Memaparkan catatan dengan label UEFA Champion League. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UEFA Champion League. Papar semua catatan

Liga Juara-Juara: Arsenal Berjaya Malukan Olympiakos

Pengurus Arsenal Arsene Wenger bangga dengan skuad asuhannya yang tampil luar biasa untuk merebut satu tempat di kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara.


Liga Juara-Juara: Arsenal Berjaya Malukan Olympiakos

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini akan menjadi kisah kemaraan terbesar," kata Wenger sebaik sahaja Arsenal mengalahkan Olympiakos di Athena, awal pagi Khamis.

Sebelum pertandingan, Arsenal masih berada di tempat ketiga Kumpulan F dan harus mencari sekurang-kurangnya dua gol di atas Olympiakos.

"Kami mampu mara. Mungkin ini tahun bertuah bagi kami di Liga Juara-Juara. Siapa tahu?" kata Wenger.

Setakat ini, Arsenal belum pernah sekali pun menjuarai liga ini.

"Saya harus katakan bahawa saya sangat berbangga dengan pasukan ini kerana kami harus bertindak tepat dari segi mental dan taktik.

"Pada kedudukan 2-0, kami masih perlu bertungkus-lumus mencari gol ketiga, kerana terlalu berbahaya jika kedudukan masih 2-0."

"Dalam tempoh tiga minggu terakhir, kami kehilangan Coquelin, Cazorla dan Sanchez yang cedera. Tak ramai yang meramalkan kami punya peluang. Namun kami pasukan yang kuat dan anda boleh melihatnya hari ini."

"Mampu menjaringkan gol tanpa balas bukan hal mudah. Ini malam istimewa untuk kami. Kami perlu melakukan sesuatu yang istimewa. Mereka telah mencipta kenangan positif di pengakhiran musim."-mstar

Mourinho Dedah Faktor Kemenangan Chelsea

Chelsea berjaya menempah tempat ke peringkat akhir saingan Liga Juara-Juara sebagai juara Kumpulan G setelah menewaskan Porto 2-0 di Stamford Bridge, awal pagi Khamis.


Mourinho Dedah Faktor Kemenangan Chelsea

The Blues mengumpulkan 13 mata, lebih dua mata dari Dynamo Kiev yang berada di tempat kedua.

Walaupun berada di kelompok tercorot di Liga Perdana Inggeris, Chelsea mahu membuktikan pasukan itu masih berbisa.

Jurulatih Chelsea Jose Mourinho mempunyai alasan terhadap kemenangan ini.

“Kami bersatu dan mencuba untuk menang,” kata Mourinho, dipetik dari laman rasmi UEFA, Khamis.

The Blues seolah-olah terlupa dengan kekalahan 0-1 terhadap Bournemouth minggu lalu.

Ketika berdepan Porto, Chelsea hanya mencatatkan 39 peratus penguasaan bola berbanding Porto.

Namun, gol sendiri daripada pemain Porto, Marcano Sierra di minit ke-12, disusuli gol Willian pada minit ke-52 membawa Chelsea mara ke peringkat seterusnya.

Mourinho sudah menjangkakan keputusan seri dengan Porto sudah cukup untuk membawa mereka ke fasa knock out Liga Juara-Juara.

Namun, The Blues tetap menginginkan kemenangan khususnya untuk pemain dan kelab.-mstar

4 Gol C. Ronaldo Bantu Real Madrid Belasah Malmo 8-0

Cristiano Ronaldo terus membuktikan dirinya sebagai pemain bola sepak nombor satu dunia apabila menjaringkan empat gol untuk membantu Real Madrid menewaskan Malmo 8-0.


4 Gol C. Ronaldo Bantu Real Madrid Belasah Malmo 8-0

Dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu, Karim Benzema mencipta hatrik manakala satu lagi gol Real dihasilkan oleh Mateo Kovacic.

Ronaldo yang berjaya mencipta sejarah penjaring gol paling banyak dalam saingan UCL sekali lagi memperbaharui rekod dengan muncul sebagai pemain pertama menjaringkan 11 gol di peringkat kumpulan.

Sebanyak 11 gol itu dihasilkan Ronaldo menerusi enam perlawanan peringkat kumpulan A.

Dengan kemenangan tersebut Real yang dibimbing Rafael Benitez berjaya layak ke pusingan kalah mati.-mstar

Man United Dimalukan Di Wolfsburg

Louis van Gaal mengakui beliau sukar memahami keputusan pasukannya Manchester United tewas di tangan Wolfsburg dengan 2-3 sehingga tersingkir dari Liga Juara-Juara.


