Memaparkan catatan dengan label berita sensasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita sensasi. Papar semua catatan

Perompak Maut Ditembak Pengawal Keselamatan

Seorang perompak maut selepas ditembak ketika mangsa bersama tiga rakan merompak sebuah premis pengurup wang di sebuah kompleks membeli-belah di sini pada Isnin.


Perompak Maut Ditembak Pengawal Keselamatan, info, terkini, berita sensasi, kes rompak, samun kedai emas

Dalam kejadian pada pukul 11 itu, mangsa yang berusia 30 tahun bersama tiga rakan bertindak merempuh sebuah premis pengurup wang dengan cara mengundur sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad memberitahu, dua daripada empat suspek yang bersenjatakan parang telah memasuki premis tersebut yang rosak dirempuh.


berita sensasi, info, kes rompak, Perompak Maut Ditembak Pengawal Keselamatan, samun kedai emas, terkini,

Jelasnya, suspek kemudian melarikan sejumlah wang yang belum diketahui jumlahnya setakat ini.

"Ketika suspek cuba melarikan diri, mereka telah ditembak oleh pengawal keselamatan yang melihat kejadian itu.

"Daripada tiga das yang dilepaskan, sebutir peluru terkena pada dada seroang daripada perompak.

"Melihat rakan yang ditembak,  perompak terbabit kemudian melarikan diri menaiki sebuah motosikal yang ditinggalkan berhampiran," kata Zainuddin.

Tambahnya, kenderaan yang digunakan untuk merempuh premis berkenaan dilaporkan telah dicuri di Jinjang pada tahun lalu.

Sumber : mstar.com.my

Punca Sebenar Kucing 'Dihukum Gantung Sampai Mati' Di Sibu

Selepas terselamat dari insiden serangan pada Oktober lalu, seorang ahli perniagaan lelaki sekali lagi menerima kejutan berbaur amaran bilamana seekor kucing hitam digantung sampai mati di depan rumahnya di Jalan Lada, kelmarin.


Punca Sebenar Kucing 'Dihukum Gantung Sampai Mati', info, terkini, berita sensasi, kejam
Dia anggota polis menurunkan kucing malang yang tergantung di depan rumah mangsa ugutan kongsi gelap.


Gambar-gambar kucing mati digantung di palang besi depan rumah itu tersebar meluas di laman sosial dan menimbul kemarahan para pencinta kucing. Ramai yang mendesak agar pihak polis menyerbu rumah terbabit kerana menyangka pemilik rumah berkenaan yang melakukan perbuatan kejam itu.

Mengambil maklum terhadap laporan orang awam, polis turun ke lokasi kejadian dan mendapati pemilik rumah yang berusia 39 tahun menafikan perkara itu dilakukan olehnya.

Menurut lelaki terbabit, dia sebelum ini juga pernah menerima ancaman melalui telefon dari seorang lelaki yang memberi amaran kepadanya seminggu selepas insiden serangan awal tersebut. Tiga minggu kemudian, dia sekali lagi menerima panggilan ugutan dari individu yang sama.

Bimbang dengan keselamatan dirinya, lelaki terbabit membuat keputusan untuk keluar dari bandar Sibu buat sementara waktu bagi mencari tempat perlindungan.

Bagaimanapun, dia kembali semula ke Sibu kelmarin menggunakan kereta sewa kerana bimbang keretanya dikenali oleh individu yang mengancam keselamatannya.

Pada insiden Oktober yang lalu, sekumpulan lelaki telah mengikat tangan dan menutup matanya dengan kain sebelum membawa mangsa lari menaiki sebuah kereta.  Mangsa kemudian dihumban ke dalam sungai, bagaimanapun berjaya melepaskan diri.

Mengulas mengenai tindakan kejam terhadap kucing berkenaan, Persatuan Pencegah Penganiayaan Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) melahirkan rasa kesal terhadap tindakan individu yang menggantung kucing untuk membuat ugutan.

“Ini adalah keganasan jelas terhadap haiwan dan perbuatan itu adalah amat jahat dan menunjukkan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

“Memandangkan ia masih di bawah siasatan polis, kami berharap mereka dapat menangkap individu yang bertanggungjawab serta membawanya ke muka pengadilan,” kata Presiden SSPCA, Donna Wee.

Artikel Terdahulu : Keluar Duit Sendiri Guna Mesin ATM Lain Kena GST 2015

Sumber : m-poser.blogspot.com