Memaparkan catatan dengan label Punca Dayang Belum Ada Kekasih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Punca Dayang Belum Ada Kekasih. Papar semua catatan

Punca Dayang Belum Ada Kekasih

Alunan suara gemersik dan lontaran vokal mantap Dayang Nurfaizah yang seringkali memikat hati penonton bukanlah rahsia lagi.



Tetapi selepas lebih sedekat bertapak dalam dunia hiburan, kisah peribadi bintang kelahiran Sarawak ini jarang sekali didedahkan di mana-mana media cetak mahupun elektronik.

Menjawab persoalan ini, Dayang mengakui hatinya masih lagi tidak berjaya ditawan mana-mana lelaki yang boleh digelar teman istimewa.



Bakal menjangkau usia 33 tahun tidak lama lagi, Dayang mendedahkan dia sudah bersedia namun menyerahkan urusan jodoh kepada Tuhan.

“Dayang serahkan pada Tuhan. Kalau esok lusa datang jodoh, Dayang terima.

“Ini tidak bermakna Dayang tutup diri Dayang sebaliknya sentiasa menunggu,” katanya.

Jelasnya lanjut, kerjaya sebagai penyanyi menyebabkan dia perlu hati-hati memilih insan istimewa yang boleh memahami dirinya.

Namun pada masa sama, Dayang yang mempunyai karektor manja tidak menolak kaitan dirinya yang tiada teman istimewa dengan sikapnya yang lebih senang ‘memerap’ di rumah pada waktu lapang.

“Kalau nak kata Dayang memerap di rumah, itu ya. Dayang memang jarang keluar. Inilah masalah.. Dayang kena keluar selalu lepas ini,” katanya sambil tersenyum.

Tak apalah Dayang, kami pasti ramai yang menaruh minat terhadap Dayang di luar sana dan pengakuan ini mungkin membuatkan mereka berusaha lebih gigih untuk mendekati selepas ini.

Kelak, pandai-pandailah memilih lelaki yang memahami dan mampu membahagiakan Dayang ye?


Sumber : mynewshub.cc