Memaparkan catatan dengan label berita nahas pesawat airasia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita nahas pesawat airasia. Papar semua catatan

QZ8501: Indonesia Akhiri Carian Mangsa, Bangkai Pesawat

Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia, pada Selasa mengakhiri pencarian mangsa nahas pesawat AirAsia tahun lepas,  dengan 56 orang tidak dapat ditemui, kata seorang pegawai.


QZ8501: Indonesia Akhiri Carian Mangsa, Bangkai Pesawat, info, terkini, sensasi, berita, berita nahas pesawat airasia,

Penerbangan QZ8501 terhempas dalam cuaca ribut kencang ketika penerbangan singkat dari bandar Indonesia, Surabaya, ke Singapura pada 28 Disember, membunuh kesemua 162 orang di atas kapal.

Kemalangan pesawat Airbus A320-200 ke Laut Jawa itu mencetuskan carian antarabangsa yang besar, melibatkan banyak kapal dan pesawat dari beberapa negara yang dikerahkan ke laut untuk mencari mangsa dan bangkai pesawat.

Carian ini dikecilkan secara mendadak dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan kapal-kapal asing dipanggil balik, begitu juga tentera Indonesia yang telah menyediakan sebahagian besar kakitangan dan peralatan.

Agensi mencari dan menyelamat awam Indonesia bagaimanapun masih meneruskan carian, tetapi pada skala yang lebih kecil.

Pengarah Operasi Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), SB Supriyadi memberitahu AFP bahawa carian akan 'berakhir sepenuhnya' pada Selasa dan kapal-kapal yang masih terlibat akan dipanggil balik.

Beliau berkata keempat-empat kapal akan kembali ke Jakarta pada pagi Rabu.

Jumlah mangsa yang ditemui berjumlah 106, katanya.

Pasukan carian kali terakhir menemui mayat pada Sabtu, di mana tiga ditemui di bawah bangkai pesawat, katanya.

Bahagian fiuslaj utama yang terakhir diperolehi semula telah ditarik naik dari laut bulan lalu.

Keputusan untuk menamatkan carian dilakukan selepas bos AirAsia Tony Fernandes memberi isyarat pada minggu lepas bahawa operasi akan ditamatkan tidak lama lagi.

Ketua syarikat penerbangan tambang murah Malaysia itu berkata bahawa operasi itu 'berjaya' tetapi menambah bahawa ia tidak boleh 'diteruskan selama-lamanya'.

"Terdapat tempoh masa dan kami telah bersetuju dengan keluarga bahawa ini adalah jelas bukan sesuatu yang boleh dijalankan selama-lamanya," katanya.

"Tetapi adalah penting bagi kami mendapatkan persetujuan keluarga mengenai perkara ini dan itulah sebabnya saya memberikan mereka kredit apabila mereka tidak berterusan mendesak supaya ia dijalankan selama-lamanya."

Kotak hitam data perakam penerbangan pesawat telah ditemui yang akan menyediakan petunjuk penting ketika penyiasat berusaha untuk mencaripunca kemalangan itu.

Indonesia akan melepaskan laporan akhir berhubung kemalangan pada Ogos, kata Menteri Pengangkutan kepada AFP bulan lepas.

Sumber : mstar

Perakam Suara Kokpit QZ8501 Dihempap Serpihan Pesawat

Laporan terkini Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 menyaksikan kotak hitam iaitu bahagian perakam data pesawat berjaya dinaikkan ke darat oleh Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS).

Perakam Suara Kokpit QZ8501 Dihempap Serpihan Pesawat, info, terkin, berita nahas pesawat airasia, QZ8501, bangkai pesawat airasia QZ8501,

Namun, sebahagian lagi kotak hitam iaitu perakam suara kokpit masih tenggelam di dasar laut Jawa dan penyelam sedang berusaha untuk mendapatkannya bagi proses siasatan lanjut.

Menurut Ketua Koordinator Operasi BASARNAS, Suryadi Bambang Supriyadi, penyelam telah menemui perakam tersebut beberapa jam selepas berjaya menaikkan sebahagian kotak hitam, namun atas faktor-faktor tertentu, ia masih gagal dinaikkan.


