Memaparkan catatan dengan label Paul Pogba. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Paul Pogba. Papar semua catatan

Tiada Persetujuan Dicapai Dengan United Mengenai Pogba

Ejen Paul Pogba, Mino Raiola menafikan Manchester United bersetuju dengan sejumlah bidaan untuk mendapatkan bintang Juventus itu.


Tiada Persetujuan Dicapai Dengan United Mengenai Pogba

Laporan baru-baru ini menyebut pemain tengah Perancis itu dalam proses melengkapkan proses perpindahan ke Old Trafford yang dilaporkan bernilai 100 juta pound.

Namun ejen pemain itu menerusi Twitternya menafikan perkara tersebut.

Raiola jarang menggunakan platform media sosial dengan kenyataan berhubung Pogba merupakan tweet ke-25nya.

Sekiranya perpindahan itu menjadi kenyataan, Pogba akan memecah rekod perpindahan dunia dengan pendapatan mingguannya dianggar bernilai 220,000 pound seminggu sekali gus menjadikannya pemain menerima bayaran gaji termahal dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Malah dia juga bakal menjadi pemain menerima pendapatan tertinggi di dunia.

Pada masa sama, Ketua Pengarah Juventus Giueseppe Marotta turut menafikan spekulasi tersebut.

"Tidak ada berhubung dengan Manchester United mengenai Pogba. Situasi tidak berubah sama seperti ketika saya bercakap kepada anda pada Jumaat lalu," katanya.-mstar

Zidane Sedia 'Belanja Besar' Untuk Pogba

Zidane bersedia untuk meranapkan impian Manchester United dengan mengemukakan bidaan bernilai 105 juta pound (RM554 juta) terhadap pemain Juventus, Paul Pogba.


Zidane Sedia 'Belanja Besar' Untuk Pogba

Malah, Zidane mengakui amat berminat untuk melihat pemain berusia 23 tahun itu bersama dalam skuad utama Real Madrid musim depan.

Malah kenyataan terbaharu Zidane itu merupakan berita buruk buat Jose Mourinho untuk membawa pulang Pogba ke Old Trafford.

"Adakah saya menyukai Pogba? Sudah semestinya. Dia pemain yang hebat dan setiap kelab mahu mendapatkan khimdatnya.

"Namun buat masa ini dia masih bersama Juventus dan kami sudah memiliki skuad yang besar.

"Masih ada banyak pemain yang akan menyertai pasukan ini dan dengan saingan Euro kita tidak boleh berbuat apa-apa," katanya.

Terdahulu, United mahu merealisasikan perpindahan Pogba dengan menjadikannya sebagai pemain bola sepak pertama dibawa ke Old Trafford dengan yuran perpindahan rekod dunia bernilai 100 juta pound (RM529 juta).

Empat tahun selepas kehilangan pemain itu tanpa sebarang hasil, United kini bersedia menyalurkan sejumlah besar peruntukan kepada Mourinho.

Keluarga Glazer terdesak untuk memulihkan reputasi Red Devils sebagai kelab paling popular di Eropah apabila terlepas saingan Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.-mstar

Rundingan Rekod Dunia £105 Juta Untuk Pogba Hampir Selesai

Manchester United kini berada di ambang persetujuan untuk membayar £105 juta rekod dunia bagi mendapatkan khidmat pemain Paul Pogba.

Rundingan Rekod Dunia £105 Juta Untuk Pogba Hampir Selesai

Rundingan dengan kelab Juventus dan ejen Pogba, Mino Raiola, dijangka siap hujung minggu ini, dedah SunSport.

Pemain tengah berusia 23 tahun itu akan menandatangani lima tahun perjanjian bernilai £202 ribu seminggu apabila dia menamatkan percutiannya di Amerika Syarikat.

Raiola telah menghabiskan beberapa hari lalu untuk berunding dengan pengurus Manchester United, Jose Mourinho berhubung terma-terma peribadi untuk mendapatkan pemain antarabangsa Perancis itu.

Sekiranya dipersetujui, ia bukan sahaja akan melengkapkan perpindahan Pogba, tetapi juga akan mengatasi rekod pemain termahal sebelum ini iaitu £86 juta yang dibayar Real Madrid untuk mendapatkan Gareth Bale pada tahun 2013.

Pogba dikatakan boleh terbang ke Manchester paling awal Selasa ini untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.-mstar

Kelab Terkemuka Dunia Berlumba Dapatkan Paul Pogba

Manchester City dan Chelsea tetap bersaing untuk mendapat Paul Pogba meskipun pemain itu telah menolak tawaran gaji lumayan dari Paris Saint-Germain (PSG).


Kelab Terkemuka Dunia Berlumba Dapatkan Paul Pogba, info, terkini, berita, sukan, Paul Pogba

Selain itu, Real Madrid turut menghantar Zinedine Zidane sebagai wakilnya untuk berbincang dan memikat Pogba manakala Barcelona membuat penawaran secara senyap.

Daily Mail Online melaporkan, pemain tengah Juventus berusia 22 tahun itu telah ditawarkan gaji sebanyak £210,000 seminggu oleh PSG sebelum ini, namun telah bintang muda Perancis terbabit menolaknya.

Artikel Terdahulu : Juventus Tundukkan Real Madrid


Bagaimanapun, Juventus dikatakan memberi 'lampu hijau' kepada ejen pemain berkenaan, Mino Raiola untuk meneruskan perbincangan mengenai pemindahan bernilai £58 juta.

Untuk mendapatkan Pogba, City dilapor perlu menjual pemain sedia ada supaya tidak menyalahi undang-undang kewangan Fifa (FFP).

Pemain yang dijangka meninggalkan City ialah James Milner kerana dilapor akan ke Liverpool.


Sumber : mstar