Memaparkan catatan dengan label hairul azreen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hairul azreen. Papar semua catatan

Ayat Sweet Hairul Azreen Yang Buat Hanis Zalikha Cair

Wahai gadis-gadis solo di luar sana, carilah bakal suami yang mempunyai keperibadian seperti Hairul Azreen. Belum kahwin pun kita dah tahu dia bukan jenis yang cuma nak bersuka-ria dengan korang tapi mahu membimbing korang ke Jannah, InsyaAllah.


Ayat Sweet Hairul Azreen Yang Buat Hanis Zalikha Cair, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, hairul azreen, hanis zalikha

Dan saat ini kami percaya, selain ibu bapa yang menjadi pendorong utama Keknis untuk bertudung penuh, kemungkinan kehadiran Hairul juga turut sama memberi galakan besar. Sangat beruntung!
“I Jaga Aurat You…”

 
Ayat Sweet Hairul Azreen Yang Buat Hanis Zalikha Cair, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, hairul azreen, hanis zalikha


Sejujurnya, apa yang dituturkan oleh Hairul ini mampu mencairkan hati mana-mana wanita di luar sana. Sebab tu kami faham mengapa hati Hanis Zalikha terlampau berbunga-bunga saat ini.

Ayat Sweet Hairul Azreen Yang Buat Hanis Zalikha Cair, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, hairul azreen, hanis zalikha

Nampak tak betapa manisnya Hairul ni sebenarnya? Agak-agak boyfriend atau suami korang macam ni tak? Hehe.

Apapun, kami doakan semoga segala persiapan mereka menuju je jinjang pelamin pada 5 Jun nanti dipermudahkan segalanya. Amin.

Sumber : ohbulan

Ada Sebab Hairul Azreen Tidak Muncul Majlis Pertunangan Sendiri

Pelakon Hairul Azreen menjelaskan dia sengaja tidak hadir ke majlis pertunangannya dengan Hanis Zalikha yang berlangsung di kediaman aktres itu di Bukit Jelutong dekat sini pada Sabtu lalu.


Ada Sebab Hairul Azreen Tidak Muncul Majlis Pertunangan Sendiri, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, hairul azreen

Hairul, 27, berkata, dia mahu memberi penghormatan kepada keluarganya untuk mewakilinya pada majlis itu selain ingin merasai debaran bergelar tunangan orang.

"Saya memang sengaja tidak pergi masa bertunang malah tidak muncul selepas majlis selesai berlangsung kerana ingin memberi peluang kepada keluarga terutamanya ibu untuk mengenali bakal menantunya lebih dekat.

"Sebelum ini pun saya sudah melamar Hanis dalam sebuah program siaran langsung jadi kali ini biarlah saya diwakili keluarga sahaja," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan pada 5 Jun depan manakala majlis resepsi akan diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada 14 Jun.

Tambah Hairul, biarpun tidak menghadiri majlis pertunangannya dia tetap berasa gementar tentang majlis berkenaan dan bersyukur semuanya berjalan lancar.

"Gementar melamar Hanis semasa dalam program Gegar Verganza pun tidak macam ini dan macam-macam yang saya fikirkan.


Ada Sebab Hairul Azreen Tidak Muncul Majlis Pertunangan Sendiri, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, hairul azreen

"Tetapi Alhamdulillah semuanya selesai dan saya harap peminat dapat doakan yang baik-baik untuk kami berdua," katanya.

Dalam pada itu, Hairul berkata, dia sendiri meminta disatukan dengan Hanis pada 5 Jun depan kerana tidak mahu menunggu lama untuk memperisterikan wanita itu.

Jelas Hairul, sebelum melamar Hanis dalam program Gegar Verganza pada Januari lalu, dia sudah bersedia untuk ke alam perkahwinan dan tidak melihat ada sebarang sebab untuk dia melambat-lambatkan perkara yang dituntut dalam agama Islam.

"Sebelum melamar Hanis lagi saya sudah bersedia dari semua segi terutamanya dari segi kewangan dan sebab itu saya berani melamarnya.

"Atas dasar itu juga saya tidak mahu melengah-lengahkan perkara baik dan hanya mengikat tali pertunangan selama tiga bulan sahaja," katanya.

Sementara itu, Hairul berkata, dia kini sibuk menguruskan studionya yang menyediakan set hospital untuk tujuan penggambaran drama dan filem.

Jelas Hairul, setakat ini dia menerima banyak permintaan daripada produksi untuk menggunakan set tersebut dan merancang untuk mengembangkan lagi bisnesnya itu.

