Pelakon berdarah kacukan, Siti Saleha mengakui gosip yang melanda dirinya baru-baru ini membuatkan dirinya takut dan memberikan kesan terhadap peminat-peminatnya.
Menerusi ruangan gosip beberapa minggu lalu, Saleha didakwa meminta bayaran untuk menghadiri sidang media dan dia juga dikatakan enggan berlakon dalam produk siaran stesen RTM.
"Walaupun perkara ini tidak betul, saya mengakui yang saya menjadi takut dengan gosip yang melanda. Peminat-peminat saya juga terkesan dengan gosip yang melanda saya. Mereka takut dakwaan tersebut memberikan persepsi negatif terhadap kerjaya saya," ujar Saleha memulakan bicara.
Rasa kecewa dengan dakwaan tersebut, pelakon drama bersiri Nora Elena ini menegaskan yang dia tidak pernah meminta bayaran untuk hadir ke mana-mana sidang media seperti yang didakwa.

Artikel Terdahulu : Johan Raja Lawak Bakal Jadi Penerbit
"Saya kecewa dengan cara penulisan tersebut. Saya tidak pernah meminta bayaran untuk hadir ke sidang media, lagi-lagi untuk mempromosikan produk saya. Saya juga menyangkal dakwaan yang saya tidak berlakon dalam drama siaran RTM. Kerjaya lakonan saya pun bermula di stesen tersebut, jadi dakwaan tersebut tidak benar," kata Saleha yang ditemui pada majlis soft-launch filem Langit Cinta yang diadaptasi ke novel di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad.
Memegang watak sebagai Dr. Suzana, Saleha berkongsi rasa teruja dapat terlibat dalam filem arahan Osman Ali ini dan bergandingan dengan pelakon-pelakon hebat seperti Fauziah Datuk Ahmad Daud.
"Ini merupakan filem lakonan pertama saya yang memaparkan tema drama berat. Saya menerima tawaran untuk berlakon dalam Langit Cinta adalah kerana Osman Ali. Dia antara pengarah yang mempunyai portfolio yang baik dalam dunia perfileman Malaysia. Saya juga teruja untuk berlakon dengan Kak Ogy dalam filem ini. Walaupun kami tiada babak bersama, peluang bekerja dan melihat dia berlakon dalam satu set yang sama memang ditunggu-tunggu kerana dia adalah seorang pelakon yang sangat bagus," ujarnya mengakhiri bicara.
Sumber : murai