Memaparkan catatan dengan label boy iman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label boy iman. Papar semua catatan

Boy Iman Hangat Bercinta Dengan Kakak Emma Maembong?

Rasanya sudah lama tidak mendengar khabar berita mengenai pelakon Boy Iman selepas menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk kepadanya. Tup-tup muncul berita bahawa Boy Iman atau nama sebenarnya Nurul Iman dikatakan sedang hangat bercinta dengan kakak kepada aktres Emma Maembong. 


Boy Iman Hangat Bercinta Dengan Kakak Emma Maembong?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Boy Iman, Effa Maembong

A photo posted by DBI (@boyiman_) on
A photo posted by DBI (@boyiman_) on
Seperti semua maklum, adik-beradik Emma Maembong memang cantik-cantik dan comel-comel belaka. Menerusi laman Instagram Boy Iman dan Effa Maembong, masing-masing dilihat sering meluangkan masa bersama dan senang untuk mendedahkan hubungan yang terjalin. Boy Iman yang sudah pun berumah tangga, pernah mendedahkan bahawa isterinya telah menfailkan penceraian di mahkamah dan mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung. 


Boy Iman Hangat Bercinta Dengan Kakak Emma Maembong?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Boy Iman, Effa Maembong

Boy Iman Hangat Bercinta Dengan Kakak Emma Maembong?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Boy Iman, Effa Maembong

Menurut Boy Iman, punca rumah tangganya goyah disebabkan perniagaan yang diuruskan olehnya mengalami kerugian tahun lalu. Bagaimanapun sejauh mana cinta yang sedang terjalin dengan Effa Maembong ini akan pergi, dan apakah rumah tangga Boy Iman dapat diselamatkan… tidaklah dapat kami pastikan. Sumber : mynewshub

Punca Keretakan Rumah Tangga Boy Iman

Pelakon Boy Iman mengesahkan bakal berpisah dengan isterinya Kumala Dewi Anas seperti mana yang dilaporkan dalam ruang pojok sebuah akhbar mingguan, Ahad lalu.


Punca Keretakan Rumah Tangga Boy Iman, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, boy iman, kes artis bercerai

Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abd Rahman, 35, berkata, punca keretakan rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu itu adalah disebabkan masalah kewangan yang sedang dihadapi mereka.

"Apa yang dilaporkan tentang keretakan rumah tangga saya itu benar, saya sudah berusaha untuk selamatkannya dan pergi ke sesi kauseling pada awal bulan Februari lalu.

"Namun, dia (isteri) tetap tidak mahu meneruskan hubungan ini dan telah memfailkan perceraian di mahkamah untuk berpisah," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Isnin.

Tambahnya, kes perceraian akan disebut pada 2 April depan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Boy dan Kumala Dewi Anas berkahwin pada 11 November 2011 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Norul Emmer berusia setahun enam bulan.
Punca Keretakan Rumah Tangga Boy Iman, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, boy iman, kes artis bercerai
Boy bersama isterinya ketika menyambut kelahiran bayi pertama mereka.


Tambah Boy Iman, dia mengakui keretakan rumah tangga tersebut adalah berpunca daripada kegagalannya menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Dia juga gagal memberi nafkah terutama dalam menyelesaikan beberapa urusan kewangan sejak beberapa bulan selepas bisnes Celebrity Bazaar yang dianjurkan Oktober lalu gagal mendapat pulangan.

"Perkara ini bermula sejak bisnes saya mula merosot, Celebrity Bazaar yang saya anjurkan pada 15 Oktober 2014 lalu di Dataran Underground, Dataran Merdeka gagal mendapat sambutan.

"Disebabkan perkara itu, saya terpaksa menanggung kerugian sebanyak lebih RM65,000, apabila pihak Dataran Merdeka membatalkan kontrak dari tiga bulan kepada sebulan dan saya terpaksa memulangkan semula duit kepada lebih 70 peniaga," ujarnya.

Tambahnya, lokasi perniagaan yang tidak strategik juga membuatkan kebanyakkan peniaga yang menyertai bazar tersebut menanggung kerugian.

Celebrity Bazaar yang dilancarkan oleh bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar turut disertai oleh beberapa selebriti antaranya Afiq Muiz, Cha Cha Maembong, Sheera Iskandar dan ibunya, Aznah Hamid serta Sarah (MystarLG).

Sumber : mstar