Louis van Gaal mengakui beliau sukar memahami keputusan pasukannya Manchester United tewas di tangan Wolfsburg dengan 2-3 sehingga tersingkir dari Liga Juara-Juara.

Man United hanya sempat sempat menyamakan kedudukan 2-2 menerusi gol 'bunuh diri' oleh pemain Wolfsburg, Josuha Guilavogui pada minit ke-82.

Namun hanya dua minit selepas itu, Naldo memberikan gol ketiga buat Wolfsburg.

"Keputusan ini sukar untuk difahami. Saya harus menganalisis apa yang terjadi," kata Van Gaal.

"Saya harus mengatakan bahawa kami tidak begitu bernasib baik pada perlawanan kali ini," katanya.

Keputusan itu Man United gagal untuk ke pusingan seterusnya dalam Liga Juara-Juara.

Malah mereka turun kepada kedudukan ketiga dalam saingan B, dan PSV Eindhoven mengambil alih pada posisi kedua.

Dalam pada itu, Van Gaal turut meluahkan bahawa saingan Kumpulan B semenangnya bukan satu perkara yang mudah untuk ditanganil.

"Saya sudah katakan sebelum ini bahawa kumpulan (B) ini begitu mencabar. Anda boleh lihat apa yang terjadi pada pasukan-pasukan yang bersaing. Saya telah memaklumkan perkara ini kepada pemain," katanya.

Kegagalan ini merupakan kali keempat Man United tersingkir dalam fasa saingan kumpulan dalam Liga Juara-Juara.-mstar

Manchester United Bangkit Benam Wolfsburg

Manchester United bangkit menjaringkan gol kemenangan pada babak kedua untuk menundukkan Wolfsburg 2-1 dalam aksi peringkat kumpulan B Liga Juara-Juara di Old Trafford, awal pagi Khamis.


Manchester United Bangkit Benam Wolfsburg

Wolfsburg terlebih dahulu melakukan kejutan di gelanggang lawan apabila membuka jaringan seawal minit keempat.

Gol Wollfsburg dijaringkan Daniel Caligiuri selepas memanfaatkan hantaran Max Kruse.

Namun, Juan Mata berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti pada minit ke-34.

Terdahahulu, United tewas kepada PSV Eindhoven pada aksi pembukaan.

United terus melakukan beberapa asakan sebelum Smalling melengkapkan gol kemenangan pada minit ke-53 yang gagal ditepis penjaga gol Diego Benaglio.

Kemenangan itu bermaksud kesemua empat pasukan dalam Kumpulan B berkongsi tiga mata selepas CSKA menewaskan PSV 3-2.

Pengurus United, Louis van Gaal mengakui pasukannya berdepan kesukaran untuk memenangi perlawanan itu.

"Ia amat sukar kerana mereka (Wolfsburg) menjaringkan gol terlalu awal tetapi kemudiannya kami memperbaiki rentak permainan dan mencipta banyak peluang.

"Namun kami tidak memanfaatkan peluang itu, kami menanggung penderitaan. Ramai pemain amat letih kerana jadual perlawanan yang padat. Kami masih belum memberikan persembahan terbaik," katanya.

Senarai Pemain:

MANCHESTER UNITED: De Gea; Valencia, Smalling, Blind, Darmian; Schneiderlin, Schweinsteiger; Mata, Rooney, Memphis; Martial.
Pemain simpanan: Romero, Jones, McNair, Pereira, Young, Fellaini, Wilson.

WOLFSBURG: Benaglio; Trasch, Naldo, Dante, Rodriguez; Guilavogui, Arnold; Caligiuri, Kruse, Draxler; Dost.
Pemain simpanan: Grun, Bendtner, Schafer, Klose, Schurrle, Jung, Seguin.-mstar

Ronaldo Samai Rekod Raul, Bantu Kemenangan Real

Cristiano Ronaldo berjaya menyamai rekod jaringan gol lagenda Real Madrid, Raul selepas membantu pasukan itu menewaskan Malmo 2-0 pada aksi peringkat Kumpulan A Liga Juara-Juara di Stadium Swedbank, awal pagi Khamis.


Ronaldo Samai Rekod Raul, Bantu Kemenangan Real


Pemain kebangsaan Portugal itu menjaringkan gol ke-500 sepanjang kariernya.

Ronaldo membuka jaringan untuk Real Madrid seawal minit ke-29 sebelum menggandakan jaringan pada masa kecederaan.

