Kejayaan penemuan kotak hitam milik pesawat QZ8501 adalah berita paling dinanti-nantikan semua pihak.
Ekoran itu, Panglima Tentera Indonesia (TNI) Jeneral, Moeldoko telah bermurah hati memberi ganjaran berjumlah Rp 100,00 Juta (RM28 ribu) atas usaha dan kerja keras pasukan penyelam tentera Indonesia yang berjaya menemui kotak hitam milik pesawat AirAsia QZ8501.

Ganjaran berbentuk wang tersebut bakal diagih-agihkan kepada 57 orang penyelam yang terlibat secara langsung dalam kejayaan penemuan kotak hitam tersebut.
Menurut laporan Kompas.com, pasukan penyelam itu terdiri daripada Komando Pasukan Katak, Marinir, dan Dinas Selam Bawah Air.

“Ini adalah ‘vitamin’ buah penyelam, Rp 100 juta”, kata Panglima TNI sambil memberikan sebuah tas kecil kepada Komandar Gugus Keamanan Laut Barat Laksma TNI Abdul Rasyid di KRI Acheh tadi.
“Saya berharap pasukan penyelam terus bekerja untuk mencari voice (cockpit) recorder, yang belum ditemui,” tambahnya.
Pasukan penyelam ini bukan sahaja berjaya menjumpai kotak hitam malah berhasil menemukan dan menaikkan ekor pesawat berkenaan dari dasar laut Selat Karimata, dekat Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.
Sumber : mynewshub.cc