Pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Azwan Annuar,38, meninggal dunia di rumahnya di Kepong 10.15 pagi tadi akibat sakit belakang.
Menurut kakak tirinya, Norzaleha Saleh, arwah yang membawa watak Wan Kaswi dalam filem itu mengadu sakit sejak tiga minggu lalu.
"Sebelum ini arwah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda sakit teruk. Dia ada mengadu sakit belakang dan pergi berurut.
"Malangnya, arwah enggan mendapatkan rawatan di hospital walaupun sudah dinasihati oleh keluarga. Dia juga berpesan supaya merahsiakan masalah kesihatannya," katanya.
Jenazah Azwan dikebumikan di Tanah Perkuburuan Islam di Kepong selepas solat Asar.
Selain berlakon, arwah juga penulis skrip dan pegawai perhubungan awam serta cukup terkenal dalam kalangan media dan artis.
Sumber : murai