Memaparkan catatan dengan label Rahsiakan Bakal Isteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rahsiakan Bakal Isteri. Papar semua catatan

Shaheizy Sam Akui Jodoh Sudah Dekat, Rahsiakan Bakal Isteri

Pelakon Shaheizy Sam akui tidak berniat untuk merahsiakan hubungannya dengan pelakon dan model cantik, Syatilla Melvin namun dalam masa yang sama turut menyatakan bahawa jodohnya sudah dekat selain mahu merahsiakan lagi bakal penyeri rumah tangganya itu.


Shaheizy Sam Akui Jodoh Sudah Dekat, Rahsiakan Bakal Isteri, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, syatilla melvin

“Memang Syatilla wanita paling rapat dalam hidup saya sekarang. Bukan niat saya untuk merahsiakan hubungan kami, tetapi saya lebih selesa kami berkawan dahulu. Apa yang boleh saya katakana, Syatilla seorang wanita yang menyenangkan. Dia seorang yang sempoi”

“Saya dapat merasakan jodoh saya dah dekat. Doakan yang terbaik. Jemputan akan diberikan selepas semuanya confirm. Buat masa ini, biarlah saya simpan dahulu siapa wanita yang bakal saya kahwini itu,” katanya ketawa,” jawab Sam ketika sesi fotografi untuk filem terbarunya, Polis EVO baru-baru ini.

Bagaimanapun, ketika ditanya, adakah Syatilla merupakan wanita yang bakal menjadi suri hidupnya, pelakon kacak ini tersenyum malu dan tidak memberikan jawapan kepada persoalan tersebut.

Tidak mengapalah Sam jika Sam tidak mahu beritahu lagi. Moga persiapan menjelang hari bahagia Sam nanti dipermudahkan hendaknya dan jangan lupa jemput kami.

Sumber : rotikaya