Malmo terlepas peluang untuk menjaringkan gol pertama menerusi tandukan Markus Rosenberg yang tersasar.

Namun, peluang Malmo untuk bangkit terus samar apabila Yoshimar Yotun dilayangkan kad merah kedua.

Pasukan tuan rumah terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain.

Kemenangan itu membolehkan Real mengutip enam mata daripada dua perlawanan pertama peringkat Kumpulan A.

Dalam perlawanan berasingan, Paris Saint-Germain berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menewaskan Shakhtar Donetsk 3-0 di Stadium Arena Lviv.

PSG kini berkongsi enam mata dengan Real.

Gol PSG dijaringkan Serge Aurier dan David Luiz.

Pemain tuan rumah, Darijo Srna melakukan kesilapan dengan menjaringkan gol ke gawang sendiri sekali gus menghadiahkan gol itu kepada PSG.-mstar

Liga Juara-Juara Eropah: Barcelona Tewaskan Bayern Munich 3-0

Aksi cemerlang yang ditunjukkan oleh Lionel Messi membawa kepada kemenangan buat Barcelona selepas menundukkan Bayern Munich dengan 3-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.


Liga Juara-Juara Eropah: Barcelona Tewaskan Bayern Munich 3-0, info sukan, bola sepak, UEFA Champion League,

Messi sahaja memberikan dua gol untuk Barcelona pada minit ke-77 dan ke-80.

Dua jaringan Messi kali sekali gus menghentikan kesukarannya untuk menembusi gawang yang dikawal penjaga gol Bayern Munich, Maneul Neuer.

Artikel Terdahulu : Juventus Tundukkan Real 2-1


Dalam tiga pertemuan terakhir pada Piala Dunia 2010, Liga Juara-Juara 2013/14 dan Piala Dunia 2014, cubaan Messi tidak pernah dapat melepasi gawang Neuer.



Barcelona 3-0 Bayern Munich Highlights
Barcelona 3-0 Bayern Munich Highlights
Posted by SoccerHighlightsToday on Wednesday, 6 May 2015

Bagaimanapun, permainan di stadium Camp Nou, Barcelona nyata mampu mengatasi cabaran itu.

Messi berjaya membolosi gawang Neuer sebanyak dua kali, yang pertama menerusi tendangan kaki kiri dari jarak jauh manakala jaringan kedua berhasil menerusi sepakan kaki kanan yang berjaya melemahkan pergerakan Neuer.

Neymar menambah jaringan ketiga buat Barcelona menjelang tamat permainan.


Sumber : mstar

Liga Juara-Juara: Manchester City Tersingkir

Lionel Messi mempamerkan kepintaran dan kelicikannya sebagai perancang apabila berjaya membantu Barcelona menewaskan Manchester City 1-0 pada  perlawanan kedua, peringkat 16 terakhir di Nou Camp untuk layak ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.
Liga Juara-Juara: Manchester City Tersingkir, info sukan, bola sepak, UEFA Champion League, Manchester city, Barcelona

Barcelona menang dengan agregat 3 -1.

Pemain Argentina itu dengan tenang mencorak gerakan mempesona apabila kakinya menggelecek bola dari untuk memperdaya lawannya dari sebelah kanan luar petak penalti sebelum meleret bola terus kepada rakannya Ivan Rakitic yang sudah menunggu di sebelah kiri depan gawang lawan.

Gol tunggal Barcelona oleh Rakitic hadir pada minit ke-31.

Pada lewat perlawanan, City nyata tidak bernasib baik apabila peluang mendapat gol sagu hati melalui sepakan penalti yang dihadiahkan pada minit ke-78 buat pertama kali gagal disempurnakan oleh Sergio Aguero.

Sumber : mstar online

Liga Juara-Juara: Arsenal Tersingkir

Percubaa berani Arsenal untuk mencipta sejarah Liga Juara-Juara tidak menjadi kenyataan apabila kemenangan  2-0 di Stade Louis II tidak mencukupi untuk menafikan kedudukan AS Monaco di suku akhir.


Liga Juara-Juara: Arsenal Tersingkir, info, terkini, sensasi, sukan, bol sepak, UEFA Champion League, Liga Juaraa-Juara, Arsenal

Dalam perlawananan awal pagi Rabu itu, Monaco menang gol di tempat lawan walaupun keputusan seri dengan agregat 3- 3.