Perakam Suara Kokpit QZ8501 Dihempap Serpihan Pesawat, info, terkin, berita nahas pesawat airasia, QZ8501, bangkai pesawat airasia QZ8501,

Ujarnya, ketika ini, kedudukan perakam suara kokpit tersebut berada di bawah serpihan-serpihan besar bangkai pesawat dan operasi kini sedang cuba untuk mengalihkannya.

Beberapa hari lalu, operasi tertumpu di kawasan tersebut setelah isyarat ping kotak hitam dikesan oleh tiga buah kapal yang menyertai operasi SAR.

Kotak hitam (yang berwarna jingga) menjadi komponen terpenting dalam sesebuah pesawat kerana ia akan menjadi bahan rujukan utama andai pesawat tersebut mengalami kecelakaan.

Sumber : mynewshub.cc

Penyelam Berjaya Jumpa Kotak Hitam Diberi Rp100 Juta

Kejayaan penemuan kotak hitam milik pesawat QZ8501 adalah berita paling dinanti-nantikan semua pihak.

Ekoran itu, Panglima Tentera Indonesia (TNI) Jeneral, Moeldoko telah bermurah hati memberi ganjaran berjumlah Rp 100,00 Juta (RM28 ribu) atas usaha dan  kerja keras pasukan penyelam tentera Indonesia yang berjaya menemui kotak hitam milik pesawat AirAsia QZ8501.

Penyelam Berjaya Jumpa Kotak Hitam Diberi Rp100 Juta

Ganjaran berbentuk wang tersebut bakal diagih-agihkan kepada 57 orang penyelam yang terlibat secara langsung dalam kejayaan penemuan kotak hitam tersebut.

Menurut laporan Kompas.com, pasukan penyelam itu terdiri daripada Komando Pasukan Katak, Marinir, dan Dinas Selam Bawah Air.

berita nahas pesawat airasia, info, Penyelam Berjaya Jumpa Kotak Hitam Diberi Rp100 Juta, QZ8501, terkini,


“Ini adalah ‘vitamin’ buah penyelam, Rp 100 juta”, kata Panglima TNI sambil memberikan sebuah tas kecil kepada Komandar Gugus Keamanan Laut Barat  Laksma TNI Abdul Rasyid di KRI Acheh tadi.

“Saya berharap pasukan penyelam terus bekerja untuk mencari voice (cockpit) recorder, yang belum ditemui,” tambahnya.

Pasukan penyelam ini bukan sahaja berjaya menjumpai kotak hitam malah berhasil menemukan dan menaikkan ekor pesawat berkenaan dari dasar laut Selat Karimata, dekat Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Sumber : mynewshub.cc

QZ8501: Operasi Angkat Ekor Pesawat Diperhebat

Kegagalan mengangkat ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di dasar Laut Jawa setakat ini mendorong pihak berwajib menambah bilangan anggota penyelam dan beg pengangkut.

Setakat pagi Sabtu, empat beg pengangkut dan 10 penyelam ditambah untuk ke lokasi pencarian itu.


QZ8501: Operasi Angkat Ekor Pesawat Diperhebat, info, terkin, berita nahas pesawat airasia, bangkai pesawat airasia QZ8501
Pasukan penyelam bersiap sedia untuk menjalankan tugas untuk memastikan ekor pesawat QZ8501 dapat diangkat dari dasar Laut Jawa.
 
 
Pengarah Operasi Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Marsma SB Supriyadi berkata, semua terbabit dalam perjalanan ke lokasi yang ditetapkan.

"Empat beg pengangkut dan tujuh penyelam dihantar ke Pelabuhan Kumai, mereka akan mendekati kapal KRI Banda Aceh. Tiga penyelam dihantar dengan helikopter dan membawa satu beg kecil," katanya.

Supriyadi berkata, penyelam Basarnas kini sudah bersedia di beberapa kapal milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk terjun ke dasar sebelum kehadiran penyelam tambahan.

Katanya, penyelam akan terjun ke beberapa titik lokasi yang mengesan beberapa objek dan bahagian milik pesawat QZ8501 di dasar laut.

"Sudah ada di KN Purworejo 21 penyelam, di KN Jakarta di Pelabuhan Kumai sudah ada 12 penyelam, kalau ditambah tujuh, jadi 19 semuanya.

"Di KRI Banda Aceh tadi sudah ada tiga penyelam. Mereka akan bantu angkatan laut TNI, kita bagi-bagi nanti di kapal yang mana," kata Supriyadi.

Sumber : mstar.com.my