Memaparkan catatan dengan label Tottenham datang Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tottenham datang Malaysia. Papar semua catatan

Tottenham pula uji Malaysia

Sebelum Liverpool menguji Pilihan Malaysia pada 24 Julai ini, anak-anak buah Dollah Salleh berpeluang terlebih dulu untuk menentang satu lagi kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur yang dikhabarkan akan datang ke Kuala Lumpur pada penghujung Mei atau awal Jun ini.


Tottenham pula uji Malaysia, info sukan, bola sepak, Tottenham datang Malaysia,

Menurut sumber rapat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), perbincangan antara kedua-dua pihak cukup positif.

Boleh dikatakan, perlawanan itu 90 peratus akan berlangsung, cuma venue belum ditentukan, iaitu sama ada Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam.

Kata sumber itu lagi, satu sidang media rasmi bakal diadakan untuk menghebahkan kedatangan Spurs ke sini tidak lama lagi, berkemungkinan pada ming­gu ini atau minggu hadapan.

“Buat masa ini, perbincangan dengan wakil Tottenham sudah memasuki fasa akhir dan perlawanan persahabatan antara Pilihan Malaysia dan Tottenham dijangka berlangsung selepas final Piala FA (Liga Malaysia).

“Difahamkan perlawanan akhir Piala FA mungkin cuba dilangsungkan sebelum bulan puasa dengan penghujung bulan Mei menjadi pilihan paling sesuai.

“Setakat ini, peluang perlawanan itu akan berlangsung adalah 90 peratus.

“Memandangkan Tottenham tidak pernah datang ke sini, maka ini memang satu berita baik kepada penyokong mereka di Malaysia,” kata sumber berkenaan.

Tottenham atau cukup dikenali dengan nama jolokan Spurs kini berada di tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris, di belakang Liverpool dan Southampton, namun masih berpeluang memburu tempat ke Liga Juara-Juara.

Dibimbing pengendali muda dari Argentina yang berusia 43 tahun, Mauricio Pochettino, Spurs tetap mempunyai tarikan tersendiri ke­rana memiliki beberapa pemain kelas dunia seperti Christian Eriksen, Hugo Lloris, Jan Vertonghen dan penjaring terbanyak Liga Perdana buat masa ini dengan 19 gol, Harry Kane.

Spurs pernah muncul juara Pia­la UEFA atau kini dikenali sebagai Liga Europa dua kali iaitu pada musim 1971/72 dan 1983/84.

Mereka juga pernah merangkul kejuaraan Piala FA lapan kali dengan kali terakhir pada musim 1990/91.

Berdasarkan perancangan awal Spurs, pasukan itu telah mengesahkan jelajah ke Australia pada 30 Mei depan dengan berdepan kelab dari Liga Australia (A-League), Sydney FC.

Jika perlawanan Tottenham-Malaysia menjadi kenyataan, kemungkinan tarikh paling sesuai yang akan dipilih adalah Jun.

Ia bakal diadakan selepas aksi persahabatan kelab London itu dengan Sydney FC.

Saingan Liga Perdana Inggeris akan ber­akhir pada 24 Mei.


Sumber : utusan