Memaparkan catatan dengan label gosip hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gosip hiburan. Papar semua catatan

Kanye West Cabar Selebriti Dalam 'Famous' Fail Saman Terhadapnya

Penyanyi rap Kanye West mencabar 10 selebriti yang muncul dalam muzik video kontroversi terbaharunya berjudul Famous memfailkan saman terhadapnya.


Kanye West Cabar Selebriti Dalam 'Famous' Fail Saman Terhadapnya

Kanye menerusi Twitter berkata, dia berasa pelik masih belum ada seorang pun selebriti bertindak demikian atau pun bersuara mengenai kemarahan mereka tentang tindakannya.

"Boleh tak sesiapa failkan saman terhadap saya sekarang? Saya tunggu," katanya.

Bagaimanapun Kanye memadam status berkenaan selepas beberapa jam ia dimuat naik.

Menerusi muzik video berkenaan, Kanye menggambarkan dia bersama isterinya Kim Kardashian berkongsi katil dengan sepuluh selebriti lain dalam keadaan bogel.

Sepuluh selebriti berkenaan adalah Ray J, Amber Rose, Caitlyn Jenner, Bill Cosby, George W. Bush, Donald Trump, Anna Wintour, Rihanna and Chris Brown.

Kanye dikatakan menggunakan teknik pengimejan berkomputer (CGI) bagi menghasilkan watak-watak menyerupai selebriti terkenal itu.

Muzik video Famous dilancarkan pada 24 Jun lalu dalam satu acara eksklusif di Los Angeles.

Sementara itu, Chris Brown adalah satu-satunya artis yang memberi respons terhadap muzik video berkenaan dan menyifatkan Kanye seorang yang gila tetapi berbakat besar.

Bagaimanapun sumber memberitahu penyanyi Taylor Swift tidak gembira dengan penampilannya dalam Famous yang jelas telah memalukannya.-mstar

Foto Faye Kusairi Sindir Elly Mazlein

Pelakon Faye Kusairi menjelaskan foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya baru-baru ini tidak bermaksud untuk menyindir mana-mana pihak sehingga ia mencetuskan kontroversi.

Foto Faye Kusairi Sindir Elly Mazlein

Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 29, berkata, foto dengan kapsyen itu dimuat naik ketika mengenang kembali saat paling sukar yang dilalui ketika dituduh menjadi orang ketiga punca keruntuhan rumah tangga pelakon Elly Mazlein.

"Gambar itu sebenarnya diambil ketika saya dilanda gosip itu dan masa itu hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya terpaksa meneruskan kerja walaupun hati tidak tenteram.

"Jadi saya memuat naik gambar itu dengan kapsyen luahan hati hanya untuk diri sendiri sahaja, maklumlah saya dahulu penulis blog dan suka menulis, jadi saya menulis apa yang saya gambarkan ketika itu," ujarnya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Koleksi Lebaran Benang Hijau, di sini, malam Rabu.

Faye diminta mengulas tentang foto dengan kapsyen luahan perasaan yang didakwa sengaja untuk menyindir pelakon Elly Mazlein selepas kontroversi berkenaan.

Foto Faye Kusairi Sindir Elly Mazlein

Faye bagaimanapun enggan mengulas panjang tentang kontroversi berkenaan dan berharap ia tidak lagi berulang sehingga menjejaskan namanya sebagai anak seni.

Sementara itu, diminta mengulas tentang perkembangan kejadian rumah ibu-bapanya diserbu pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 10 April lalu kononnya atas aduan khalwat, Faye berkata, pihak Jais masih dalam siasatan tentang perkara itu.

Bagaimanapun dia akan tetap meneruskan keputusannya untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Jais kerana telah menjatuhkan maruah dia dan keluarga.

"Saya dimaklumkan bahawa pihak Jais masih lagi dalam proses siasatan dalaman dan Insya-Allah pada Julai baru tahu jawapan mereka.

"Namun, saya akan tetap teruskan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada agensi itu kerana mereka menyalahgunakan kuasa sehingga saya dan keluarga rasa terinaiya," ujarnya.

Pada 10 April lalu, Faye mendakwa kediaman keluarganya telah diceroboh oleh Jais kira-kira pukul 2.30 pagi tanpa sebarang usul periksa.-mstar