'The Gunners' turun ke padang dalam keadaan mereka mengetahui bahawa mereka menghadapi tugas yang agak mustahil untuk dicapai.

Kekalahan 3-1 di Emirates menyebabkan mereka berdepan tugas berat sambil menyaksikan Olivier Giroud turut menerima beberapa kritikan hebat, tetapi  penyerang Perancis itu memberikan mereka sedikit harapan apabila dia menyumbat gol pembukaan pada minit ke-36.

Sambil mengawal ketat gawang agar tidak dibolosi Monaco, 'The Gunners' berjaya menambah satu lagi gol pada minit ke-79 menerusi pemain gantian Aaron Ramsey.

Giroud, pada minit ke-84 mempunyai peluang yang besar untuk membawa Arsenal ke peringkat suku akhir tetapi telah dinafikan oleh Danijel Subasic.

Dalam satu lagi perlawanan Atletico Madrid yang menewaskan Bayer Leverkusen 1-0 dan mencatatkan keputusan agreagat 3-2 mara ke suku akhir bersama Monaco.

Sumber : mstar

Liga Juara-Juara: Bayern Munich Menang Besar Ke Atas Shakhtar 7-0

Bayern Munich menang besar ke atas Shakhtar Donetsk dengan 7-0 dalam perlawanan pusingan ke-16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Khamis.


Liga Juara-Juara, Bayern Munich Menang Besar Ke Atas Shakhtar 7-0, info sukan, bola sepak, UEFA Champion League,

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Bayern Munich mara ke suku akhir liga itu.

Hasil jaringan 0-0 pada pertemuan pertama membuatkan Bayern Munich mempunyai misi dalam perlawanan penentuan di Munich.

Strategi itu dapat dilihat berdasarkan komposisi pemain yang diturunkan oleh pengurus pasukan, Pep Guardiola sejak awal perlawanan dengan Franck Ribery, Arjen Robben, Mario Gotze, Thomas Mueller, Bastian Schweinsteiger dan Robert Lewandowski.

Munich bernasib baik pada awal permainan yang bahary sahaja berlangsung tiga minit. Kesilapan yang dibuat Oleksandr Kucher terhadap Mario Goetze menyebabkan kad merah dilayangkan, sekali gus dikatakan sebagai kad merah paling cepat dilayangkan dalam sejarah Liga Juara-Juara.

Pengadil memberikan hadiah penalti kepada Bayern Munich yang memberikan jaringan 1-0 yang dihasilkan Thomas Mueller.

Pada minit ke-34, Bayern Munich terus menggandakan kedudukan dengan 2-0 hasil jaringan Jerome Boateng.

Pasukan terus mendominasi pada separuh masa kedua dan kelab gergasi Bundesliga Jerman itu menambah gol pada minit ke-49 daripada Franck Ribery yang memaksimumkan umpan David Alaba.

Tiga jaringan yang mendahului perlawanan itu tidak membuatkan Bayern Munich cukup berpuas hati.

Sebaliknya, empat lagi gol dicatatkan oleh kelab itu selepas jaringan yang dilakukan oleh Ribery.

Jaringan Thomas Mueller (51'), Holger Badstuber (63'), Robert Lewandowski (75') dan Mario Goetze (87') yang membolosi gawang Shakhtar terus menambahkan mata buat Bayern Munich bagi memastikan kemenangan besar dengan 7-0 dan layak mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Sumber : mstar

Suarez Jaring Dua Gol, Juventus Atasi Borussia

Penyerang Luis Suarez menyumbatkan dua gol ketika membuat penampilan semula di England buat pertama kalinya sejak berhijrah ke Sepanyol untuk membantu Barcelona menewaskan Manchester City 2-1 pada aksi kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Rabu.


Suarez Jaring Dua Gol, Juventus Atasi Borussia, info, terkini, berita sukan, sensasi, UEFA Champion League, Man City, BArcelona,

Pemain kelahiran Uruguay itu menjaringkan dua gol pada minit ke-16 dan minit ke-30 bagi memberikan kelebihan buat Barcelona menjelang pertemuan kedua di Nou Camp, bulan depan.

Sergio Aguero menjaringkan gol tunggal untuk City pada minit ke-69.

Pasukan tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Gael Clichy diperintah meninggalkan padang.

Penjaga gawang City, Joe Hart menyelamatkan maruah City pada minit terakhir apabila menafikan sepakan penalti Lionel Messi.

City perlu melakar keajaiban pada aksi kedua di Nou Camp bulan depan sekiranya mahu menyekat Barcelona daripada mara ke peringkat lapan pasukan terakhir.