"Saya sudah lima bulan tidak berlakon kerana sibuk menguruskan studio saya dan Alhamdulillah permintaan untuk menggunakan set hospital sangat tinggi daripada produksi.

"Malah saya merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan itu selain berhasrat melibatkan diri dalam bisnes lain selepas ini," ujarnya.

Sumber : mstar online

Hanis Zalikha Kini Tunangan Hairul Azreen, Nikah 5 Jun Ini

Tahniah kami ucapkan kepada Hanis Zalikha yang kini telah selamat bergelar tunang kepada Hairul Azreen yang diadakan pada hari ini malah apa yang lebih menggembirakan lagi ialah mereka telah menetapkan tarikh pernikahan ditetapkan pada 5 Jun 2015 dan tarikh persandingan pula pada 14 Jun 2015.

Hanis Zalikha Kini Tunangan Hairul Azreen, Nikah 5 Jun Ini , info, terkini, hiburan, sensasi, Hairul Azreen, Hanis Zalikha

Apa yang lebih menyentuh hati adalah kata-kata yang ditujukan Hairul kepada Hanis di dalam akaun Instagram yang berbunyi sangat ikhlas sekali di samping sempat meminta peminat mendoakan mereka.

“3 bulan saya rancang utk melamar awak di Gegar Vaganza, 3 bulan kemudian iaitu hari ini kita bertunang dan #InsyaAllahThankYou lagi 3 bulan kita nikah. Doa utk kami wahai penyokong setia Hairul & Hanis amin,” katanya di Instagram.

Tahniah sekali lagi kepada Hanis Zalikha. Kami pasti dan yakin pastinya peminat mereka berdua akan mendoakan kebaikan pasangan ini. Jangan lupa jemput kami, ya?


Hanis Zalikha Kini Tunangan Hairul Azreen, Nikah 5 Jun Ini , info, terkini, hiburan, sensasi, Hairul Azreen, Hanis Zalikha

Hanis Zalikha Kini Tunangan Hairul Azreen, Nikah 5 Jun Ini , info, terkini, hiburan, sensasi, Hairul Azreen, Hanis Zalikha

Hanis Zalikha Kini Tunangan Hairul Azreen, Nikah 5 Jun Ini , info, terkini, hiburan, sensasi, Hairul Azreen, Hanis Zalikha

Hanis Zalikha Kini Tunangan Hairul Azreen, Nikah 5 Jun Ini , info, terkini, hiburan, sensasi, Hairul Azreen, Hanis Zalikha

Hanis Zalikha Kini Tunangan Hairul Azreen, Nikah 5 Jun Ini , info, terkini, hiburan, sensasi, Hairul Azreen, Hanis Zalikha

Sumber : rotikaya

Mahu Jumpa Semula Keluarga Hanis Zalikha Pasal Hal Kahwin

Pelakon yang juga juara Fear Factor Selebriti Malaysia, Hairul Azreen memberitahu bahawa dia dengan keluarganya akan mengadakan pertemuan dengan keluarga Hanis Zalikha untuk berbincang hal yang selanjutnya tentang perkahwinan mereka.

Mahu Jumpa Semula Keluarga Hanis Zalikha Pasal Hal Kahwin, info, terkini, hiburan, sensasi, hairul azreen, hanis zalikha

Hairul Azreen berkata demikian selepas ditanya apakah langkah yang seterusnya yang bakal diambilnya sebaik saja dia membuat lamaran secara live di atas pentas terhadap Hanis Zalikha pada konsert final Gegar Vaganza.

"Langkah yang seterusnya adalah berjumpa semula dengan keluarga Hanis untuk berbincang selanjutnya tentang soal tarikh dan perkahwinan kami.

"Kalau boleh saya mahu cepat-cepat kahwin. Kalau boleh, hari ini juga saya mahu kahwin (kata Hairul dengan nada bergurau). Tapi, sudah tentu ianya mustahil. Banyak benda yang harus dilakukan jika mahu membina masjid.

"Apapun, saya memang serius mahu mengahwini Hanis kerana dia sangat memahami saya dan dia banyak membantu serta mengajar saya pelbagai perkara termasuk hal yang berkaitan dengan bisnes serta imej diri saya. Saya sangat senang dengan dia," kata Hairul Azreen kepada Portal Murai.

Artikel Terdahulu : Troll Paling Kelakar Yana Samsuddin Buat Amran Fans


Sumber : murai.com.my