Memaparkan catatan dengan label Syatilla Melvin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syatilla Melvin. Papar semua catatan

Shaheizy Sam Akui Jodoh Sudah Dekat, Rahsiakan Bakal Isteri

Pelakon Shaheizy Sam akui tidak berniat untuk merahsiakan hubungannya dengan pelakon dan model cantik, Syatilla Melvin namun dalam masa yang sama turut menyatakan bahawa jodohnya sudah dekat selain mahu merahsiakan lagi bakal penyeri rumah tangganya itu.


Shaheizy Sam Akui Jodoh Sudah Dekat, Rahsiakan Bakal Isteri, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, syatilla melvin

“Memang Syatilla wanita paling rapat dalam hidup saya sekarang. Bukan niat saya untuk merahsiakan hubungan kami, tetapi saya lebih selesa kami berkawan dahulu. Apa yang boleh saya katakana, Syatilla seorang wanita yang menyenangkan. Dia seorang yang sempoi”

“Saya dapat merasakan jodoh saya dah dekat. Doakan yang terbaik. Jemputan akan diberikan selepas semuanya confirm. Buat masa ini, biarlah saya simpan dahulu siapa wanita yang bakal saya kahwini itu,” katanya ketawa,” jawab Sam ketika sesi fotografi untuk filem terbarunya, Polis EVO baru-baru ini.

Bagaimanapun, ketika ditanya, adakah Syatilla merupakan wanita yang bakal menjadi suri hidupnya, pelakon kacak ini tersenyum malu dan tidak memberikan jawapan kepada persoalan tersebut.

Tidak mengapalah Sam jika Sam tidak mahu beritahu lagi. Moga persiapan menjelang hari bahagia Sam nanti dipermudahkan hendaknya dan jangan lupa jemput kami.

Sumber : rotikaya

Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Bakal Berkahwin?

Shaheizy Sam aktor yang memang tidak asing lagi baru-baru ini memenangi anugerah di ABPBH2014 mengakui hubungannya dan pelakon serta model terkenal, Syatilla Melvin sangat rapat.


Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Bakal Berkahwin?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin

Namun begitu, Sam tidak pernah terniat untuk merahsiakn hubungan mereka malah lebih selesa berkawan dengan Syatilla. Menurutnya sudah 6 tahun mengenali Syatilla. Eh, lama juga tu kalau kahwin pun tak salah sebab masing-masing dah kenal kan.


Bagi Sam, Syatilla seorang yang sangat menyenangkan dan sempoi. Sempoi macam mana agaknya tu kan, hmmm.


Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Bakal Berkahwin?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin

Dalam pada masa yang sama, Sam seperti dapat merasakan jodohnya semakin hampir dan sekiranya sudah tiba masa hal ini akan diberitahu juga.

    “Saya dapat merasakan jodoh saya dah dekat. Doakan yang terbaik. Jemputan akan diberikan selepas semuanya ‘comfirm’.

    “Buat masa ini, biarlah saya simpan dahulu siapa wanita yang bakal saya kahwini itu,” katanya ketawa.


Dengan siapa agaknya ye, kami dapat rasa yang Sam dan Syatilla bakal berkahwin tidak lama lagi walaupun Syatilla Melvin Enggan Kongsi Kisah Peribadi sebelum ini.

Apa-apa pun kami nantikan kejutan yang akan menggemparkan industri ini. Bukan apa ramai ni peminat yang tak sabar nak tengok abang Sam mereka berkahwin tambah-tambah Sam pun sekarang nampak makin segak bergaya, kurus lagi.

Sumber : gosipmalaysia

Syatilla Melvin Tidak Akan Berkongsi Kisah Peribadi

Pelakon Syatilla Melvin masih meragui bakat lakonannya meskipun sudah terlibat dalam bidang itu selama tiga tahun.


Syatilla Melvin Tidak Akan Berkongsi Kisah Peribadi, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Syatilla Melvin

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 24, berkata, perasaan itu wujud disebabkan dia sedar masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya dalam lakonan selain bidang itu bukan minat utamanya.

"Sehingga hari ini saya masih ada keraguan terhadap bakat lakonan yang saya miliki kerana bidang ini bukanlah sesuatu yang saya benar-benar minati dan secara kebetulan saya terlibat sebagai pelakon.

"Pada tahap ini masih banyak perkara yang perlu saya pelajari bagi memantapkan mutu lakonan dari masa ke semasa," katanya kepada mStar Online.

Syatilla ditemui pada majlis pengumuman 18 finalis pertandingan Dewi Remaja 2014/2015 yang diadakan di Restoran ROA Bangsar di sini, Rabu lalu.

Dalam pada itu, Syatilla berkata, perasaan itu bagaimanapun tidak bererti dia ingin mengundurkan diri daripada bidang lakonan sebaliknya menyifatkan keraguan itu adalah ingatan kepadanya supaya terus belajar dan mengutip pengalaman.

Katanya, kepercayaan diberikan oleh syarikat produksi kepadanya untuk memegang watak utama dalam beberapa drama tidak harus dipandang enteng sebaliknya ia adalah bukti kehadirannya dalam industri bukan sekadar tempelan.

"Dulu lakonan saya memang 'kayu' tetapi saya tidak menyesal kerana itu adalah pengalaman berharga dan saya belajar daripadanya.

Syatilla Melvin Tidak Akan Berkongsi Kisah Peribadi, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Syatilla Melvin

Syatilla banyak meminta tunjuk ajar daripada pelakon lebih senior daripadanya.

"Malah ada artis berpengalaman dan pernah memenangi anugerah yang kadang-kadang turut mengalami masalah menghayati watak tetapi itu bukan bererti mereka tidak bagus kerana ia sebahagian daripada proses pembelajaran," katanya.

Tambah Syatilla, sebagai pelakon baharu dia juga tidak segan untuk meminta tunjuk ajar dan tip daripada pelakon senior demi memperbaiki mutu lakonannya.

Sementara itu, bercakap mengenai beberapa kontroversi yang pernah melanda namanya sebelum ini, Syatilla berkata, dia banyak mengambil iktibar daripada kejadian tersebut selain lebih berhati-hati dalam tindak-tanduknya.

Malah kata Syatilla, adalah lebih baik sekiranya dia tidak berkongsi kisah peribadi terlalu umum agar tidak timbul salah faham seperti mana berlaku sebelum ini.

"Biarpun ada beberapa kontroversi yang saya rasakan tidak patut berlaku tetapi itu adalah harga yang perlu saya bayar apabila bergelar anak seni.

"Namun sebagai seorang artis saya belajar bahawa saya perlu bijak mengawal perkara itu daripada berulang dan salah satunya dengan tidak terlalu berkongsi kisah peribadi kepada umum," ujarnya.

Sumber : mstar online