Suarez kini mengumpul sembilan gol untuk Barcelona dalam 23 penampilannya.

Dia mengakui kecekapan Hart menyelamatkan penalti menjadikan saingan masih getir.

"Saya fikir ini adalah sesuatu yang positif buat mereka. Jika penalti itu membolosi gawang, maka senario berbeza akan berlaku. Tapi keputusan 2-1, mereka masih ada peluang," kata Suarez.

Sehubungan itu, pengurus City, Manuel Pellegrini mengakui bahawa anak buahnya bangkit mempamerkan persembahan terbaik pada separuh masa kedua.

"Kami lepaskan gol awal dan beraksi hambar. Pada babak kedua, kami bangkit dan berjaya membolosi gawang lawan.

"Kami ada peluang. Kami mesti cuba untuk melakukannya pada perlawanan kedua nanti," kata Pellegrini.

Sementara itu, dalam perlawanan berasingan, Juventus menundukkan Borussia Dortmund 2-1 di Turin.

Suarez Jaring Dua Gol, Juventus Atasi Borussia, info, terkini, berita sukan, sensasi, UEFA Champion League, Man City, BArcelona,
Teves menjaringkan gol awal untuk Juventus pada minit ke-18.


Pertemuan itu adalah yang pertama bagi kedua-dua kelab sejak Borussia menundukkan Juventus pada final Liga Juara-Juara Eropah pada 1997.


Juventus membuka jaringan awal menerusi percubaan Carlos Teves pada minit ke-18 sebelum Marco Reus menjaringkan gol penyamaan untuk Borussia pada minit ke-18.

Pasukan tuan rumah menarik nafas lega apabila sentuhan Alvaro Morata pada minit ke-42 memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.


Sumber : mstar.com.my

Pusingan 16 Liga Juara-Juara: City Bertemu Barcelona

Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City telah diundi untuk bertemu Barcelona dalam pusingan kalah mati 16 pasukan Liga Juara-Juara Eropah Februari tahun depan.


Pusingan 16 Liga Juara-Juara, City Bertemu Barcelona, info, sukan, bloa sepak, UEFA Champion League, UCL,

Chelsea pula telah diundi untuk bertemu juara Perancis PSG manakala Arsenal diundi menentang Monaco, iaitu pasukan yang pernah dilatih oleh Arsene Wenger suatu ketika dahulu.

Sesuatu yang menarik ialah, Manchester City turut bertemu Barcelona di peringkat yang sama tahun lalu. Mereka tewas dengan agregat 4-1.

Pengarah Bolasepak City, Txiki Begiristain, yang secara kebetulan juga adalah bekas pengarah bolasepak Barcelona menyifatkan undian tersebut sebagai sesuatu yang sukar untuk dipercayai.

Sementara itu Chelsea yang merupakan juara kumpulan bertemu PSG  yang merupakan pencabar mereka di peringkat suku akhir musim lalu.

Chelsea perlu berhadapan PSG dengan penuh berhati-hati kerana kini bekas pemain bek mereka, David Luiz bermain untuk juara Perancis itu.

Arsenal pula bernasib baik kerana mereka tidak diundi menentang naib juara Atlético Madrid atau juara bertahan, Real Madrid.

Arsène Wenger mencipta namanya di Monaco, menjadi pengurus di situ dari 1987-1994.

Juara bertahan, Real Madrid seperti mana City dan Barcelona akan bertemu pasukan yang sama di peringkat yang sama musim lalu iaitu Schalke.

Musim lalu, Real membelasah Schalke dengan agregat 9-2 manakala finalis musim lalu, Atlético Madrid akan berdepan Bayer Leverkusen.

Undian untuk pusingan kalah mati ini berlangsung di Lyon pada Isnin.

Dalam pada itu, juara lima kali, Bayern Munich akan bertemu Shakhtar Donetsk, Juventus menentang Borussia Dortmund yang merupakan pertemuan ulangan final 1997 dan Basel diundi menentang Porto.

UNDIAN 16 PASUKAN TERAKHIR LIGA JUARA-JUARA EROPAH:

PSG lwn Chelsea

Manchester City lwn Barcelona

Bayer Leverkusen lwn Atlético Madrid

Juventus lwn Borussia Dortmund

Schalke lwn Real Madrid

Shakhtar Donetsk lwn Bayern Munich

Arsenal lwn Monaco

Basel lwn Porto

Sumber : mstar.com.my