Penjaga gol Chelsea, Petr Cech mungkin akan berhijrah ke Liverpool atau Arsenal pada musim depan, lapor ejennya, Vitor Kolar.
Penghijrahan penjaga gol berpengalaman itu bakal berlaku apabila pengendali Chelsea, Jose Mourinho enggan menawarkan sebarang kontrak baharu terhadapnya.
Berikutan itu, ejen Cech membuka peluang kepada Arsenal dan Liverpool untuk membuat tawaran kepada pemain berkenaan.
Kolar memberitahu, Cech selain itu turut ditawarkan kepada Real Madrid pada musim depan.
"Petr Cech sepatutnya berhijrah pada tingkap pemindahan Januari ini, tetapi kelab mahu dia membantu memenangi gelaran juara pada musim ini dahulu.

"Saya percaya Arsenal akan membuat tawaran untuk mendapatkan Cech dan penjaga gol itu akan menerimanya," katanya.
Petr Cech kini hanya memanaskan bangku pemain simpanan apabila posisi utama tersebut diberikan kepada penjaga gol muda Thibaut Courtois.
Artikel Terdahulu : Mangsa Banjir Di Tenom, Beaufort Dipindahkan

Sumber : mstar.com.my