Mungkin Hanez Suraya kini tidak mahukan kontroversi sebelum berkahwin dan cuba membersihkan namanya daripada industri hiburan kerana sebelum ini nama Hanez Suraya tercalit pelbagai kontroversi yang kurang enak didengar.

Selepas ini untuk mana-mana blog hiburan harus lah peka dengan setiap maklumat yang bakal disebarkan takut nanti mengguris perasaan mereka yang tidak bersalah. Isskkk, dah la tidak lama lagi Hanez Suraya bakal melangsungkan perkahwinan dan ‘Hanez Suraya Pilih WanPa Untuk Baju Kahwin‘. Semua dah tidak sabar melihat Hanez Suraya menjadi ratu sehari, jangan stress sangat tau nanti hilang pula seri pengantin.
Hanez Suraya Bengang Dengan Blog Hiburan Di Instagram, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, hanez suraya

Rasanya dengan perkara ini boleh menaikkan nama Hanez Suraya kembali kalau tidak pasti ramai telah melupakan selebriti yang pernah popular suatu ketika dulu . Melonjakkan kembali nama Hanez suraya itu adalah tujuan sebenar blog-blog hiburan, tanpa mereka rasanya nama Hanez Suraya tidak lagi disebut dalam industri hiburan.

Sumber : gosipmalaysia.com