Menurut hasil perkongsian foto terbaru Ajak Shiro di laman Instagram, isterinya sedang berada di hospital menanti detik untuk melahirkan cahaya mata.
Mungkin dek kerana kasihan dengan bebanan kerja dan pengorbanan isterinya, Ajak memuatnaik foto dengan kapsyen yang sungguh menyayat hati. Sayu je kami baca kapsyen panjang lebar Ajak ini.
Menurut Ajak, dirinya cukup terkesan melihat pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya dalam memastikan segala hal rumahtangga diuruskan dengan baik.
Iyalah kadang si suami tak sedar akan perngorbanan seorang isteri ini, bangun pagi untuk selesaikan hal anak, memasak, kemas rumah dan banyak lagi.
Pada masa sama Ajak turut mengharapkan pengorbanan isterinya ini tidak sia-sia dan mendoakan syurga buatnya. Berkaca juga lah bila kami membaca kapsyen Ajak ini, sungguh deep!
Apa-apa pun doakan yang terbaik buat Ajak dan isteri agar dipermudah segala urusan bersalin, amin.
Sumber : ohbulan
Sumber : ohbulan