Memaparkan catatan dengan label bollywood. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bollywood. Papar semua catatan

Baru Tiga Hari Tayangan, Dilwale Raih Kutipan Luar Biasa

Filem Dilwale lakonan pasangan ideal Bollywood, Shah Rukh Khan dan Kajol berjaya meraih kutipan sebanyak RM64 juta di seluruh dunia selepas tiga hari ditayangkan.
Baru Tiga Hari Tayangan, Dilwale Raih Kutipan Luar Biasa

Diarahkan oleh Rohit Shetty, filem ini berjaya mengatasi Bajirao Mastani yang turut menemui peminat pada hari yang sama Dilwale ditayangkan.

Dilwale berjaya memperolehi RM14 juta di hari pertama tayangan dan kutipan sebanyak RM13 juta masuk hari kedua. Lebih mengejutkan, kutipan tertinggi dicatatkan pada hari ketiga dengan jumlah RM16 juta hanya di India sahaja.

Sementara kutipan di luar negara, Dilwale berjaya mengutip hampir RM36.5 juta diseluruh dunia dan bakal meningkat dalam masa seminggu tayangan.

Peminat pastinya merindui gandingan semula Shah Rukh Khan dan Kajol selepas kali terakhir mereka bersama menerusi filem ‘My Name Is Khan’ lima tahun yang lalu.

Kejayaan Dilwale juga turut dibantu dengan strategi pemasaran selain kesediaan Shah Rukh Khan yang turut serta ‘turun padang’ mempromosikan filem ini di setiap negeri dalam India.

Malah tidak terlepas di beberapa buah negara yang menjadi tumpuan peminat filem-filem Bollywood seperti United Kingdom dan Emiriah Arab Bersatu.-astrogempak

Download Dilwale Disini

Hanya Shah Rukh Khan Mampu Buat Preity Zinta Menangis

Aktres Preity Zinta berkata hanya seorang aktor sahaja yang boleh membuatkan dia melakonkan babak menangis di set penggambaran iaitu Datuk Shah Rukh Khan.


Hanya Shah Rukh Khan Mampu Buat Preity Zinta Menangis

"Pelakon yang boleh membuat saya menangis dalam babak beremosi adalah Shah Rukh Khan.

"Saya sudah menangis dalam pelbagai babak bersamanya untuk macam-macam filem," katanya menerusi akaun Twitter miliknya.


Hanya Shah Rukh Khan Mampu Buat Preity Zinta Menangis
Shah Rukh Khan


Antara filem yang menggandingkan Preity dan Shah Rukh ialah Dil Se, Veer Zaara dan Kal Ho Na Ho.

Tambah Preity, lakonan Shah Rukh yang terlalu menjiwai watak membuatkan dia juga mudah berlakon di samping aktor itu walaupun perlu melakonkan babak menangis dengan kerap.

Dalam pada itu, Preity turut mendedahkan pernah berasa takut berlakon dengan Salman Khan yang disifatkannya terlalu garang dan tegas ketiga bekerja di set.-mstar